22 Syaaban 492 H bersamaan dengan 15 Julai 1099 M, umat Islam dikejutkan dengan pen4klukan T3ntera Salib ke atas Baitul Maqdis lantas menukarkannya menjadi Kingdom of Jerusalem. Pen4klukan ini berlaku pada Hari Jumaat yang mulia.
Selepas kota tersebut dit4kluk, ramai penduduknya yang terk0rban dibvnuh oleh t3ntera salib yang bermaharajalela untuk menduduki kota tersebut tanpa penduduk beragama lain seperti Islam, Yahudi dan Kristian Ortodoks.
Namun begitu, terdapat beberapa kumpulan pel4rian yang berjaya melarikan diri dari dibvnuh oleh T3ntera Salib. Mereka bergerak ke Damaskus dan bertemu dengan Qadi Agung Damaskus iaitu Abu Sa’ad Al-Harawi.
Qadi di zaman itu bertindak sebagai ketua hakim syariah manakala Mufti pula bertindak sebagai pengeluar fatwa. Qadi memainkan peranan yang sangat penting dalam mengekalkan undang-undang syariah terutamanya apabila dunia Islam semakin maju.
Semasa tiba di Baghdad pada 29 Ramadan 492 H, Qadi Abu Sa’ad Al-Harawi, Qadi yang disegani di zaman itu terus menaiki mimbar dalam Dewan Khalifah Al-Mustazhir di Masjid Agung Baghdad dan makan di tengah-tengah hari Ramadan itu, lalu menarik perhatian semua yang hadir pada Hari Jumaat itu. Beliau tidak memakai serban dan mencukur botak rambutnya sebagai tanda berkabung.
Beliau menghamburkan air matanya dan memberi khutbah dengan suara yang sangat kuat tetapi dalam gema tangisan yang sangat menyedihkan. Beberapa orang yang berada di hadapan masjid cuba mententeramkannya, namun beliau menolak mereka untuk duduk dan mendengar khutbahnya.
“Beraninya kamu berdiam diri tatkala dunia Islam dalam keadaan tidak selamat lagi. Kamu ada pun hanya sia-sia ibarat bunga yang mekar di taman, sedangkan saudara-saudara kita di Syria sudah tiada lagi tempat tinggal melainkan di pelana unta ataupun di dalam perut burung botak (vulture),” ujarnya sambil memandang tajam Khalifah Al-Mustazhir Billah yang masih muda.
“D4rah telah tumpah. Anak-anak gadis telah dimalukan sehingga terpaksa menutup muka manis mereka dengan tangan (purdah dicabut tanpa kerelaan). Perlukah p3rwira Arab mengvndurkan diri untuk dihina dan Pemuda Parsi yang g4gah berani menerima kejian?”
Khutbah Qadi Abu Sa’ad Al-Harawi yang sangat bertenaga itu menggegarkan seluruh umat Islam yang berada dalam dewan tersebut. Mereka berteriak dan menangisi nasib malang yang menimpa dunia Islam pada masa itu.
Qadi Abu Sa’ad tidak memberi sebarang reaksi terhadap air mata hadirin yang berada dalam dewan tersebut.
“Senjata lelaki yang sangat bermakna ialah dengan menghamburkan air mata apabila besinya mengacau bara arang untuk berp3rang (membuat pedang),” kata-kata beliau ini semakin menggoncangkan lagi semangat penduduk di Baghdad ketika itu.
Qadi dan pelarian yang merentasi gurun Syria yang panas dan kering untuk sampai ke Baghdad secepat mungkin bukanlah bertujuan untuk menghina khalifah dan pihak autoriti Dunia Islam ketika itu, malahan beliau berusaha untuk memberi amaran akan kegasaran T3ntera Salib dalam memvsnahkan Dunia Islam ketika itu.
Apa yang khalifah dan pembesarnya boleh buat? Mereka tiada kuasa pun dalam pemerintahan Daulah Islamiah dan tiada autoriti ket3nteraan. Dunia Islam ketika itu dikuasai oleh Pemimpin-pemimpin P3rang (W4rlords) Seljuk yang digelar Attabeg dan kvasa sebenar di Baghdad dikuasai oleh Sultan Seljuk, Shah Sultan Barkiyaruq yang berusia 13 Tahun ketika itu.
Al-Harawi tidak pernah berjaya untuk bertemu dengan Sultan Barkiyaruq kerana Sultan yang tidak mahir berbahasa Arab itu sedang sibuk berp3rang dengan adiknya sendiri di Timur Parsi untuk menghalang rebvtan kvasa dalam Istana Seljuk.
Tiada tindakan pun yang diambil oleh pihak Kerajaan Abbasiyyah dan Turki Seljuk ketika itu untuk menentang penc3robohan dan penj4rahan T3ntera Salib menyebabkan pertahanan Kota Jerusalem berjaya dikukuhkan dan T3ntera Islam selepas itu sukar menembusi kekebalan kota tersebut walaupun pihak yang bertahan hanya beberapa ratus orang sahaja.
T3ntera Salib berjaya menduduki Wilayah Umat Islam di Levant seperti di Edessa, Antakya, Beirut dan Baitul Maqdis kerana mereka bersatu di bawah satu semangat jvang atas seruan Paus Urban II untuk men4kluk Tanah Suci.
