Kat Jepun, universiti yang ajar course pasal leadership mesti akan mention pasal analogi “tiga daimyo dan burung yang tak berkicau”.
Daimyo (大名) tu warlord dalam sejarah Jepun, tiga daimyo pula merujuk kepada Oda Nobunaga, Hideyoshi Toyotomi dan Ieyasu Tokugawa yang mendominasi zaman Sengoku (1467-1603), zaman di mana Jepun berpecah belah kepada berpuluh-puluh negara (ryōsei-koku) yang dipegang oleh para daimyo.
Antara ramai-ramai daimyo ni, Nobunaga, Toyotomi dan Tokugawa lah tiga daimyo yang paling berkuasa. Nobunaga menyatukan 1/3 Jepun dari 1568-1582, sebelumnya dibunoh oleh anak buahnya di Honnō-ji.
Toyotomi menyatukan Jepun pada tahun 1590, tapi hanya mampu memerintah sehingga 1598 sebab dia pun mampuih awal akibat kegagalan menakluk Korea (mampuih akibat kecewa + marah). Tokugawa saja yang berjaya meninggalkan legasi di mana dia, anak dan cucu-cicitnya menyatukan Jepun di bawah Dinasti Tokugawa (1603-1868) sehingga Reformasi Jepun.
Untuk memahami kenapa hanya Tokugawa berjaya manakala Nobunaga dan Toyotomi gagal, orang Jepun pun membayangkan apa yang tiga daimyo ni akan buat kalau berdepan dengan seekor burung yang tak nak berkicau. Lain macam orang Jepun punya imaginasi.
Kalau burung tak berkicau, kemungkinan besar Nobunaga akan pancung burung tu terus (殺してしまえほととぎす). Nobunaga ni seorang genius ketenteraan, tapi agak baran. Dan itu juga menjadi puncanya dikhianati oleh anak buahnya yang berdendam dengannya dan membunvhnya di Honnō-ji.
Bagaimana pula dengan Toyotomi? Toyotomi ni seorang yang “cunning”, atau so-called “Machiavellian” lah. So kalau burung tak nak berkicau, Toyotomi akan “buat dia sampai berkicau” (鳴かして見せようほととぎす). “Buat” ni maksudnya manipulate, tak kisah lah cekik ke, bagi makan ke, janji buat sampai burung tu berkicau.
Tapi kekurangan Toyotomi ni dia suka sangat main game dan “restless”, akhirnya dia tewas dalam game-nya sendiri: percubaan untuk men4kluk Korea backfire selepas Korea diselamatkan oleh China dan juga Laksamana Yi Sun-shin.
Tokugawa pula lain sikit. Kalau burung tak nak berkicau, Tokugawa just tunggu sampai burung tu berkicau (鳴くまで待とうほととぎす). Simple. Di situ boleh nampak personaliti Tokugawa yang kuat sabar, dan itu membolehkan Tokugawa muncul dari seorang underdog kepada ultimate winner.
Tokugawa pernah berkhidmat di bawah Nobunaga dan Toyotomi, tapi di bawah kedua-dua daimyo ni, Tokugawa tau macam mana nak jaga diri, low profile, tak menonjolkan cita-cita sendiri, tunggu sehingga masa yang sesuai untuk bertindak.
Dalam politik, selalunya orang yang akan jadi winner bukan orang yang paling kuat dan genius (macam Nobunaga), atau yang paling licik dan susun strategi (macam Toyotomi), tapi jenis yang “taoguang yanghui” macam Tokugawa, macam Sima Yi. Itu lah wisdom leadership yang sebenarnya.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih