“Whoever is Lord of Malacca has his hand on the throat of Venice” – Tome Pires
Venice disamakan kemakmurannya dengan Melaka. Hal ini kerana Venice merupakan sebuah Kota Pelabuhan terkaya di Eropah kerana kebijaksanaan rakyatnya (Venetian) berdagang dan menguruskan pelabuhan.
Venetian juga merupakan bangsa maritim yang bijak mengaturkan pelabuhannya dan mempunyai kuasa t3ntera laut yang mahir dalam kawalan perdagangan dan ket3nteraan maritim di Laut Aegean dan Laut Adriatik.
Pada dasarnya, Venice merupakan sebahagian daripada Wilayah Itali yang termasuk dalam empayar Byzantine atau Rom Timur. Pada Tahun 814 M, mereka dikurniakan kemerdekaan de facto kerana membantu Byzantine menvmpaskan Charmelagne dalam pertempvran.
Pada Tahun 992 M, Venice mencapai kemerdekaan penuhnya. Venice menjadi pelabuhan pertama ke Eropah Barat selepas keluar daripada kota Constantinople yang menjadi ibu kota Kerajaan Byzantine.
Kedudukan geografi Venice yang strategik membolehkannya menjadi pintu penghubung antara Barat dan Timur Laut Mediterranean dan menjadi pelabuhan entreport yang memasarkan pelbagai produk daripada Timur ke Barat, Selatan (Mesir) ke Utara (Rusia).
Venice menjadi pusat pelabuhan yang terkaya di Eropah. Perkara ini menyamai dengan keadaan di Melaka, pelabuhan terkaya di Timur. Oleh itu, Venice ialah Melaka di Barat.
Venice terlindung daripada s3rangan mvsuh kerana ia terletak di antara dua lagun berlumpur yang tidak subur. Venice juga berdiri di atas tanah paya bakau yang berlumpur. Keadaan ini sama seperti Melaka yang mana pertahanan semula jadinya ialah paya bakau yang menutupi pasar Melaka di kawasan Upeh.
Venetian turut mendapat per$aingan dengan beberapa buah negara kota Itali di sekelilingnya seperti Genoa dan Seranica. Beberapa kali kota Venice cuba dicerob0hi oleh mvsuh-mvsuhnya, namun hanya dua kali sahaja t3ntera mvsuh berjaya menembusi pertah4nan Venice di lagun berlumpurnya.
Genoa yang menjadi peny4ing terhampir Venice di Laut Mediterranean menjadi lvmpuh dan hilang fungsi persaingannya setelah mereka kehilangan t3ntera laut mereka dalam serbvan ke Kota Venice.
Kekuatan t3ntera laut Venice ini menyebabkan pedagang lebih selesa berlabuh di pelabuhannya dalam perjalanan ke seluruh Eropah Barat. Semua barangan dari dunia Timur ke Barat dan dari Barat ke Timur mestilah melalui Kota Venice.
Keadaan ini menyamai Melaka kerana Melaka menjadi pelabuhan enterport terbesar di dunia Timur kerana kekvatan t3ntera laut Melaka dan kebijaksanaan pemerintah Melaka mengurus tadbir perdagangan di Melaka.
Kehebatan t3ntera laut Venice di Laut Mediterranean menyebabkan mereka sangat digervni. Sultan Muhammad Al-Fatih turut menggervni kredibiliti tentera Laut Venetian apabila diberitakan 40 buah kapal Venetian dalam perjalanan ke Constantinople semasa serbvan Uthmaniah ke kota tersebut (namun, kapal-kapal tersebut terlewat beberapa hari sebelum jatvhnya Constantinople).
Kota Venice menjadi kaya-raya dengan mengawal perdagangan antara Wilayah Eropah dan Levant. Semasa p3rang salib pertama, 200 buah kapal Venetian digunakan untuk men4kluk kota Baitul Maqdis, termasuklah kapal-kapal yang dileraikan kayunya untuk dibina jentera s3rangan (C4tapult).
Pada kurun ke-12 M, Kota Venice semakin makmur dengan pembinaan limbungan kapal yang sangat besar dan boleh membina atau membaiki 200 kapal dalam satu-satu masa. Limbungan tersebut dinamakan Venetian Arsenal.
Menerusi kekvatan t3ntera lautnya juga, Venice berjaya mengawal perdagangan di seluruh bahagian Timur Laut Mediterranean dan perniagaan pertukaran barangan bermula di Venezia untuk menyokong aktiviti perdagangan seluruh Eropah.
Venetian turut menerima hak eksklusif yang tinggi untuk berdagang di pelabuhan-pelabuhan Byzantine serta kapalnya sering digunakan oleh empayar Byzantine sebagai t3ntera laut bagi meningkatkan keselamatan di Timur Mediterranean.
Peningkatan Kuasa Venetian Sebagai Sebuah Empayar
Pada penghujung kurun ke-12, Venetian diminta untuk membawa t3ntera salib dalam misi P3rang Salib Keempat. Namun, mereka tidak mampu membayar kos pengangkutan yang disediakan.
Natijahnya, Venetian mengarahkan T3ntera Salib membantunya mengambil semula Kota Zara yang member0ntak terhadap mereka dan mereka berjaya menawan kota tersebut. Seterusnya, Venetian dan T3ntera Salib dari Perancis men4wan Constantinople dan menj4rah kota tersebut pada Tahun 1204 setelah Kaisar Alexios IV Angelos mungkir janji dengan mereka.
Venetian berjaya membawa pulang empat kuda gangsa yang menjadi trofi paling bermakna buat mereka. Arca kuda gangsa itu dibina sejak dari zaman Alexander Yang Agung lagi.
Perpecahan Byzantine yang berlaku selepas penj4rahan Constantinople dengan empayar Byzantine terpaksa bergerak ke Iznik (Nicaea) sementara Tentera Latin Salibiah membentuk Empayar Latin di bahagian Barat Selat Bhosporus.
Venetian menerima banyak lokasi strategik di Laut Aegean, termasuklah Pulau Crete dan Euboea. Kepulauan Aegean membentuk Wilayah Venetian di Archipelago.
Pada kurun ke-14 M, Venice mengalami kesukaran apabila Kerajaan Hungary mencampuri urusan Venetian dengan cubaan memerdekakan Kota Zara daripada pengaruh Venice, namun mereka berjaya dik4lahkan.
Melihatkan kekuatan t3ntera Venetian yang kuat, suatu perikatan dibentuk oleh pemimpin-pemimpin Utara Itali, Aquileia dan Austria untuk mengurangkan pengaruh Venetian dalam perdagangan di Laut Mediterranean. Mereka mendudvki Grado, Muggia dan menghalau keluar Venetian daripada Dalmatia. Perikatan terpaksa menyerahkan kembali Wilayah-wilayah Hungary iaitu Zara, Trau, Spalato dan Ragusa kepada kerajaan Hungary.
P4rang berkala yang tercetus di antara Venetian dan Genoese di antara 1350 hingga 1381 menyebabkan Genoese hilang kawalan terhadap perdagangan di Timur Mediterranean dan Venice juga kehilangan beberapa buah wilayah seperti Conegliano yang dit4wan Austria, Treviso dit4wan oleh Carraresi dan Tenedos dit4kluk oleh Empayar Byzantine.
Kewujudan Venice sebagai kvasa maritim di Timur Laut Mediterranean dan sebagai kerajaan perantaraan perdagangan dari Timur dan Barat benar-benar menjadikannya seperti Melaka di Laluan Selat Melaka.
Kemunculan Melaka sebagai kvasa maritim dan perdagangan laut disamping kuasa-kuasa dunia lain di Asia Tenggara seperti Pasai, Ayuthaya, Majapahit dan Brunei menyaksikan Melaka mampu bermandiri dan menjadi pelabuhan terkaya di seluruh Kepulauan Melayu sehingga dicembvrui oleh Ayuthaya dan dis3rang beberapa kali. Namun, kekuatan t3ntera laut Melaka dan kebijaksanaan pemimpin bangsawan Melaka menjadikan ia sebuah kota perdagangan yang makmur, kaya-raya dan diyakini oleh pedagang untuk berniaga di sini.
Pada kurun ke-15, Kerajaan Republik Venice menjadi kerajaan maritim yang sangat kaya dan dikatakan kekayaannya lebih tinggi daripada empayar Byzantine sendiri. Venice turut menduduki Utara Semenanjung Itali bagi menyediakan laluan darat yang selamat kepada pedagang.
Venice dilaporkan mempunyai 3,300 kapal dengan 36,000 t3ntera laut pada kurun ke-15 untuk melindungi pedagangnya. Jumlahnya mestilah setara dengan jumlah kapal di Melaka kerana apabila pelayar Portugis sampai di Melaka, mereka merasa kagum dengan kehebatan Melaka dan disetarakan dengan Venice yang menguasai laluan perdagangan di Timur Laut Mediterranean.
Venice turut berjaya mengvasai seluruh kawasan pantai Dalmatia kerana kelemahan pemerintahan Kerajaan Hungary ketika itu. Doge Francesco Foscari (1423 – 1457) merupakan pemimpin Venice yang memiliki wilayah paling besar dan Era Pax-Venetica ialah pada zaman pemerintahannya.
Pada 29 Mei 1453, Constantinople jatvh ke tangan Sultan Muhammad Al-Fatih dan geopolitik di Timur Laut Mediterranean turut berubah. Walaupun telah menjadi wilayah takluk Uthmaniyah, Venetian tetap berjaya mengekalkan hak eksklusif perdagangan di sekitar Selatan Laut Aegean seperti mana di zaman Byzantine. Ini membuktikan Venetian juga seperti Melaka, bijak berdiplomasi dalam mengekalkan perdagangannya.
Walaubagaimanapun, p3rang antara Venice dan Uthmaniyah tercetus juga pada Tahun 1463 apabila Uthmaniyah menawan Kota Argos. Venice membuat pakatan dengan Hungary lalu meny3rang Kepulauan Yunani di Laut Aegean dan Bulgaria di bahagian daratan. Mereka berjaya mem3nangi beberapa pertempvran, namun berjaya dik4lahkan oleh Uthmaniyah pada tahun 1470 apabila Uthmaniyah menggerakkan téntera yang sangat ramai. Peristiwa itu menyaksikan Venice kehilangan Kubu Utama di Laut Aegean iaitu Negroponte.
Terdesak untuk meng4lahkan Uthmaniyah, Venice membuat perik4tan dengan Shah Parsi dan kvasa Eropah lain, namun hanya menerima bantuan yang kecil dan tidak dapat menghalang kemaraan Uthmaniyah.
Akhirnya, perjanjian damai termeterai pada Tahun 1479 dengan menyaksikan Uthmaniyah berjaya mengambil alih beberapa kawasan Venetian iaitu Argo, Negroponte, Lemnos Dan Scutari serta perlu membayar ufti tahunan sebanyak 10,000 emas ducati.
Venice turut terlibat secara aktif dalam kempen ket3nteraan di Eropah dan berjaya menguasai Kawasan Apulia dan Kepulauan Ionian membolehkan mereka menguasai lebih banyak jalur perdagangan maritim di Mediterranean.
Kehebatan Republik Venice dalam mengawal jalur perdagangan pada kurun ke-15 ini menyebabkannya dicemburui oleh kawan dan lawan. Oleh itu, semasa era penjelajahan dan Vasco Da Gama menjumpai Tanjung Pengharapan, mereka tidak menjumpai satu pun kota pelabuhan yang boleh menyaingi Venice, walaupun telah mengembara mengelilingi Afrika ke India.
Apabila tiba di Melaka, pihak kolonial Portugis merasa pelik dengan kemakmuran di kota tersebut. Lantas, setelah beberapa ketika berada di Melaka, mereka membuat andaian bahawa sesiapa sahaja yang menjadi tuan kepada Melaka, boleh menyaingi dan menundukkan dominasi Venice dalam perdagangan di Eropah.
Pada penghujung kurun ke-15, Venice berkemungkinan menjadi kota terkaya di dunia sebelah barat dan Melaka merupakan kota terkaya di sebelah Timur. Pada Tahun 1485, duta Perancis ke Venice menulis berkenaan Venice sebagai:
“Inilah kota yang paling makmur pernah saya lihat, dan pemerintahnya merupakan pemimpin yang sangat bijaksana”
Persamaan yang ketara di antara Melaka dan Venice menjadikannya mustahil seperti gambaran filem atau drama tempatan yang membayangkan Melaka seperti perkampungan nelayan dan tiada bangunan kekal yang menarik.
Masakan pelabuhan entreport terkaya di dunia Timur digambarkan seperti perkampungan nelayan semata-mata dan hanya tahu menggunakan keris dan lembing sahaja?
Sedangkan, dalam masa yang sama Uthmaniyah digelar Empayar M3riam dan kej4tuhan Constantinople kepada Kerajaan Uthmaniyah membuktikan kehebatan m3riam Uthmaniyah yang bisa meluluh runtuhkan tembok pert4hanan Constantinople yang mustahil ditembusi oleh 28 t3ntera Islam sebelumnya.
Mengapa Melaka sudah tidak ada bangunan Peninggalan Kerajaan Melayu dan Venice masih ada bangunan kerajaan asalnya?
Venice hanya jatuh pada penghujung kurun ke-18, sedangkan Kota Melaka tvmbang pada Tahun 1511, hampir 300 tahun bezanya. Semasa Portugis sedang mengvasai Melaka, mereka memb4kar pasar Melaka dan pasar tersebut hangus dijilat api.
Selain itu, banyak petempatan di Melaka dan kerajaan seterusnya menggunakan kayu sebagai bahan binaannya kerana iklim di Melaka yang panas dan lembab lebih sesuai menggunakan kayu dan beratapkan nipah bagi memastikan rumah tersebut kekal sejuk.
Penemuan batu laterit merah pada dinding bangunan Kolonial Belanda yang disorok di sebalik plaster Belanda memungkinkan binaan tersebut berasal dari zaman Melaka.
Venice ialah Melaka di Barat. Kekayaannya yang gilang-gemilang dan kehebatannya menguasai laluan perdagangan di Laut Mediterranean menyebabkan kerajaan-kerajaan set3ru terpaksa mencari laluan lain untuk mendapatkan barangan berharga seperti rempah ratus dan herba.
Dengan jatuhnya Kota Melaka dan penguasaan di Laut Banda, Portugis berjaya menyaingi perdagangan Venice lalu menj3rut sedikit tenggorok Venice daripada terus-terusan menguasai perdagangan di Eropah umumnya dan Eropah Barat khususnya. Kita perlu bandingkan Melaka seperti Venice di Itali dan selamilah kegemilangan kerajaan Melayu tersebut dari zaman berzaman.
RUJUKAN:
History of Venice, History world, retrieve from http://historyworld.net/wrldhis/PlainTextHistoriesResponsive.asp?historyid=aa43 dilayari pada 18 Februari 2020
Max Nisen (2012), How Globalization Created And Destroyed The City of Venice, retrieve from https://www.google.com/amp/s/www.businessinsider.com/the-economic-history-of-venice-2012-8%3famp dilayari pada 17 Februari 2020
Dario (2018), A Brief History of Venice, retrieve from http://www.venicebyvenetians.com/brief-history-venice/ dilayari pada 17 Februari 2020
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih