Bagi kita yang mengikuti perkembangan rapat Koronavirus Baru ini dari sudut ‘penyiasatan’ atau ‘investigative’ dalam Bahasa Inggeris.
Sudah pasti ada 3 saksi yang paling ‘tular’ sekarang. Yang pertama adalah wartawan amatur dari luar Wuhan yang datang ke bandar ini, Chen Chu-shi, kedua, Fang Bin, dan ketiga ‘Lelaki Wuhan’.
Ketiga-tiga ni ada objektif yang sama, yaitu membongkar ‘statistik’ sebenar tentang penyebaran wabak Koronavirus Baru ini.
Jadi untuk yang pertama Encik Chen Chu-shu, beliau mendakwa yang kerajaan China ‘tidak’ memberikan maklumat tepat dalam hal ini. Contohnya bilangan orang yang m4ti serta yang dijangkiti.
Bagi yang pernah baca dokumen dari The Lancet, kajian mereka dari 31 Januari mengatakan wabak ini sudah tersebar lebih kepada 75,815 individu di Wuhan. Ingat, 75k di Wuhan sahaja! Dan belum lagi statistik sebenar di seluruh China.
Chen Chu-shi berterima kasih ke atas para penonton yang menyokongnya di Youtube dan laman sosial yang lain selepas beliau tidak lagi boleh menggunakan Sina Weibo dan WeChat.
Beliau juga ada membuat beberapa siasatan di sekitar Pengkebumian di Hankou, dan juga isu ‘Bracelet Kuarantin’ yang perlu ada jika mahu ke hospital meskipun pesakit mahu mendapatkan rawatan asas untuk penyakit sedia ada.
Untuk penyiasat kedua pula, Encik Fang Bin, yang boleh dikatakan ‘paling dikehendaki’ pihak berkuasa di China namun tidak dapat dilupuskan atas sebab beliau serta Chen Chu-shi sudah pun tular di Media Sosial China sendiri.
Kerajaan China sendiri dalam tekanan untuk menahan beberapa ‘peniup wisel’ yang saban hari makin tegar mengkritik Kerajaan Parti Komeunis China, yang turut menyaksikan Xi Jinping, Setiausaha Agungnya hilang dari radar dan digantikan oleh Perdana Menteri Li Keqiang dalam urusan Bencana Koronavirus.
Encik Fang Bin banyak merakam akan kem4tian dan juga beberapa ‘kemusykilan’ pihak berkuasa yang tidak melaporkan keseriusan bencana ini.
Fang Bin selepas beliau terselamat dari dipaksa untuk kuarantin, sifatkan nasibnya baik kerana dapat pos beberapa video sebelum percubaan penahannya di rumahnya sendiri.
Ketiga, Lelaki Wuhan yang hanya diketahui dengan umurnya (30 tahun). Seorang rakyat tempatan Wuhan yang cukup ‘marah’ dengan Kerajaan tempatan, Suruhanjaya Kesihatan Wuhan, dan Kerajaan China umumnya.
Dalam video beliau banyak mempersoalkan tindakan Kerajaan China, sikap rakyat di wilayah-wilayah jiran yang enggan membantu, serta terdesaknya beliau dalam memohon bantuan dari luar. Pilu boleh dikatakan.
Kehilangan Chen Chu-shi
Ibu Chen Chu-shi dalam rakaman videonya berkenaan kehilangan anaknya pada 7-8 Februari.
Pada 8 Februari, Chen Chu-shi disahkan ‘hilang’ oleh rakan dan ahli keluarga terdekatnya. Ibunya bercerita di dalam sebuah video akan kehilangan anaknya dan meminta orang ramai menolong untuk mencari Chen Chu-shi.
Rakan Chen, Fang Bin, turut berduka dan semakin gusar dengan keadaan sekeliling yang kian memburuk, apa tidak, sehari yang lepas pada 7 Februari, Doktor Li Wenliang, wira yang membongkarkan tentang penyakit ‘semacam SARS’ ini juga men!nggal dunia, suatu perkara yang berlaku dengan serentak.
Wuhan kini diselubungi dengan misteri yang masih tidak diketahui umum. Tapisan, maklumat tidak tepat, dan ‘kemusykilan’ yang ditonjolkan oleh tingkah laku Kerajaan China menimbulkan banyak persepsi. Rakyat China sudah pasti resah. Chen Chu-shi didakwa telah dikuarantin secara paksa di sebuah Hospital berdekatan, tidak ada gejala.
Bukan sahaja cerita Chen Chu-shi, Fang Bin dan Lelaki Wuhan yang memberikan bayangan buruk tentang situasi di sana, tetapi khabar angin yang melibatkan Tencent ‘tersilap’ dalam memuat naik imej statistik berkaitan jangkitan, kem4tian dan pulih kes-kes 2019-nCov memberikan lebih syak wasangka terhadap penutupan kebenaran oleh Beijing.
Mana taknya, beberapa minit selepas beredarnya imej itu, Tencent kemaskini semula dengan menggunakan statistik sebenar yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Kesihatan China.
Kehilangan Chen Chu-shi juga membuka cerita tentang kehilangan Presiden dan Setiausaha Parti Komounis China (PKC) Xi Jinping, apabila beberapa portal berita dari China dan luar negara melaporkan bahawa beliau tidak muncul di kaca televisyen sejak lewat Januari. Perdana Menteri atau orang suruhannya, Li Keqiang, dilihat lebih aktif dalam menguruskan proses dan perancangan dalam menangani penyebaran Koronavirus Wuhan.
Bukan sahaja itu, malah beliau juga harus berhadapan dengan krisis yang menyelubungi kem4tian ‘wira tidak didendangkan’, Dr. Li Wenliang yang dikenang dan dihormati selepas kisah mendiang yang membongkarkan pemaksaan pengakuan tentang penyebaran berita palsu berkaitan ‘Virus Seakan SARS’ menjadi viral di media sosial China yakni Sina Weibo.
Selepas kem4tian Dr. Li, Kerajaan China mengarahkan Badan Pencegahan Rasuah untuk menyiasat berkenaan insiden ‘penutupan rahsia’ itu. Namun ramai yang skeptik yang penyiasatan ini mampu membongkarkan apa-apa, malah, ia nampak lebih sebagai usaha PKC untuk cari dalang yang menyebarkan berita berkenaan pengakuan mendiang.
‘Martir (syahid) baru memberikan sebuah Wajah terhadap Krisis Koronavirus China yang semakin mendalam’ – Petikan tajuk dari The New York Times
Setakat ini Koronavirus Wuhan telah mengorbankan lebih 1018 nyawa menjangkiti 43,112 orang.
Harap kita semua dapat pelajari sesuatu dari Wabak Koronavirus Wuhan ini. Moga ia tidak berlaku seperti ‘Chernobyl’, dimana bila sudah terlambat, baru menyesal. Kisah 3 peniup wisel ini bersama-sama dengan mendiang Dr. Li Wenliang, Chen Chu-Shi, Lelaki Wuhan dan Fang Bin seakan-akan menyerupai kisah Valery Legasov, Vladimir Pikalov, dan Vladimir Pravik yang mengorbankan karier dan nyawa mereka bertarung bukan sahaja radiasi, tetapi organ negara bernama ‘Parti Komounis’.
—
Untuk semua yang nak ikuti perkembangan mereka yang diterjemahkan, boleh tengok di siaran ini.
Siaran: https://www.youtube.com/channel/UC21WwL9XSGpqcvZgJg6jhIw
Serta beberapa video video dan rujukan yang penting:
Pihak Kerajaan China Ugvt Fang Bin: https://youtu.be/GAdZKvY8_l4
Pengkebumian Hankou: https://youtu.be/Bckyfvz2_A0
Kemarahan Lelaki Wuhan:
Chen Chu-shi Temuramah Pesakit: https://youtu.be/k1_vtU0ntYU
Kompilasi Saksi Koronavirus di Wuhan dan Kesilapan Tencent: https://youtu.be/env6RJL6s_s
Ibu Chen Chu-shi Merayu: https://youtu.be/x4j6lgUIQ1w
Laporan The Lancet: https://www.thelancet.com/journals/lancet/article/PIIS0140-6736(20)30260-9/fulltext#
(Nota: The Lancet adalah antara majalah kajian perubatan paling tua dan berprestij di dunia. Kajian mereka biasa mengikuti sumber-sumber realistik dalam sesebuah kejadian, seperti laporan Prof. Yuen Kwok-yung, wira pengkaji SARS, dan ramai lagi)
Laporan Berkaitan Misteri Kehilangan Xi Jinping: https://edition.cnn.com/2020/02/05/asia/xi-jinping-china-wuhan-virus-intl-hnk/index.html
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih