“Jika pemerintahan Uthmaniyah kecundang sepenuhnya, maka Dinasti Giraylah yang akan menggantikan mereka.”
Sepanjang abad ke-17, padang rumput di Ukraine merupakan saksi kepada siri pep3rangan yang berlarutan antara kuasa besar Eropah Timur, iaitu Empayar Uthmaniyyah, Komanwel Lithuania Poland (PLC) dan Empayar Russia.
Dalam tempoh ini, Crimean Khanate, salah satu daripada kerajaan tinggalan legasi Golden Horde dan menjadi kerajaan vassal untuk Empayar Uthmaniyyah, Crimean Khanate memainkan peranan penting dalam membantu kempen ketenteraan Ottoman menentang pertama PLC, dan kemudian melawan kuasa Russia yang semakin meningkat. Kita menyangkakan mereka hanya sekadar bernaung dibawah Daulah Uthmaniyyah, sebenarnya, lebih dari itu.
Genghis Khan adalah sosok yang penting dalam kebangkitan bangsa Mongol. Dan menurut tradisi kuno, hanya seseorang yang datang daripada garis keturunan tertentu/terpilih sahaja layak mendapatkan gelaran Khan, jadi tak mustahil lah Oghuz Khan yang dikatakan sebagai pengasas suku-suku Oghuz Turk yang juga berdar4h kerabat Ashina, dianggap sebagai lagenda nenek moyang keluarga bangsawan suku Kinik pengasas Empayar Seljuk dan suku Kayi pengasas Empayar Uthmaniyyah itu sememangnya pernah wujud dan hidup di muka bumi ini, atau mungkin lagenda mengenai tokoh itu boleh dianggap sebagai tokoh sejarah separa mitologi.
Genghis Khan berasal dari suku Mongol Kıyat yang juga dari kaum kerabat Ashina yang sama dengan Oghuz Khan. Oleh kerana itu, selain dari pencapaiannya dalam menakluk hampir seluruh benua, keturunannya dihormati oleh semua orang kerana susur galurnya yang dianggap sebagai ‘keramat”, bahkan para pemerintah Turki Uthmaniyyah yang acap kali bertembung dan pernah dikalahkan cucu Genghis Khan sendiri pun turut mengiktiraf kedaulatan ‘keramat’ yang ada pada keturunan bangsawan Kıyat House Of Borjigin.
Perkara itu kemudian ditetapkan sebagai satu tradisi yang wajib dipatuhi. Atas sebab ini, Crimean Khanate dari dinasti Giray yang berketurunan Genghis Khan ditubuhkan dan diberi kedudukan khas dalam pemerintahan Uthmaniyyah. Ia bertujuan untuk sekiranya berlaku sebarang perkara yang tak diingini kepada kedaulatan Uthmaniyyah, atau jika Uthmaniyyah berdepan masalah tidak mempunyai pewaris takhta, Crimean Han akan menjadi Ottoman Han (Sultan) berikutnya.
Sebagai keluarga kedua atau ‘pemain simpanan’ Empayar Uthmaniyah kerana mereka memegang amanah sebagai penerus legasi Uthmaniyyah sekiranya empayar itu gugur namun siapa sangka Crimean Khanate terlebih dahulu jatuh di tangan Russia pada kurun ke-17.
Walau bagaimanapun, ini boleh menyebabkan salah faham di kalangan masyarakat moden yang tidak pernah mengetahui tentang peraturan tradisi kerabat diraja Turco-Mongol ini. Genghis Khan bukanlah seorang Turk tapi dia berasal dari suku kaum yang diangkat menjadi pemerintah sebuah empayar yang sangat besar jajahan takluknya, maka keturunannya dianggap sebagai figura penting dan wajib dihormati, sehingga nama Ogedai, Güyük, Mengu, Hülegü, Abaka, Keyhatu diabadikan dalam kalendar Uthmaniyyah yang diterbitkan semasa pemerintahan Sultan Murad II pada kalendar 843 Hijriah.
Semasa abad ke-15 dan awal abad ke-16, Giray Khan merupakan posisi kedua paling berkuasa selepas Sultan Uthmaniyyah. bahkan lebih berkuasa daripada Grand Vizier. Namun selepas pemberontakan Seniz Mehmed Giray, Sultan menurunkan darjat Khan Crimean ke tahap yang setara dengan Grand Vizier. Giray Khan juga mempunyai mentadbir kerajaan mereka secara berdaulat dengan kepakaran tempatan. Mereka membuat duit syiling sendiri, membuat undang-undang dengan perintah sendiri, dan mempunyai tughra (cop mohor) mereka sendiri.
Crimean Khanate hilang pengaruh dan mula dijatuhkan perlahan-lahan setelah wilayah mereka diserap ke dalam Empayar Russia. Pada tahun 1783, Khan terakhir, Şahin Giray meneruskan penentangan sehingga tahun 1787, sewaktu dia di bawah perlindungan Empayar Uthmaniyyah dan akhirnya terbvnuh di Rhodes.
Ahli keluarga dinasti Giray yang llain dibenarkan oleh penjajah Russia untuk menetapl di istana Bakhchisaray. Putera Selim III, Qatti Giray, telah dimurtadkan oleh mubaligh lalu bertukar kepercayaan kepada agama Protestan dan berkahwin dengan seorang gadis Scottish, Anne Neilson.
