Guan Yu yang juga dikenali dengan nama gelarannya, Yunchang, adalah nama yang sudah tidak asing lagi bagi para peminat Hikayat Tiga Kerajaan. Beliau adalah seorang panglima tenter4 yang terkenal dalam sejarah China purba. Kehebatannya sangat luar biasa hingga selepas kem4tiannya, dia dianggap sebagai “dewa”.

Pada zaman moden, beliau dipuja dan dihormati kerana keberanian dan semangat setiakawannya.  Wataknya juga menjadi popular kerana sering diadaptasi dalam fiksyen sejarah, filem dan permainan video. Donnie Yen juga pernah membawa watak Guan Yu di dalam filem The Lost Bladesmen.

Tarikh kelahirannya tidak diketahui namun dia meninggal dunia sekitar 219M atau 220M. Guan Yu hidup semasa tahun-tahun terakhir Dinasti Han yang memerintah China selama 400 tahun.

Sepanjang hayatnya, beberapa siri peristiwa telah berlaku yang mengakibatkan kemunculan “Tiga Kerajaan” Wei, Wu dan Shu dan dia berkhidmat untuk Liu Bei, keturunan diraja Han yang akhirnya akan menjadi Raja Shu-Han.

“Tiga Beradik” – Liu Bei (pedang), Guan Yu (golok panjang) dan Zhang Fei (tombak) – Pertempvran Fancheng dalam lukisan petikan dari “Hikayat Tiga Kerajaan” oleh Luo Guanzhong edisi Dinasti Qing

Guan Yu adalah seorang lelaki yang mempunyai keberanian dan keterampilan fizikal yang kuat, dia pernah menjalani pembedahan yang serius di lengannya yang dilakukan ditengah jamuan.

Walaupun d4rah mengalir, dia bermain catur sambil makan dan minum dan tertawa seperti biasa jika menurut penulisan Rafe de Crespigny di dalam “A Biography And Dictionary Of Later Han To The Three Kingdoms”.

Tidak banyak maklumat diketahui mengenai awal kehidupannya.  Nama gelarannya pada mulanya adalah “Changsheng” tetapi kemudiannya diubah menjadi “Yunchang.”

Menurut rekod, dia disenaraikan berasal dari Hedong Commandery (juga dikenali sebagai wilayah pentadbiran). Dia digambarkan sebagai seorang yang bermuka merah, garang dan tidak pernah tunduk kepada sesiapa kecuali kepada Liu Bei dan Cao Cao.

Pada suatu ketika di akhir abad kedua, dia melarikan diri ke Zhou Commandery kerana nyawanya terancam dan bernaung di bawah Liu Bei.

Akhirnya Guan Yu, Liu Bei dan seorang lagi yang bernama Zhang Fei menjadi saudara seperjuangan, dengan ikrar kesetiaan yang mendalam antara satu sama lain, lalu menjadi legenda.

Menjadi Tawanan Per4ng Cao Cao

Perjuangan awal Liu Bei tidak berjalan lancar. Sekitar 200M, Guan Yu ditawan oleh Cao Cao, seorang penguasa yang akan mengawal sejumlah besar wilayah di utara China yang pada akhirnya akan membentuk Kerajaan Wei. Sebelum menyatukan seluruh China.

Cao Cao melayani Guan Yu dengan baik dan menjadikannya seorang leftenan di dalam tenter4 Wei. Namun, Guan tetap menganggap Liu Bei dan Zhang Fei sebagai saudara dan dia tidak akan mengkhianati mereka. Namun kerana layanan baik Cao Cao, dia tiada pilihan kerana terhutang budi, lalu dia membantu Cao Cao dalam kempen.

Menurut sejarawan China abad ke-11 Sima Guang, Guan memutuskan bahawa dia perlu melarikan diri dan kembali kepada Liu Bei, tetapi tidak sebelum membalas budi Cao Cao dahulu.

“Saya tahu bagaimana baik nya Yang Mulia (Cao Cao) yang murah hati telah melayani saya, tetapi saya adalah saudara sed4rah Panglima (Liu Bei) dan saya bersumpah untuk m4ti bersama dengannya. Akhirnya saya mesti pergi jua.”  (Terjemahan oleh Rafe de Crespigny, diterbitkan pada tahun 1969)

Untuk membalas budi Cao Cao dengan cara yang baik, Guan Yu memutuskan untuk membunvh seorang panglima musuh Wei bernama Yan Liang, yang berkhidmat untuk seorang warlord bernama Yuan Shao (saingan Cao Cao).

“Guan Yu melihat panji-panji Liang dari jauh. Dia menunggang kudanya dan mencabar Liang di hadapan sepuluh ribu orang tenter4nya. Dia memenggal kepala Liang dan kembali, tiada seorang pun dari tenter4 Yuan Shao dapat menahannya,” tulis Sima Guang.

Selepas pertempvran, dia melarikan diri dari kem Cao Cao untuk kembali kepada Liu Bei. Cao Cao dikatakan sangat kagum dengan kesetiaan dan kehebatan prinsip nya lalu memerintahkan pengawalnya untuk melepaskan Guan Yu pergi walaupun berat di hati Cao Cao untuk melepaskan pahlawan yang hebat itu.

Tugu Guan Yu di Chengdu, China

Pertempvr4n Chi Bi

Sepanjang dua dekad yang seterusnya, Guan Yu telah bekerjasama dengan Liu Bei dalam banyak siri kempen ketenter4an yang akhirnya akan membawa kepada penubuhan Kerajaan Shu-Han.

Rekod menunjukkan bahawa dia mahir dalam pertempvran laut. Dalam 208M, selepas kem4tian panglima Liu Biao, dia mengambil alih kawalan ke atas armada per4ng di Sungai Han dan mengetuai mereka di Chibi dalam usaha menghalang tenter4 Cao Cao yang sedang mara ke selatan yang cuba menyatukan seluruh China dengan memvsnahkan pasukan Liu Bei (Shu) dan Sun Quan (Wu) yang telah membentuk satu perikatan.

Pertempvran itu adalah bencana besar untuk Cao Cao dan dia mengalami kekalahan teruk yang mencetuskan kelahiran tiga kerajaan untuk jangka masa yang panjang. iaitu Wei, Shu-Han, dan Wu. Shu-Han merupakan legasi d4rah Dinasti Han.

Bagi Liu Bei mengukuh kedudukannya, dia diangkat sebagai Raja Shu dan dianggap sebagai mewarisi takhta maharaja Han selepas kem4tian Maharaja Xian. Guan Yu dilantik sebagai panglima barisan hadapan atau “Van General”, sesuatu yang dia sendiri tidak suka kerana pangkat itu setaraf dengan seorang lelaki bernama Huang Chung yang tidak disenanginya.

“Saya lebih baik daripada si bodoh itu!”  Guan Yu dikatakan melenting apabila dia mendengar bahawa dia mendapat kedudukan yang sama seperti Huang (akhirnya Guan bersetuju untuk menerima pelantikan itu).

Kempen Terakhir Di Fancheng

Sekitar 219M, Guan Yu mengetuai tenter4 Liu Bei dalam ser4ngan ke atas Fancheng, sebuah kota yang dikawal Cao Cao. Ketika mengetuai pengepungan itu, beliau bimbang jika pasukan Sun Quan akan mengkhianati dan menyer4ngnya (pakatan antara Liu Bei dan Sun Quan telah mulai retak selepas Pertempvran Chibi).

Lukisan Guan Yu menangkap Pang De seperti yang digambarkan dalam lukisan dinasti Ming oleh Shang Xi pada 1430.

Kerana kebimbangan yang tidak berasas, dia memprovokasi tenter4 Wu hingga seorang panglima Wu, Lu Meng, mula menentangnya. “Guan Yu berani dan berpengaruh, agak sukar untuk menandinginya. Dia telah memegang wilayah Jing dan dia menguasai dengan sifat kebaikan dan kesetiaan.”, kata Lu Meng berdasarkan sejarah.

Sima Guang menulis bahawa Guan Yu memburukkan keadaan dengan merampas bekalan makanan dari stor tenter4 Sun Quan tanpa kebenaran ketika pengepungan Fancheng.  Sun merancang untuk menghukum Guan.

Dia menggantikan posisi Lu Meng dengan seorang lelaki yang dianggap Guan tidak menimbulkan ancaman. Ini menyebabkan Guan menarik balik tenter4 dari barisan belakangnya untuk membantu pengepungan. Sun mengutus surat kepada Cao Cao untuk melancarkan ser4ngan bersama terhadap Guan.

Cao Cao memutuskan untuk menyebarkan surat Sun Quan, dengan harapan bahawa Guan Yu akan meninggalkan pengepungan Fancheng untuk melawan Sun (Cao Cao ingin membuat musuh-musuhnya berper4ng antara satu sama lain).

Guan Yu menganggap surat itu palsu dan terus mengepungnya, sementara Lu Meng menyer4ng kedudukan rearguard Guan Yu yang lemah dan menghapuskannya sebelum surat itu sampai kepada Guan.

Ketika barisan belakangnya diser4ng, pengepungan Guan Yu di Fancheng sedang gagal. ser4ngan balas oleh pasukan Cao Cao memaksa Guan Yu berundur. Ketika itu Guan Yu mula sedar dirinya sedang memerintah satu pasukan yang lemah di antara dua pasukan musuh, iaitu Cao Cao dan Sun Quan.

Pertempvran Jiangling

Lu Meng, panglima Sun Quan, membuat keadaan Guan Yu lebih buruk dengan menawan kota Jiangling, yang menempatkan ramai keluarga pegawai-pegawai Guan Yu.

Lu Meng melayani mereka dengan baik sambil memastikan bahawa tenter4 Guan Yu mengetahui apa yang berlaku.

