Akhirnya Michael Bloomberg masuk gelanggang pilihanraya presiden US 2020 dengan membuat penampilan pertamanya di perdebatan calon-calon Parti Democrat.

Bloomberg ialah bekas Datuk Bandar New York dari tahun 2002 hingga 2013, dan lebih dikenali sebagai manusia ke-9 kaya di dunia dan orang US terkaya selepas Jeff Bezos (Amazon), Bill Gates (Microsoft), Warren Buffett (Berkshire Hathaway), Larry Ellison (Oracle) dan Mark Zuckerberg (Facebook).

Harta dia ada dalam USD 64 bilion (RM 268 bilion), cukup untuk beli semua saham 4 bank terbesar di Malaysia: Maybank, Public Bank, Hong Leong Bank dan CIMB. Kalau beli snack plate hari ini dia boleh dapat 26 bilion set. Cukup untuk belanja setiap satu orang Malaysia 800 set, boleh makan setahun.

Berbanding dengan Donald Trump dan George Soros (penyokong kuat Hillary Clinton pada tahun 2016), poket Bloomberg jauh lagi tebal. Kalau dia habiskan 20 bilion untuk kempen pilihanraya pun, dia masih kekal dalam Top 20 orang terkaya di dunia. Trump kalau habiskan 3 bilion dah pokai terus. Soros pun ada dalam 8 bilion je.

Yang paling penting, Bloomberg memiliki media sendiri iaitu Bloomberg News yang dia asaskan pada tahun 1990. Nak up story pasal diri sendiri 24 jam tak ada masalah. Kat Malaysia pun ramai menjadikan Bloomberg sebagai sumber berita. Sebab tu dia sangat yakin dialah orang yang paling berharapan untuk menewaskan Trump.

Bloomberg adalah seorang Yahudi. Orang US yang nama keluarganya ada “berg” ni (macam Goldberg, Greenberg, Sandberg, Rosenberg) biasanya adalah Yahudi Ashkenazi dari keturunan Jerman atau Eropah Timur, macam atuk Bloomberg sendiri pun berasal dari Russia. Ye, Zuckerberg pun Yahudi Ashkenazi. Jadi bertambah sedap lah pencinta teori konspirasi Freemason-Illuminati nak goreng cerita nanti kalau Bloomberg menang pilihanraya presiden.

Cuma “masalah” terbesar bagi Bloomberg ialah tak cukup tinggi. Ketinggian 173 cm Bloomberg tu buat dia asyik kena bahan dengan Trump yang panggil dia “Mini Mike”. 173 tu tak adalah pendek (bagi orang Asia), cuma kalau dibandingkan dengan Trump yang tingginya 190 (giant siot), memang Bloomberg nampak mini lah.

Malah Bloomberg lebih pendek berbanding calon utama Democrat yang lain iaitu Joe Biden dan Bernie Sanders (masing-masing 183). Elizabeth Warren 173 tapi nampak lebih tinggi daripada Bloomberg, so ada kemungkinan Bloomberg lebih pendek daripada 173, saja lapor bagi tinggi macam artis K-Pop selalu buat, tinggi 167 tapi klaim 177.

Dan selalunya Presiden US jarang rendah daripada 180 cm (6 kaki). Reagan 185, George H.W. Bush 188, Clinton 188, Bush 182, Obama 185. Orang putih ni obses dengan “tinggi”, kononnya kalau tinggi nampak lebih gagah, nampak boleh “lead”. Ye lah sebagai leader kepada “most powerful nation on earth”, malulah kalau masa berdiri nampak lebih rendah daripada leader “autokratik” atau “Dunia Ketiga” seperti Erdogan (185), Muhammad bin Salman (183), Imran Khan (188) dan Xi Jinping (180).

Tapi secara rasional, tak semua leader yang power kena tinggi. Putin 170 steady je. Winston Churchill 167. Hitler 175 je pun tapi orang Jerman time dia sembah bukan main. Tapi di zaman media sosial ni, kita kena akui benda-benda superficial macam ketinggian dan rupa ini adalah lebih penting berbanding kebijaksanaan dan ideologi.

Tolak tepi faktor ketinggian, kalau tengok prestasi Bloomberg masa debat, rasanya harapannya untuk dinamakan sebagai calon presiden Parti Democrat tak cerah. Bloomberg asyik kena boo je, manakala Sanders dan Warren asyik dapat sorakan dan tepukan. Sampai CNN yang pro-Democrat pun kata Bloomberg “big loser”.

Parti Democrat ialah parti yang “liberal” dan “progressive”, majoriti ahlinya lebih mementingkan isu macam rasisme, seksisme dan jurang kekayaan. Benda-benda macam ni memang Bloomberg fail, silap-silap pengundi Democrat yang progressive ni akan boikot Democrat nanti kalau Bloomberg dinamakan sebagai calon presiden.

Dah lah gaya debat Bloomberg pun skema macam bagi ucapan pengumuman bonus hujung tahun, tak macam Trump yang memang betul-betul berjiwa ahli politik sebab dah lama jadi personaliti TV. Kena ingat, sifat orang politik dan penghibur/seniman ni tak jauh beza, dua-dua perlu memainkan watak (kalau kau nak “be yourself” tak payah berangan-angan berjaya dalam politik), dan dua-dua bergantung kepada “approval” audiens.

So, daripada bertanding untuk jadi presiden, baik Bloomberg belanja semua orang Malaysia kepci.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.