Pada 30 Mei 1868, Abdulmejid II dilahirkan di Istana Dolmabahçe atau Istana Beşiktaş, di Istanbul, ketika itu Sultan Abdülaziz dan isterinya, Hayranidil Kadın mendidik putera itu secara peribadi.
Sesuai dengan adat istiadat, Abdulmejid II dibesarkan di istana sehingga dia berusia 40 tahun. Pada 4 Julai 1918, sepupu beliau iaitu Mehmed VI yang ditabalkan menjadi Sultan yang dipilih pemberontak dan wakil barat bagi menggantikan Abdulhamid II yang terlalu lantang. Manakala Abdulmejid diangkat sebagai Putera Mahkota.
Apabila sepupunya pula diturunkan pada 1 November 1922, sistem Kesultanan telah dimansuhkan. Tetapi pada 19 November 1922, Abdulmejid II selaku Putera Mahkota dipilih sebagai Khalifah melalui undian oleh Dewan Negara Turki di Ankara.
Abdul Mejid kekal sebagai sebagai Putera Mahkota (Shahzade) dan adakalanya hanya dikenali sebagai Abdulmejid Effendi (Effendi adalah gelaran bagi golongan rakyat biasa, lebih kurang macam Tuan versi Turki) pada tahun 1918 menjelang tamatnya per4ng Dunia Pertama, sekaligus menjadi Ketua Dinasti Uthmaniyyah yang ke-37 tetapi dia tidak boleh secara rasmi membawa gelaran “Sultan” kerana Kesultanan telah dibubarkan pada tahun yang sama oleh Mustafa Kemal Ataturk yang sedang bersedia untuk mengasaskan Republik Turki.
Walau bagaimana pun, Abdul Mejid terus mengekalkan gelaran “Khalifah”, sehingga Khalifah dihapuskan pada tahun 1924 bersama dengan berakhirnya dinasti Uthmaniyyah. Anak perempuannya, Puteri Durru Shehvar merupakan isteri kepada Putera Azam Jah. Azam Jah adalah anak sulung seorang nizam dari Negeri Hyderabad di India,.
Amir Osman Ali Khan Siddiqi Asif Jah VII yang dianggap oleh majalah Time Magazine sebagai orang terkaya di dunia dengan anggaran kekayaan US $ 2 bilion pada masa itu dan dikenali sebagai “Sekutu Setia Mahkota British” kerana sumbangan kewangannya terhadap usaha kempen per4ng untuk Empayar British. Perkara ini menjadikan pernikahan anak perempuan Abdul Mejid II agak ironi memandangkan Istanbul diduduki oleh pasukan British pada per4ng Dunia Pertama.
Seni Dan Kontroversi
Apa yang membuatkan Abdul Mejid menjadi istimewa adalah walaupun dia adalah Ketua Dinasti Imperial Ottoman, Jeneral Tentera Uthmaniyyah, dan Khalifah Islam, peranannya yang lebih penting adalah sebagai Pengerusi Persatuan Seniman Uthmaniyyah. Dia telah mewarisi bakatnya dalam seni melalui bapanya Sultan Abdulaziz yang merupakan seorang komposer muzik klasik.
Namun, memandangkan melukis manusia dalam bentuk rupa yang lengkap adalah dilarang oleh Islam, obsesi Khalifah tersebut sebagai salah seorang seniman Uthmaniyyah yang paling berpengaruh menjadikan beliau sebagai seorang Khalifah yang agak kontroversi.
Dua tahun yang lalu, karya lukisan yang didakwa sebagai karya asli Abdul Mejid II yang dipanggil “Women In The Courtyard (1899)” dijual dengan harga USD 800,000 dalam satu lelongan di Istanbul. Karya itu menimbulkan perdebatan di kalangan ilmuan kerana lukisan itu terdapat unsur-unsur bogel yang tidak selaras dengan ajaran Islam.
Dua lagi lukisan karya Abdul Mejid iaitu Beethoven In The Harem (1915) menggambarkan satu persembahan muzik moden dan Goethe In The Harem (1917) yang menggambarkan isteri Abdul Mejid, Sehsuvar Hanım sedang membaca Goethe’s Faust.
Karya-karya ini kali pertama dipamerkan pada tahun 1918 di Vienna dan dianggap sebagai buah tangan Abdul Mejid yang paling terkenal. Selain itu, di dalam karya “Beethoven In The Harem” di mana dikatakan wanita yang sedang bermain violin sebagai gambaran isterinya Sehsuvar Hanim, yang bermain piano sebagai Hatice atau Lady Ophelia, manakala anaknya Omer Farouk sebagai pemain cello dan dua lagi wanita dipercayai sebagai salah seorang darinya adalah isteri ketiga Abdulmejid II bernama Mehisti.
Abdulmejid II juga merupakan seorang yang gemar mengumpul rama-rama, satu aktiviti yang beliau lakukan selama 20 tahun terakhir hidupnya. Majalah kegemarannya adalah Revue des deux Mondes
Ancaman Terhadap Kemalis
Walaupun fungsi pemerintahan Khalifah telah dipisahkan dari semua perkara berkaitan pentadbiran kerajaan dan hal ehwal politik, Abdulmejid II sebagai seorang lelaki yang matang dan berilmu, terus menjadi satu simbol hidup yang mewakili Turki semasa kegemilangan pemerintahan Islam iaitu Daulah Uthmaniyyah.
Golongan pembela tradisi, konservatif, para jihadis di luar Turki dan penentang rejim Mustafa Kemal menunjukkan sokongan terbuka terhadap Abdulmejid II, adakalanya mereka melakukan demonstrasi jalanan di sekitar Istanbul bagi menuntut Khalifah diberikan kuasa sepenuhnya seperti Sultan.
Mustafa Kemal yang terkenal dengan sifat anti-Arab kerana pengkhianatan bangsa Arab masa lalu, ditambah dengan kecenderungannya untuk melihat bangsa Turki mampu maju setanding tamadun Eropah, bertekad untuk menghapuskan sebarang perkaitan bangsa Turki dengan agama Islam, kerana bagi nya, agama harus diasingkan dari pemerintahan jika mahu menjadi bangsa yang maju.
Mustafa Kemal mengisytiharkan secara rasmi penubuhan Republik Turki pada 29 Oktober 1923 dan pada 3 Mac 1924, Majlis Agung Kebangsaan Turki membubarkan sistem khilafah secara penuh. Keesokan harinya Abdulmejid dan kaum kerabat dinasti Uthmaniyyah diusir keluar negeri.
Peristiwa bersejarah itu disusuli dengan beberapa tindakan keras kerajaan republik terhadap perkara yang berkaitan dengan Islam, antaranya ialah laungan azan dalam bahasa Arab digantikan dengan bahasa Turki, bacaan Al-Quran juga mesti dibaca dalam bahasa Turki, namun sebenarnya cerita tentang beliau mengharamkan pemakaian hijab dan fez itu tidak tepat secara keseluruhannya, ia adalah berikutan pilihan rakyat Turki sendiri yang dipengaruhi fesyen barat selepas Turki menyerap sekularism.
Tetapi tidak dinafikan beliau seorang perokok dan penagih alkohol yang teruk hingga menjadi punca penyakit dan kemat!annya, namun tidak pernah ada arahan khusus yang mengharamkan pemakaian hijab di Turki oleh Mustafa Kemal Ataturk. Hijab hanya diharamkan pemakaiannya di tempat awam selepas peristiwa cubaan rampasan kuasa pada tahun 1980.
Abdulmejid II telah meninggal dunia di kediaman nya di Boulevard Suchet, Paris, semasa hidup dalam buangan. Kemangkatannya berlaku secara kebetulan pada saat yang sama dengan peristiwa Pembebasan Paris dari pendudukan Jerman. Jenaz4hnya dikebumikan di Madinah, Arab Saudi atas arahan Raja Al-Saud.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih