Kesultanan Melayu Melaka merupakan sebuah kerajaan yang terlalu banyak peristiwa yang boleh dijadikan iktibar dan pengajaran dalam kehidupan kita hari ini.

Hal ini kerana kerajaan Melayu tersebut merupakan acuan kepada semua kerajaan-kerajaan Melayu yang terletak di Semenanjung Malaysia pada hari ini. Empayar maritim ini pernah mewarnai Kepulauan Melayu ini dengan kecekapan dan kehebatan mereka menguruskan perdagangan dan memperluaskan kuasa ke seluruh Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatra Timur.

Salah satu daripada episod peristiwa yang sukar dilupakan dalam sejarah Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka ini ialah r4mpasan kuasa oleh Raja Kassim terhadap adindanya, Raja Ibrahim yang dilantik menjadi Sultan dengan gelaran Sultan Abu Syahid di atas pengaruh Raja Rokan.

Gambaran Sultan Muzaffar Shah.

Raja Rokan merupakan negara naungan (vassal) Melaka. Semasa kemangkatan Sultan Muhammad pada Tahun 1444 M, Raja Kassim yang merupakan anakanda Sultan Muhammad dengan anak Bendahara disisihkan daripada menjadi Sultan kerana beliau bukanlah Putera Mahkota. Ibunya bukanlah permaisuri Sultan.

Sebaliknya, Raja Ibrahim yang masih muda ditabalkan menjadi Sultan dengan gelaran Sultan Abu Syahid. Hal ini kerana ibunya ialah permaisuri yang sah iaitu adik kepada Raja Rokan (Rekan). Ketika itu, pengaruh keluarga Bendahara (nasab yang berkait dengan Mani Purindan) semakin berkurang.

Raja Rokan semakin berkuasa dalam Melaka dan baginda lah yang mentadbir negeri. Pentadbirannya tidak disenangi oleh ramai pembesar kerana kurang cekap dalam pentadbiran dan menukarkan ramai pembesar negeri dengan kaum kerabat mereka dari Rokan.

Keadaan ini tidak disenangi oleh ramai pembesar negara. Apatah lagi apabila Raja Kassim dibuang ke kampung nelayan dan terpaksa menjadi nelayan biasa untuk menyara hidup.

Tidak lama kemudian, datanglah kapal dagang daripada negara Timur Tengah. Ditakdirkan, di dalam kapal tersebut, terdapat seorang Maulana yang bijaksana bernama Maulana Jalaluddin. Maulana ini telah terjumpa dengan nelayan yang menjual ikan kepadanya.

Lalu, Maulana mengenali anak muda tersebut ialah anak raja besar dalam negeri ini (Melaka). Beliau tahu bahawa nelayan tersebut akan menjadi Raja Melaka jika dia berusaha untuk mendapatkan tempatnya.

Gambaran Kapal Arab

Maulana pun menasihatkan Raja Kassim untuk mencari pengaruhnya dalam kalangan pembesar dan mereka akan membantu r4mpasan kuasa. Sebagai balasannya, Maulana mahu memperisterikan isteri Raja Rokan. Orang-orang Maulana pun turun dari kapal dengan pers3njataan yang lengkap.

Sementara itu, para pembesar bermesyuarat dan mengadukan hal itu kepada Bendahara Seri Wak Raja. Maka, Bendahara menjawab dengan hanya berserah sahaja kepada takdir kerana Raja Rokan mengawal semua pergerakan baginda Sultan Abu Syahid.

Namun begitu, Seri Nara Aldiraja sentiasa memikirkan bagaimana untuk melucutkan kuasa Raja Rokan tersebut. Beliau juga sering memanggil Raja Kassim ke rumahnya dan menjamunya kerana Raja Kasim merupakan sepupunya.

Raja Kassim yang mendapat suntikan moral daripada Maulana Jalaluddin pergi ke rumah Seri Nara Aldiraja dan mengajaknya untuk membuat r4mpasan kuasa. Setelah Seri Nara Aldiraja bersetuju, Raja Kassim menaiki gajah yang bernama Juru Demang dengan Seri Nara Aldiraja memandu gajah tersebut.