Umat Islam ketika itu ber4ntakan antara satu sama lain. Sultan Seljuk berp3rang dengan adik-adiknya sendiri di Parsi. Sultan juga terpaksa berp3rang dengan pakciknya sendiri, Tutush yang ingin mer3but takhta Seljuk.
Setelah Tutush m4ngkat dalam pert3mpuran dengan t3ntera Barkiyaruq, anak-anaknya iaitu Ridwan menjadi Raja Aleppo dan adiknya Duqaq menjadi Raja Damaskus. Mereka berdua juga sibuk berperang untuk menguasai kota-kota peninggalan ayahanda mereka itu.
Lain pula kisahnya kepada attabeg-attabeg di Syria dan Iraq. Semasa T3ntera Salib meny3rang Antioch yang menjadi kota pentadbirannya, tiada Emir-emir Turki di sekelilingnya yang mahu membantu. Mereka lebih senang melihat Yaghi-Siyan diker0nyok oleh T3ntera Salib kerana bers3teru sesama mereka.
Qadi Abu Sa’ad Al-Harawi meninggalkan Baghdad tanpa bertemu dengan Sultan Barkiyaruq. Namun, selepas Al-Harawi keluar daripada Baghdad, Sultan Muhammad, adik kepada Barkiyaruq berjaya men4wan Baghdad pada Bulan Oktober 1099.
Sultan Barkiyaruq berjaya mer4mpas semula Baghdad pada Bulan Januari tahun 1100 lalu memaksa Sultan Muhammad lari keluar daripada Baghdad dengan tergesa-gesa.
Pada pertengahan Mac tahun yang sama, Sultan Muhammad berjaya mendvduki semula Baghdad dan Sultan Barkiyaruq hanya berjaya men3waskan adiknya pada Bulan April 1101, setelah setahun berlalu.
Pada Bulan September tahun yang sama, Sultan Barkiyaruq sekali lagi dik4lahkan oleh pak4tan dua adiknya iaitu Muhammad dan Ahmad Sanjar. Sultan Barkiyaruq tidak berputus asa dan berjaya meng4lahkan adik-adiknya beberapa hari kemudian.
Perg3lutan kvasa di Istana Seljuk di Baghdad dan perg0lakan dalaman di Syria menyebabkan ket3nteraan Seljuk mengalami kemunduran. Mereka lebih selesa bert3mpur sesama sendiri berbanding bangkit untuk men3waskan T3ntera Salib.
Dalam tempoh 30 bulan, lapan kali pertukaran Sultan berlaku dalam istana Seljuk Di Baghdad.
Sementara pihak istana Seljuk berp3rang sesama sendiri, Qadi Al-Harawi berjaya mengumpulkan milit4n Islamiah di Damaskus. Selain itu, Saint-Gilles telah meninggalkan Tanah Suci dan Goldfrey, Raja Jerusalem telah m4ngkat pada Tahun 1100.
Perkara ini meningkatkan lagi semangat t3ntera milit4n Islamiah untuk membebaskan tanah suci dari cengkaman t3ntera salib. Bohemond dari Taranto pula dit4wan oleh T3ntera Kesultanan Seljuk Rum di Iznik. Bohemond dirantai dan dipaksa berarak ke Niksar di utara Anatolia.
Qadi Abu Sa’ad Al-Harawi juga berjaya meyakinkan Duqaq, penguasa Seljuk di Damaskus untuk membebaskan tanah suci daripada cengkaman T3ntera Salib. Duqaq dan T3ntera Seljuk cuba men3waskan Baldwin dari Edessa yang cuba ditabalkan menjadi Raja Jerusalem dengan menunggu di Nahr Al-Kalb untuk serangan kilat.
Namun, rancangannya digagalkan oleh Qadi Fakhr Mulk, pemimpin Tripoli baharu yang risau akan kejayaan Duqaq. Beliau memberitahu rancangan Duqaq kepada Baldwin dan t3ntera Salib bergerak menjauhi tempat ser4angan kilat dirancangkan.
Seruan Al-Harawi mengambil masa selama 12 tahun untuk benar-benar menggegarkan umat Islam untuk bangkit berjihad setelah diingatkan oleh qadi-qadi lain di seluruh Daulah Abbasiyyah. Walaupun mengambil masa yang agak lama, Al-Harawi seharusnya dikenang sebagai orang yang mencetuskan semangat melawan T3ntera Salib yang datang ke Timur Tengah.
Pada Tahun 1124, Qadi Abu Saad Al-Harawi m4ti dibvnuh oleh Hashanshin di Masjid Hamadan. Walaupun telah pergi meninggalkan dunia ketika itu, semangatnya masih bergema sehinggalah di Hari Salahuddin Al-Ayyubi men4wan kembali Kota Baitul Maqdis.
RUJUKAN:
1. Amin Maalouf (2012). The Crusades through Arab Eyes, London, Saqi Essentials
2. The Crusades (2013), Zeri Islam. Retrieve from https://www.zeriislam.com/artikulli.php?id=2620 dilayari pada 20 Februari 2020.
3. Justin Marozzi (2019). Islamic Empires: Fifteen Cities that Define a Civilization; UK, Penguin UK.
4. Michael Foss (1997). People of the First Crusade, Arcade Publishing.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih