Empayar Palmyra (Palmyrene) adalah kerajaan pemisah dari empayar Rom Purba apabila Rom sendiri mengalami Krisis Abad Ke-3 (235 – 284 SM), iaitu era konflik Rom berhadapan dengan p3rang saudara, p3ncerobohan kaum asing atau gasar, p3mberontakan rakyat, dan kegoyangan politik.

Pembentukan kerajaan ini berlaku akibat p3mbvnuhan maharaja Rom dinasti Severan terakhir, Alexander Severus pada tahun 235. Para jeneral p3rang Rom mula merebut takhta maharaja, diikuti dengan p3ncerobohan kaum asing seperti Carpi dan Goth yang tengah mengalami migrasi besar-besaran. Tambahan lagi, tetera empayar Parsi Sassanid semakin rancak menceroboh di timur Rom.

Namun begitu, pada 260 berlaku P3rtempuran Edessa antara Rom dan Parsi, tapi diakhiri dengan kekalahan teruk Rom sehingga maharaja Valerian ketika itu dipenjara oleh raja Parsi iaitu Shapur I. Dari situ, pemberontak Rom bernama Quietus dan Macrianus menggulingkan putera Valerian yang mengantikan ayahandanya, Gallienus.

Ketika Rom bergolak, ketua kota Palmyra bernama Odaenathus menggelarkan dirinya sebagai raja walaupun masih taat dengan kekuasaan Rom. Maka, baginda membentuk anggota gabungan tentera Palmyra dan petani Syria untuk meny3rang Parsi.

Tahun 260, Odaenathus berjaya mengalahkan tentera Parsi arahan Shapur I di lembah Sungai Euphrates. Kemudian Odaenathus mendapat gelaran Gabenor Timur oleh Rom dan memerintah Syria dengan kuasa diraja. Dari perlantikan itu, baginda gelarkan dirinya sebagai Raja Segala Raja.

Tahun 267, Odaenathus dan puteranya dibvnuh oleh sepupunya bernama Maeonius kemudian merampas takhta Palmyra. Namun tempoh pemerintahan Maeonius sangat pendek mengikut buku biografi Augustan History. Tidak pasti apakah tempohnya tapi tapi sejarahwan mengandaikan bahawa Maeonius juga mengalami nasib yang sama seperti Odaenathus.

Takhta Palmyra yang kosong semula diambil oleh putera Odaenathus yang berusia sepuluh tahun bernama Vaballathus, bersama ibunya bernama Zenobia. Dalam pemerintahan Vaballathus, ibunya mengurus semua urusan pemerintahan manakala Vaballathus hanya berdiam di balik tabir. Maka, Zenobia-lah pemerintah Palmyra walaupun anak lelakinya memiliki takhta.

Tahun 270, Zenobia memulakan kempen penjaj4han menentang Tanukhids, gabungan para kaum Arab yang menguasai selatan Syria. Kempen ini diketuai dua orang jeneral perang iaitu Septimius Zabbai dan Septimius Zabdas.

Selepas menumbangkan Tanukhids,  Zenobia menguasai negeri Roman Arabia (dari Jordan hingga Semenanjung Sinai) dengan membedil Bosra, iaitu ibu kotanya dan membvnuh gabenor Rom negeri itu.

Masuk Oktober 270, seramai 70,000 anggota tentera Palmyra menyerang Mesir naungan Rom, kemudian mengiktiraf Zenobia sebagai Ratu Mesir. Alexandria yang terkenal dengan kota ilmuan juga dikuasai tentera Palmyra setelah berjaya menggulingkan jeneral Rom bernama Tenagino Probus. Tahun seterusnya, Palmyra menguasai kota Galatia dan Ankara yang bertempat di Asia Kecil, menjadikan Palmyra menjadi empayar menyaingi Rom.

Zenobia sebenarnya mahukan Rom mengiktiraf Palmyra sebagai kerajaan autoriti, membuang taraf tanah naungan melalui kempen penjaj4han tersebut. Ini kelicikan Zenobia dalam proses memerdekakan Palmyra dengan mengambil peluang dalam kekalutan Rom berhadapan dengan kaum gasar.

Maharaja Rom ketika itu bernama Aurelian terpaksa mengiktiraf Palmyra. Bukti pengiktirafan terdapat dalam syiling Antoninianus yang wajah Vaballathus diukir sebagai raja Palmyra (kanan gambar) manakala wajah sebelah syiling muka Aurelin diukir sebagai Augustus atau Maharaja (kiri gambar).

Akhir tahun 271, Vaballathus melantik dirinya bersama bondanya sebagai Augstus kepada seluruh empayar dan memutuskan hubungan dengan Rom. Tindkan Palmyra ini mengundang semangat p3mberontakan terhadap Rom secara besar-besaran. Aurelian murka akan Palmyra kemudian membawa bala tentera Rom ke timur, menggulingkan kerajaan yang hanya setahun jagung memerintah.

Tahun 272, Aurelian merentasi merentasi sepanjang Asia Timur. Ketika penjelajahan, jeneral perang Rom bernama Marcus Aurelius Probus telah merampas Mesir dari Palmyra.  Tiba di kota Tyana yang memihak Palmyra, Aurelian berjaya gulingkan pemerintah Tyana, sekaligus memusnahkan kota-kota naungan Palmyra.

Tiba di kota Antioch, P3rtempuran Immae berlaku dengan tentera Palmyra Zenobia. Akhirnya Zenobia kalah dan berundur ke Emesa. Aurelian sekali lagi mara dan menumbangkan barisan hadapan tentera Palmyradi kubu Daphne. Aurelian mengejar Zenobia dan berlaku lagi p3rang kedua, P3rtempuran Emesa. P3rang ini sekali lagi memaksa Zenobia ke ibu kota Palmyra.

Setibanya Aurelian ke Palmyra, baginda bersepakat dengan kaum Arab Badwi yang mengkhianati Palmyra dan memberikan tentera Rom makanan dan minuman. Musim panas tahun 272, Aurelian membedil Palmyra, dalam s3rangan Aurelian sempat meminta Zenobia untuk menyerah kalah secara aman tapi ratu Palmyra itu tetap enggan menyerah. Melihat kubu Palmyra tidak akan bertahan dengan serangan Rom bertubi-tubi, Zenobi melarikan diri ke timur untuk meminta bantuan Parsi namun gagal kerana tentera Rom berjaya menangkap Zenobia berdekatan sungai Euphrates.

Aurelian tidak menggulingkan Palmyra terus kerana rakyat kota itu inginkan keamanan dari sebarang perang berterusan. Baginda kemudian menempatkan 600 anggota tentera memanah sebagai pasukan pengaman Palmyra.

Kubu Palmyra dirobohkan dan segala peralatan p3rang dilupuskan. Zenobia dan kerabat diraja dibawa ke Emesa untuk menerima hukuman. Kebanyakan orang berpangkat Palmyra dihukum m4ti manakala nasib Zenobia dan anakandanya masih misteri kerana kekurangan sumber sejarah akan akhir hidup Zenobia.

Taun 273, berlaku p3mberontakan Palmyra kedua yang diketuai oleh penduduk bernama Septimius Apsaios serta menghasut gabenor Rom di Mesopotamia, Marcellinus untuk berpaling tadah kepada Rom. Marcellius menangguhkan perbincangan dengan Apsaios dan mengkhabarkan berita ini secara senyap kepada Aurelian.

Para pemb3rontak tidak sabar akan penangguhan ini kemudian bergesa-gesa melantik saudara Zenobia bernama Antiochus sebagai Augutus mereka. Aurelian sekal lagi ke Palmyra dan menghentikan pemberontakan bersama anggota tentera Palmyra yang taat kepada Rom.

Untuk mengelakkan pemb3rontakan Palmyra berterusan, Aurelian membakar kota Palmyra, membvnuh warga yang masih setia kepada Zenobia dan segala barangan suci dirampas dan menjadikan aksesori kuil dewa-dewi Rom. Maka berakhirlah legasi Palmyra sebagai pemisah Rom Purba yang hanya memerintah selama 3 tahun.

Pertengahan abad ke-20 Masihi, legasi Palmyra dibangkit semula apabila tiba kedatangan idealogi nasionalism Syria. Nasionalis Syria melihat Palmyra sebagai tamadun Syria kuno yang bersungguh-sungguh menentang rejim Rom Purba. Sehinggakan Zenobia dijadika sebagai ikon nasionalism Syria dalam rancangan TV Syria bernama Al-Ababeed serta biografi baginda ditulis oleh bekas menteri pertahanan Syria bernama Mustafa Tiass yang terkenal dengan sifat nasionalism beliau dlam kalangan rakyat Syria.

RUJUKAN:

Nakamura, Byron (1993). “Palmyra and the Roman East”. Greek, Roman, and Byzantine Studies. Duke University, Department of Classical Studies.

Smith II, Andrew M. (2013). Roman Palmyra: Identity, Community, and State Formation. Oxford University Press

Whittow, Mark (2010). “The late Roman/early Byzantine Near East”. In Robinson, Chase F. (ed.). The New Cambridge History of Islam, Volume 1: The Formation of the Islamic World, Sixth to Eleventh Centuries. Cambridge: Cambridge University Press

Zahrān, Yāsamīn (2003). Zenobia between reality and legend. BAR (British Archaeological Reports) International Series. 1169. Archaeopress


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.