Seri Nara Aldiraja kemudiannya mencadangkan kepada Raja Kassim untuk pergi mengajak Bendahara untuk mer4mpas kuasa. Maka, setelah sampai ke kediaman Bendahara Seri Wak Raja, Seri Nara Aldiraja menyuruh hulubalang bendahara memaklumkan bahawa Duli Yang Dipertuan mencemar duli ke kediamannya.

Kelam-kabut Bendahara keluar daripada kediamannya apabila hulubalang memberitahu Duli Yang Dipertuan hadir di perkarangan kediamannya, sehinggakan tidak sempat memakai destar dan tidak sempat mencapai keris. Huru-hara seketika bendahara dibuatnya.

Seri Nara Aldiraja menderumkan gajahnya. Beliau turut memberitahu Bendahara bahawa Duli Yang Dipertuan titahkan bendahara menaiki gajah tersebut.

Setelah Bendahara menaiki gajah tersebut, beliau hairan melihat banyak sangat senjata dan lebih memeranjatkannya, Duli Yang Dipertuan yang dimaksudkan oleh Seri Nara Aldiraja ialah Raja Kassim, bukan Baginda Sultan Abu Syahid.

“Apa bicara tuan hamba bahawa Raja Kassim ingin membvnuh Raja Rekan?” soal Seri Nara Aldiraja kepada Bendahara Seri Wak Raja.

“Sukalah hamba, kerana Raja Kassim pun tuan kepada hamba. Selamanya diikut hamba, hendak mengerjakan Raja Rekan itu,” balas Bendahara berbasa-basi. Raja Kassim berasa girang dengan hujah bendahara.

Maka, Raja Kassim dan gajahnya melanggar ke tembok istana sehinggakan seluruh istana menjadi gempar. Segala hulubalang, orang-orang besar dan orang-orang kaya dengan segera mencari Bendahara untuk mengadukan hal itu.

Namun, bendahara tiada di pejabatnya, malahan bendahara ada bersama Raja Kassim. Ramai pembesar istana yang menuduh Raja Kassim yang empunya angkara kvdeta itu digerakkan.

Setelah melihat keadaan yang memihak kepada Raja Kassim dan ramai juga pembesar yang menyukai baginda, mereka bertukar arah dengan menyokong Raja Kassim.

Orang-orang yang setia dengan Baginda Sultan Abu Syahid telah dikalahkan. Namun baginda sultan kekal bersama dengan Raja Rekan yang mengawalnya.

Maka, Raja Kassim mengarahkan agar Sultan Abu Syahid dirampas dari tangan Raja Rekan kerana takut baginda sultan akan dibvnuh pula. Baginda juga bertitah untuk tidak meny3rang Raja Rekan kerana bimbang hal yang sama.

Walaubagaimanapun, arahan terlambat dikeluarkan. P4hlawan-p4hlawan yang bersama dengan Raja Kassim telahpun meny3rang Raja Rekan sehingga Raja Rekan terluka.

Lalu, Raja Rekan yang dilukai itu bertindak nekad dengan menik4m Sultan Abu Syahid dan m4ngkatlah sultan di situ juga.

Raja Kassim ditabalkan menjadi Sultan Melaka yang baharu dengan gelaran Sultan Muzaffar Syah. Maulana Jalaluddin pula menerima seorang dayang istana yang dikatakan bahawa dayang itu ialah balu Raja Rekan. Maka, Maulana pun pulang ke negaranya.

1 pitis duit timah bercacahkan nama Sultan Muzaffar Shah.

Peristiwa kvdeta ini adalah peristiwa bersejarah dalam Kesultanan Melayu Melaka kerana inilah peristiwa pertama dan terakhir r4mpasan kuasa berlaku dalam kerajaan ini.

Rujukan Utama:

Sejarah Melayu Edisi Raja Bongsu (MS. Raffles No. 18), disusun oleh Cheah Boon Kheng, ditransliterasikan kepada Tulisan Rumi oleh Abdul Rahman Haji Ismail (2009), MBRAS, Selangor D.E.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Nornizam Jamal merupakan seorang guru di sebuah sekolah menengah yang mempunyai minat dalam menulis. Penulisan beliau lebih cenderung kepada Sejarah Melayu, Marcapada Dunia, Isu-isu pendidikan dan Sains

Comments are closed.