Sehingga berbulan lamanya, Winston Churchill masih lagi mengeluh apabila bercerita tentang Singapura dan kejatuhannya.
‘Gibraltar Timur’ kebanggaannya, yang sepatutnya lengkap dengan pertahanan serupa istana, dengan Selat Tebrau sebagai ‘moat’ dan meriam lengkap mengacu ke lautan, tidak sepatutnya mudah jatuh ke tangan Jepun dalam masa hanya seminggu.
Itupun selepas berm4ti-m4tian dipertahan 2 kompeni Askar Melayu. Awal lagi ketika mengetahui Jepun sudah berada di Indo-China, Churchill dah mengalih perhatian dia ke Far East, iaitu Malaya.
Seawal Mac 1941, beliau berjaya memintas utusan surat antara H*tler dan Matsuoka, Menteri Luar Jepun tentang penjarahan Jepun ke selatan Asia.
Churchill juga saling berhubung telegram dengan Jeneral Sir Archibald Wavell, Panglima Besar ABDACOM tentang persiapan menghadapi Jepun sebelum ketibaan tapak kaki mereka di Nusantara.
Malangnya hanya pada 16 Januari 1942, Wavell membalas telegram tersebut dengan jawapan paling meresahkan Churchill,
“Saya dah berbincang berkenaan pertahanan Singapura, dan bertanya berkaitan rancangan lengkapnya. Sehingga kini (16/1/1942), segala rancangan hanyalah mengarah ke menahan ser4ngan laut dari arah Johor, tanpa sebarang kubu pertahanan dibina sebaiknya di utara pulau (Singapura) untuk mencegah kemaraan, namun ada pelan untuk meletupkan tambak (Causeway)”.
Wavell menambah lagi, “meriam yang terdapat di pulau boleh diacu ke pelbagai arah, tetapi tidak sesuai untuk taktik lawan-bateri (counter-battery). Tak dapat menjamin untuk menguasai per4ng walaupun dengan adanya ia (meriam tersebut.”
Remuk hati Churchill ketika membaca telegram tersebut pada pagi 19 Januari. Betapa segala jangkaan beliau merosot sama sekali.
Ingatkan dengan Semenanjung Malaya yang penuh dengan hutan tebal, serta 100,000 anggota siap sedia di atas pulau, Singapura mampu bertahan sebaiknya.
Menambah kecewa, panglima-panglima yang ada di Malaya semacam tiada persiapan langsung bagi menghadapi kemaraan Jepun, malah tak disebut pun berkenaannya ketika Jepun dah pun berada di utara Thailand.
PM British selepas itu menghubungi Jeneral Ismay, penasihat pertahanannya berkenaan kecamuk tersebut. Churchill mengarahkan Ismay, rancangan rapi perlu dilaksanakan serta merta, agar Singapura takkan jatuh. Antara arahan Churchill termasuklah:
– Singapura perlu dipertahankan sehingga ke titisan dar4h terakhir, segala pos dan kedudukan perlu dipertahankan sehingga tiada apa yang tinggal.
– Singapura akan menjadi ‘citadel’ atau benteng, tanpa sebarang serah kalah, dan setiap anggota dan pegawai takkan ke mana-mana selain dari tempat masing-masing, sehingga m4ti.
Kekecewaan jelas terserlah di muka Churchill ketika itu, cerita Ismay. Malah Ismay dimarahi beliau, “kamu mesti tahu keadaan Singapura yang menyedihkan ketika kamu berada di dalam Jawatankuasa Pertahanan Diraja (Committee of Imperial Defence). Kenapa saya tak diberi amaran (berkenaan ini)?”
3 Februari, Churchill menghadap sembah King George VI melalui upacara makan tengahari mingguan sambil berbincang tentang Singapura. Kemarahan Churchill tentang kelemahan koloni timur jauh itu jelas terpampang sehingga Raja sendiri menulis di dalam diarinya:
“Churchill begitu risau berkenaannya yang pada hematnya, Singapura sebenarnya mampu bertahan dengan pertahanan yang boleh dibina oleh trup di sana sendiri! Paling ditakutinya ialah pengeb0man dari udara.”
Dan akhirnya, tanggal 15 Februari, sehari selepas syahidnya Lt Adnan Saidi, Singapura menyerah kalah dari tangan AE Percival ke Yamashita, dengan 16 ribu askar British, 14 ribu askar Aussie, 32 ribu askar India dan beberapa puluh askar Melayu di belakangnya. Ramai kan?
Mana tak Churchill kecewa.
Kenyataan akhbar Winston Churchill jelas melampiaskan betapa hampanya beliau. “Saya bercakap kepada anda semua, rakyat British di bawah bayang kekalahan peper4ngan yang berat dan jauh. Ini adalah kekalahan British dan naungan Dirajanya. Singapura sudah jatuh.”
Kedukacitaan Churchill terhadap jatuhnya Singapura sampai terekod di dalam jurnal doktornya, Moran.
Moran menulis, “walaupun beliau bersedia dengan kemungkinan kekalahan di timur jauh, kejatuhan ‘kota pertahanan’ tersebut masih melukakan hati beliau. Beliau kekal dengan parut kekalahan tersebut di mindanya.”
Malah Moran merekod, selepas berbulan-bulan, ketika Churchill baru keluar dari tandas sambil mengeringkan badan, terbit ayat di mulutnya, “Saya masih kecewa dengan Singapura.”
Semoga menjadi teladan kepada pemimpin di luar sana, betapa jangkaan yang terpasak di minda tak semestinya benar dan mengikut kehendak kita. Sentiasalah ambil langkah berjaga-jaga, dan bersedia dengan senario terburuk pernah ada.
*Al-Fatihah buat Lt Adnan Saidi, Hero Malaysia Pertama.
RUJUKAN:
1. Churchill and the Fall of Singapore. https://winstonchurchill.org/publications/finest-hour/finest-hour-169/churchill-and-the-fall-of-singapore/
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih