Sebelum wujudnya Cinderella, cerita serupa muncul dalam budaya China menerusi kisah hidup Ye Xian. Sebagai salah satu cerita dongeng yang paling kerap dibaca sejak dipopularkan oleh sebuah filem tahun 1950an yang dikeluarkan oleh Disney, Cinderella memerihalkan tentang kehidupan seorang gadis yang dip4ksa menjadi pembantu rumah oleh ibu tirinya.

Keadaan tersebut terus berlanjutan sehinggalah Cinderella diselamatkan oleh seorang tukang s!hir yang baik dan seorang putera menawan.

MEMPERKENALKAN CINDERELLA CHINA – YE XIAN

Penceritaan asal Cinderella dikarang buat kali pertama oleh penulis Itali kurun ke-17, Giambattista Basile dan diselaraskan semula pada kurun ke-18 oleh Charles Perrault dari Perancis. Versi penceritaan Cinderella yang paling kerap dibaca ini memiliki kemiripan dengan sebuah kisah di zaman silam.

Ilustrasi Cinderella, oleh A. Anderson

Jauh sebelum kedua-dua penulis tersebut menghasilkan watak Zezolla dan Cendrillion, sejarah mengenali nama Ye Xian, kisah tentang seorang gadis yang hidup pada Zaman Dinasti Qin atau Dinasti Han (221-206SM dan 206-220M).

Sebagai puteri kepada seorang ketua, Ye Xian tumbuh membesar dalam kehidupan yang agak sempurna sehinggalah kem4tian mengejut bapanya di tangan ibu tirinya yang jah4t.

Sama seperti Cinderella, Ye Xian tidak mempunyai sebarang pilihan melainkan akur kepada perintah ibu tirinya. Namun, cerita tentang bagaimana beliau berjaya meloloskan diri dari penj4ra kehidupan menghadirkan sedikit perbezaan dari sudut budaya.

PERMULAAN KISAH YE XIAN

Protagonis bagi cerita ini, Ye Xian adalah anak gadis kepada seorang ketua puak yang memimpin sebuah masyarakat penghuni gua yang terletak sebuah daerah China yang dipanggil sebagai Wudoung.

Watak-watak lain dalam kisah Ye Xian ini memainkan peranan yang amat mirip dengan Cinderella dari Perancis; terdapat ibu tiri yang kej4m, salah seorang daripada dua orang isteri bapa Ye Xian; seorang saudara tiri yang jah4t bernama Jun-li, yang usianya berbeza bergantung pada versi penterjemahan; satu figura mistik; dan sudah tentu, seorang lelaki diraja yang akan membawa Ye Xian keluar dari kesusahan hidupnya.

Ye Xian sering dibanding-bandingkan dengan saudara tirinya, Jun-li. Rupa paras Jun-li tidak begitu menawan dan merupakan seorang yang kuat iri hati. Sementara itu, Ye Xian pula diperincikan sebagai seorang gadis yang jelita dan bijaksana.

Berikutan kem4tian bapanya, Ye Xian dip4ksa menjadi pembantu rumah kepada keluarga tirinya dengan tujuan untuk menjejaskan kejelitaan Ye Xian, di samping mengh!nanya. Lantaran bapanya adalah seorang pembesar yang tidak memiliki pewaris lelaki, kedudukannya diambil-alih oleh lelaki lain sekaligus keadaan ini membuatkan Ye Xian sekeluarga jatuh miskin.

YE XIAN DILINDUNGI IKAN AJAIB

Satu-satunya kesenangan yang tersisa buat Ye Xian adalah seekor ikan besar yang sangat peramah. Ikan tersebut hidup di sebatang sungai yang mengalir berhampiran rumah Ye Xian. Menurut cerita, ikan itu adalah pelindung yang dihantar oleh ibu Ye Xian dari kayangan untuk membantu Ye Xian mengharungi kehidupannya yang suk4r.

Kehidupan Ye Xian bersama ikan tersebut berlangsung buat beberapa tempoh sehingga rahsia sulit itu diketahui oleh Jun-li. Lantas, ibu tiri Ye Xian memas4k ikan ajaib itu lalu menjadikannya sebagai makan malamnya.

Lukisan berjudul Ikan Berenang Di Celahan Bunga-Bunga Yang Gugur, oleh Liu Cai

Pun begitu, peranan ikan magis tersebut tidak terhenti di situ. Selepas kehilangan ikan kesayangannya, Ye Xian diziarahi oleh roh leluhurnya yang memaklumkan bahawa semangat ikan ajaib itu masih hidup walaupun tubuhnya sudah mati. Dengan menanam tulang-tulang ikan tersebut di empat penjuru katilnya, Ye Xian boleh mendapatkan keajaiban – sebarang hajat Ye Xian akan menjadi kenyataan.

PENAMAT INDAH BUAT YE XIAN

Semasa pesta sambutan Tahun Baru diadakan, Ye Xian ditinggalkan berseorangan di rumahnya lantaran ibu tiri beliau khuatir kejelitaannya nanti akan membayangi Jun-li. Pun begitu, dengan bantuan tulang-tulang ikan ajaib itu, Ye Xian tetap dapat menghadiri majlis tersebut secara rahsia dengan berpakaian sutera berbulu dan bersepatu emas.

Sesiapa sahaja yang pernah membaca atau menonton cerita Cinderella pasti akan dapat menduga alur penceritaan yang seterusnya. Walaupun pertemuannya dengan jejaka diraja tidak berlaku dalam pesta tersebut, Ye Xian menjadi tumpuan utama pada hari itu. Kejelitaannya dipuji oleh semua hadirin.

Namun, oleh kerana khuatir kehadirannya itu diketahui oleh ibu dan saudara tirinya, Ye Xian bergegas meninggalkan sambutan itu sehingga salah satu sepatu emasnya tertanggal dan tertinggal.

Menerusi rentetan peristiwa, sepatu emas milik Ye Xian jatuh ke tangan raja yang memerintah kepulauan To-Han. To-Han adalah sebuah kerajaan besar yang menguasai sejumlah pulau. Saiz sepatu yang kecil itu menggamit perhatian raja tersebut lantaran saiz kaki yang kecil dianggap sebagai petanda kejelitaan seseorang wanita. Beliau kemudian mengarahkan agar pemilik sepatu tersebut dicari. Namun, tidak seorang wanita pun yang dapat memakai sepatu itu dengan sempurna.

Kisahnya berakhir seperti yang dapat kita jangka. Walau apa pun jua keadaannya, Ye Xian akhirnya tampil menuntut sepatu emasnya di sebuah astaka tempat ianya diletakkan, lalu meyakinkan kepada raja bahawa beliau adalah pemilik sepatu itu dan menjelaskan tentang keadaan hidupnya yang daif.

Lantas, raja pun tertawan hati lalu menyelamatkannya dari penindasan keluarga tirinya. Ye Xian juga dibawa pulang ke To’han dan hidup sebagai ratu. Sama seperti Cinderella, Ye Xian pun mengecapi kehidupan yang bahagia sesudah itu.

Ilustrasi sebuah perkahwinan di zaman Dinasti Qing

TERJEMAHAN

Riley Winters. (29 Julai 2015). The 2200-year-old Tale of the Chinese Cinderella. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/news-myths-legends/fish-wish-your-heart-makes-2200-year-old-tale-chinese-cinderella-003506

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.