“Semua orang tahu bahawa keluarga mereka tidak mendatangkan kemudaratan dan bahkan diperlakukan dengan baik pada waktu tenang sehingga askar Guan Yu kurang berminat untuk berper4ng,” tulis Sima Guang. Ini mendorong askar Guan Yu melarikan diri hingga mengecilkan lagi kekuatan Guan Yu.

Guan Yu masih menolak tawaran untuk menyerah, hingga pada satu ketika dia dan pasukannya berpura-pura menyerah kepada tenter4 Sun Quan sebelum melarikan diri. Akhirnya, saki baki pasukannya dikejar hingga terper4ngkap, anaknya, Guan Ping ditangkap dan dibunvh, manakala Guan Yu membunvh diri sebelum kepalanya dipengg4l oleh Lu Meng.

Sun Quan yang marah dengan tindakan Lu Meng telah bertindak membunvh Lu Meng, kemudian menghantar kepala Guan Yu kepada Cao Cao kerana kebimbangan Sun terhadap ancaman amukan Liu Bei apabila mengetahui kem4tian Guan Yu itu, dengan menghantar kepala Guan Yu kepada Cao Cao, Sun Quan berharap Liu Bei akan menyangka Guan Yu dibunvh oleh Cao Cao.

Salah satu altar yang menempatkan patung Guan Yu di makam Guan Yu di Guanglin, Luoyang, China

Guanlin menjadi tempat bersemadinya kepala Guan Yu. Selepas dia ditangkap dan dipengg4l oleh orang Sun Quan, kepala itu dihantar kepada Cao Cao untuk mengalihkan kesalahannya.

Cao Cao tidak mudah diperdayakan, lantas mengarahkan pegawainya mengadakan majlis pengebumian yang paling besar dan terhormat untuk Guan Yu sebagai pengebumian yang sesuai untuk seorang pahlawan.

Cao Cao mengarahkan badannya diperbuat dan diukir dengan kayu lalu dikebumikan bersama kepala supaya Guan Yu m4yatnya kelihatan sempurna. Sudah tentu, ia juga merupakan suatu agenda licik Cao Cao untuk memecahkan pakatab antara Negeri Wu dan Shu. Ini dibuktikan berdasarkan catatan inskripsi yang tertulis pada dinding makam Guan Yu.

Guan Yu Menjadi “Dewa Per4ng”

Selepas kem4tiannya, Guan Yu menjadi legenda dan dipuja sebagai dewa yang suci. Beratus-ratus tahun kemudian, apabila Dinasti Tang berkuasa di China, Guan Yu diberi penghormatan atas “kesetiaan”nya kepada tuannya, Liu Bei.

Ini berdasarkan penulisan Whalen Lai, profesor emeritus pengajian agama di University of California Davis, dalam  “Encyclopedia Of Asians Philosophy” (Routledge, 2001).

Kuil Guan Yu di Koh Samui, Thailand

Semasa abad ke-10, ketika China sekali lagi berpecah kepada kerajaan-kerajaan yang berper4ng, kultus Guan Yu berkembang. “Kesetiaan peribadi kepada tuan adalah kehidupan abadi”. Pada abad ke-14, novel yang berjudul “Romance of Three Kingdoms” turut menyelitkan eksploitasi hikayat Guan Yu, semakin meningkatkan popularitinya.

Pada sudut yang lain, dia dijadikan dewa per4ng dan dihormati hari ini sebagai simbol kesetiaan, kebenaran dan keberanian. Dia dirujuk sebagai Guan Gong (Lord Guan) atau Guan Di (Maharaja Guan).

Patungnya diletakkan di banyak kuil Taoist pada zaman sekarang, beliau dijadikan simbol spiritual oleh agamawan Cina moden dan  simbol kesetiaan yang dipuja kumpulan-kumpulan kongsi gelap di Hong Kong, Taiwan dan Malaysia.

Beliau juga merupakan tokoh yang dihormati dalam agama Buddha, Confucianism dan agama masyarakat Cina.

Pada tahun 2008 dan 2009, sebuah filem sejarah B4ttle Of Red Cliffs telah dilancarkan dalam dua bahagian dan menampilkan pelakon Mongolia dari keturunan Genghis Khan, Batdorj-in Baasanjab berlakon sebagai Guan Yu.

Donnie Yen melakonkan wataknya di dalam filem The Lost Bladesmen, dan Ringgo Yu membawa watak Guan Yu di dalam drama bersiri 98 episod, War Of Three Kingdoms.

Di Jepun dan Barat, watak beliau juga menjadi sangat popular dalam siri permainan video yang dihasilkan oleh syarikat Koei iaitu Dynasty Warriors. Permainan video ini menekankan kebolehannya sebagai seorang pahlawan sakti.

RUJUKAN:

  • A Biographical Dictionary of Later Han to the Three Kingdoms 23–220 AD – Rafe de Crespigny
  • Zhiji Tongjian – Chapter of Han Dynasty by Sima Guang (diterjemahkan oleh Rafe de Crespigny)

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.