Busur silang (crossbow), adalah sejenis senj4ta memanah yang memiliki kesan besar dalam kaedah pertempvran zaman kuno. Sebelum penggunaan busur silang mula menerima pengaruh yang meluas, busur lurus dan anak panah merupakan senj4ta projektil (menemb4k) yang sering menjadi pilihan.
Walau bagaimana pun, untuk menggunakan senj4ta kuno seperti busur lurus dengan lebih cekap, amatlah perlu bagi seorang pemanah untuk melalui banyak kriteria latihan serta memiliki kekuatan fizikal.
Sebaliknya, ia hanya memerlukan sedikit kemahiran dan kekuatan fizikal untuk mengendalikan busur silang. Selain itu, ia boleh dihasilkan dalam kadar murah. Oleh itu, lebih mudah apabila tentera yang ditugaskan (yang mungkin tidak mempunyai pengalaman atau latihan dalam memanah) boleh dibekalkan dengan senj4ta busur silang untuk menghujani panahan yang cepat, tepat dan mudah terhadap musuh.
Menjejak Asal Usul Busur Silang
Busur silang dipercayai pertama kali dicipta di zaman ketamadunan China purba. Sesetengah ahli sejarah percaya bahawa orang Cina telah pun mencipta busur silang yang pertama seawal 2000 SM. Ini berdasarkan pada artifak tulang, batu dan bahan tertentu yang telah ditafsirkan sebagai pencetus kepada penciptaan busur silang. Namun setakat ini bukti yang lebih konklusif tentang busur Cina purba adalah berusia lebih kurang sekitar abad ke-6 SM, jika tidak lebih awal.
Walaupun busur silang mungkin pertama kali dicipta di Asia Timur, agak sukar untuk menentukan asal usul tamadunnya yang tepat. Selain dari China purba, busur silang juga mungkin kebarangkalian berasal dari Asia Tengah.
Beberapa teori turut mencadangkan bahawa teknologi busur silang tersebar ke China purba apabila marksman (penemb4k jitu) dari Asia Tengah disewa sebagai tentera upahan oleh warlord China. Walau bagaimanapun, kebanyakan bukti (sastera dan arkeologi) berkaitan sejarah busur silang yang terawal adalah dari China sendiri.
Kemunculan Terawal Melalui Catatan Sejarah
Dua contoh kesusasteraan Cina terawal yang menyebut tentang busur silang termasuklah manuskrip strategi per4ng terkenal, The Art of War – Sun Tzu, dan skrip Mohist dari abad ke-4 hingga ke-3 SM. Dalam sumber yang berlainan, terdapat rujukan kepada penggunaan busur silang gergasi semasa lewat Zaman Musim Bunga Dan Musim Luruh (dari abad ke 6 hingga abad ke-5 SM).
Bagi bukti arkeologi, pemacu panah gangsa yang merupakan sebahagian daripada komponen busur silang ditemui di dalam sebuah kubur di Qufu, Wilayah Shandong. Artifak itu berusia pada sekitar 600 SM, ketika kawasan berkenaan adalah sebahagian daripada Negeri Lu semasa musim Bunga dan Luruh.
Selain itu, bolt panah gangsa ditemui di perkuburan zaman pertengahan abad ke-5 SM di wilayah Hubei, yang pada waktu itu adalah sebahagian daripada Negeri Chu. Pada tahun 2015, busur silang yang paling lengkap dari era Dinasti Qin kali pertama ditemui oleh ahli arkeologi dari makam Qin Shi Huang. Panjang silang ini mempunyai ukuran kira-kira 1.5 m (4.9 kaki), serta berkeupayaan dalam jarak temb4kan sejauh hampir 800 m (2624 kaki).
Busur Silang Simbol Kemajuan Persenj4taan
Di Eropah, senj4ta pengepung yang seakan-akan busur silang juga digunakan oleh orang Greek dan Rom kuno. Tenter4 pada waktu itu juga direkodkan menggunakan busur silang jenis kecil yang lebih dikenali sebagai gastraphates (yang bermaksud ‘penemb4k perut’).
Walau bagaimanapun, beberapa lama kemudian pada abad pertengahan barulah busur silang yang lebih kecil, mudah dikendalikan, menjadi terkenal di medan per4ng. Itu berdasarkan penemuan mengenai senj4ta tersebut di Eropah.
Rahsia sebenar busur silang terletak pada kecanggihan teknologi mekanisme pemicunya, yang merupakan rahsia tersulit orang Cina selama berabad-abad. Busur silang tidak akan dibenarkan jatuh ke tangan musuh untuk menghalang rekabentuk mereka daripada ditiru. Mereka menjadi salah satu rahsia ketenteraan terbaik sepanjang masa.
Walaupun banyak kelebihannya, busur silang mempunyai beberapa kelemahan yang serius. Salah satu darinya adalah hakikatnya bahawa ia adalah senj4ta yang sangat perlahan. Kadar purata temb4kan busur silang adalah dua bolt seminit. Sebaliknya, seorang penemb4k ‘longbow’ yang mahir mampu menemb4k antara 10 hingga 12 anak panah panjang dalam satu minit.
Ia kelihatan seperti busur silang Cina purba mempunyai masalah yang sama seperti orang-orang Eropah di zaman pertengahan mereka. Hasil inovasi mereka, orang Cina muncul dengan penyelesaian yang geliga iaitu penciptaan Zhuge nu, atau busur silang berulang (repeating crossbow)
Walaupun penciptaannya secara tradisinya dikaitkan dengan pakar strategi kerajaan Shu-Han zaman Tiga Kerajaan iaitu Zhuge Liang, bukti arkeologi telah menunjukkan bahawa penggunaan senj4ta ini telah mendahului strategis terkenal itu sekitar 500 tahun sebelum beliau.
Namun tidak mustahil juga, mungkin ia adalah benar tetapi Zhuge Liang mungkin telah membuat penambahbaikan yang signifikan terhadap reka bentuk busur silang yang berulang. Seperti namanya, busur silang berulang mampu menemb4k sejumlah bolt sebelum perlu di’reload’ semula. Contohnya, busur silang yang berulang, misalnya, dapat menemb4k sebanyak 10 bolt dalam 15 saat sebelum mengulang isi semula.
Di Eropah, busur secara beransur-ansur digantikan oleh senj4ta serbuk peledak. Di China, sebaliknya, penggunaan busur silang seolah-olah terus bertahan sehingga keruntuhan era Dinasti Qing. Malahan, dipercayai bahawa konflik besar dunia yang terakhir telah menggunakan busur silang adalah semasa Per4ng Sino-Jepun Pertama (1894 – 1895).
Dan pada waktu itu, senj4ta serbuk peledak telah pun berkembang ke tahap yang tidak dapat disaingi oleh busur silang lagi, dan itu merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada kekalahan China dalam peper4ngan. Manakala kekalahan China juga merupakan penyebab utama pengurangan drastik dalam penggunaan busur silang pada masa hadapan.
Namun ia terus digunakan untuk aktiviti memburu kerana ia tidak mengeluarkan bunyi yang bising atau sekadar koleksi perhiasan di muzium sahaja.
RUJUKAN:
- Best Crossbow Source – History of the Crossbow: Origins and Evolution
- Dailymail UK : The Terracotta Army crossbow that could shoot twice as far as a modern-day rifle: Archaeologists unearth 2,200-year-old weapon at historic Chinese Site
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih