Zaman Kefiraunan Mesir diperdebatkan sebagai tamadun purba yang paling masyhur di benua Afrika. Walau bagaimanapun, hal ini tidaklah bermaksud bahawa monarki tersebut merupakan satu-satunya tamadun purba yang muncul di Afrika. Jiran Mesir di selatan, iaitu masyarakat Nubia (bahasa Mesir yang bermaksud ‘emas’, berikutan banyaknya emas di tanah masyarakat Nubia) mempunyai hubungan yang relatif renggang dengan masyarakat Mesir selama ribuan tahun.

Pada suatu tempoh masa, mereka dilihat sebagai sekutu Mesir sambil pada masa lain pula, mereka dipandang sebagai musuh durjana. Namun di bawah pemerintahan Kerajaan Kush, masyarakat Nubia berupaya menakluk Mesir dan menubuhkan sebuah dinasti memerintah mereka yang tersendiri.

Firaun-firaun Nubia


Kerajaan Kush sudah pun wujud pada zaman Kerajaan Lama dan Kerajaan Pertengahan Mesir (sekitar 2686-1650SM). Pada zaman itu, kerajaan tersebut berpangkalan di sekitar petempatan Kerma, betul-betul di atas Riam Ketiga Sungai Nil atau di wilayah Nubia Atas. Namun, Kerajaan Kush hanya tampil sebagai kuasa yang berpengaruh pada Zaman Pertengahan Kedua.

Memandangkan Mesir Hilir tumbang ke tangan Hyksos pada lewat zaman Kerajaan Pertengahan, Kerajaan Kush secara langsung menjadi kuasa dominan di Mesir Hulu. Namun, kedudukan Kerajaan Kush sebagai kuasa serantau terus menjadi satu teka-teki yang memeningkan kepala ahli-ahli arkeologi. Hal ini kerana tanpa ciri-ciri konvensional bagi sesebuah kompleks kemasyarakatan seperti sistem tulisan, kota urban yang besar, dan sistem kerajaan yang rumit, kejayaan Kerajaan Kush dalam menguasai dan mendominasi Mesir Hulu kelihatan sebagai suatu keajaiban.

Lokasi Kush – Peta kerajaan-kerajaan, negara-negara dan kabilah-kabilah di Afrika pada 400SM

Namun, penguasaan Kerajaan Kush ke atas Mesir Hulu tidak bertahan lama. Dengan kemunculan Dinasti Ke-18 pada pertengahan kurun ke-16SM, Mesir berupaya menyatukan barisan hadapan mereka dalam menentang penguasa Hyksos. Setelah mengusir Hyksos, para pemerintah Dinasti Ke-18 menumpahkan perhatian dan kudrat kepada jiran-jiran mereka di selatan. Hal ini mengakibatkan berakhirnya Kerajaan Kush, memandangkan Nubia menjadi koloni Mesir di bawah pentadbiran seorang wakil pemerintah Kush.

Namun berikutan tumbangnya Kerajaan Baru (sekitar 1070SM), kekuasaan Mesir ke atas jiran selatan mereka sekali lagi melemah. Lantaran itu, elit-elit tempatan pun meraih kuasa semula ke atas Kush. Pada hari-hari awalnya, Kerajaan Kush berpusat di Napata, wilayah tengah Sudan moden. Perpecahan dalam politik Mesir pada kurun ke-8SM dimanfaatkan oleh Kerajaan Kush. Perpecahan dan ketidakstabilan politik dalaman di Mesir Hilir membolehkan raja Kush, iaitu Piye untuk melancarkan sebuah kempen ketenteraan yang berjaya sekitar tahun 727SM sekaligus menubuhkan Dinasti Ke-25.

Patung yang menggambarkan kepala seorang pemerintah Kush, sekitar 716-702SM


Walaupun meraih kejayaan sebegini, pemerintahan Kush ke atas Mesir hanya bertahan kurang daripada seabad. Hal ini berlaku berikutan perluasan kuasa Empayar Neo-Assyria di Timur Dekat. Walaupun Kush pada mulanya menjalinkan hubungan mesra dengan Assyria, sokongan yang ditumpahkan oleh masyarakat Mesir terhadap persekutuan anti-Assyria di Levant Selatan pada lewat kurun ke-8SM memutikkan permusuhan. Pada tahun 671SM, Mesir dis3rang oleh Assyria dan Dinasti Kush di Mesir berakhir pada tahun 654SM. Walau bagaimanapun, keadaan ini bukanlah penamat mutlak bagi Kerajaan Kush memandangkan mereka terus bertahan di Nubia.

Kelangsungan hidup bangsa Kush dapat dibuktikan menerusi catatan para penulis dari zaman Rom. Misalnya, Strabo ada memerincikan tentang sebuah pep3rangan di antara Kush dan Rom pada kurun pertama SM. Walaupun Kush tidaklah diserap masuk ke dalam Empayar Rom, kuasa dan pengaruhnya mengalami keruduman secara bertahap.

Menjelang kurun ke-4 Masehi, s3rangan demi s3rangan yang dilakukan oleh kaum nomad di selatan dan timur menjejaskan kuasa bangsa Kush. Kemudian, muncul pula Kerajaan Aksum di Ethiopia yang menakluk serta membakar hangus ibu kota Kush di Meroe sekaligus menandakan pengakhiran bagi Kerajaan Kush.

TERJEMAHAN:

Wu Mingren. (27 Oktober 2014). Nubia and the Powerful Kingdom of Kush. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/news-ancient-places-africa/nubia-and-powerful-kingdom-kush-002257


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.