Namun beberapa fakta ini mungkin boleh menjawab persoalan sebenar (yang agak sensitif di kalangan Turco-Mongol untuk dibahas) , iaitu adakah Turki dan Mongol ini serumpun? Jadi, bagaimana dengan bangsa Tatar?
Sebenarnya tiada jawapan khusus untuk soalan itu , ia ibarat persoalan “adakah Melayu dan Jawa itu serumpun”. Jawapannya adalah YA dan TIDAK. Namun yang pasti Turki dan Mongol adalah dua entiti yang memiliki budaya, bahasa dan cara hidup yang hampir sama , bahkan nenek moyang kedua-dua nya merupakan ‘jiran’ dekat dari Pergunungan Altai dan Tasik Baikal.
– Empayar Mongol sangatlah besar, oleh itu bahasa Mongol ‘terpaksa’ tersebar secara tidak langsung di seluruh dunia. Tetapi hari ini kita semua sedia maklum bahawa satu-satunya negara yang rakyatnya bertutur dalam bahasa Mongol adalah Mongolia, penutur bahasa Mongol hanya berjumlah kira-kira hanya 10 juta orang di seluruh dunia. Dalam perkembangan yang sama, bahasa Turki pula mempunyai kira-kira 170.000.000 penutur di seluruh dunia. mengatasi Mongol.
– Bahasa Turki (Turkic) adalah ditutur secara rasmi mahu pun sebagai bahasa kedua di beberapa negara yang mempunyai populasi bangsa Turk baik sebagai kaum majoriti mahu pun minoriti. Antaranya ialah;
-Republik Turki
-Kazakhstan
-Kyrgyzstan
-Turkmenistan
-Azerbaijan
-Uzbekistan
-Persekutuan Rusia (Tuva, Tatarstan, Yakutia, -Altai, Khakassia, Bashkiria, Chuvashia)
-Ukraine (Crimea)
-Moldova (Gagauzia)
-Cyprus Utara
-Iraq (Kirkuk)
-Selatan Azerbaijan
-Afghanistan
-India, Pakistan
-China (Xinjiang)
-Mongolia (Bay-Olke)
-Tajikistan.
– Sebelum rumpun-rumpun bangsa Turk, atau suku-suku nomad yang bertutur bahasa Turkic seperti Kazakh, Tatar atau Uyghur menjadikan Islam sebagai pegangan hidup, mereka menganut kepercayaan yang serupa dengan Mongol iaitu Tengrisme, sebahagian yang lain nya menganut Buddha, Animisme , Paganisme, atau Confuciusme.
– Seperti yang kita semua tahu Genghis Khan merupakan pemburv helang yang hebat, sekurang-kurangnya dia menjadikannya sebagai minat/hobi. Tetapi pada hari ini, masyarakat Mongolia tidak memburu helang, bahkan Mongol telah teradaptasi dengan budaya China. Dalam kepercayaan kaum Mongol kuno, burung helang dianggap sebagai haiwan suci bagi mereka. Pada abad ke-21 ini orang Kazakh dan Kyrgyz masih melakukan perburuan helang.
– Terdapat dakwaan menyatakan Empayar Moghul dan Moghulistan adalah dua kerajaan yang didominasi Turki sepenuhnya tetapi mereka memperkenalkan diri mereka dengan identiti yang sedikit berbeza iaitu sebagai ‘Moghuls’. Istilah akademik merujuk mereka sebagai Moghul-Mongol. dalam bahasa Mongol dikatakan jika perkataan itu diterjemahkan, ia menjadi satu pepatah yg bermaksud Seribu Pahlawan Dari Turk.
Namun sebenarnya tidak ada perkataan KHAN dalam bahasa Mongolia. Raja Mongolia asanya dipanggil sebagai ‘Khong Tayiji’ (yang kemudian nya gelaran ini menjadi nama seorang lelaki Jurchen/Manchu yang menjatuhkan kerajaan bangsa Han, Dinasti Ming dan mendirikan empayar Manchu, Dinasti Qing) , Khan merupakan sepatah perkataan bahasa Turkic yang telah lama diangkat sebagai perkataan pinjaman dari bahasa Parsi.
Mongol sebenarnya satu bangsa yang suka menyerap budaya asing lalu diolah supaya sesuai dengan identiti mereka. malahan sistem karekter tulisan Turkic Uyghur telah diangkat sebagai sistem tulisan rasmi Mongol oleh Genghis Khan dan diteruskan oleh Kublai Khan dengan menjadikannya sistem tulisan rasmi kerajaan setelah Mongol menakluk China dan menubuhkan Dinasti Yuan.
Keterangan gambar : Potret Sahip Giray II Khan, Khan Crimea tahun 1771-1775
RUJUKAN:
– Quora.com
– Sovereignty and Subordination in Crimean-Ottoman Relations by Natalia Królikowska
– (Nihal Atsız, Osmanlı Tarihine ait Tarihî Takvimler, s 92-94, İstanbul 1961, Küçük aydın Basımevi).
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih