Lalang atau nama botaninya Imperata Cylindrica merupakan tumbuhan yang cukup mengjengkalkan bagi seorang petani. Sesiapa yang biasa berkebun pasti akan tahu beta sukarnya untuk membunuh tumbuhan ini. Jika diracun sekalipun pokok ini akan tetap tumbuh kembali dalam masa seberapa lama. Untuk membunuhnya secara tuntas, seseorang itu harus membuang seluruh akar serta rizomnya agar pokok baharu tidak akan tumbuh.
Lalang merupakan sejenis rumput yang berdaun panjang setinggi hingga 90cm dan daunnya ini mempunyai duri halus yang boleh melukakan bahagian kulit lembut. Walaupun lalang dibenci oleh manusia namun lalang merupakan tempat persembunyian paling ampuh bagi binatang mangsa seperti puyuh, burung, katak dan sebagainya.
Dalam kebencian kita kepada pokok lalang itu, pernahkah kita terfikir bahawa lalang sebenarnya mempunyai banyak khasiatnya?
Mengikut kajian makmal, lalang sebenarnya mempunyai kesan antivirus dan turut mempunyai kesan antikanser. Selain itu, lalang juga boleh berfungsi sebagai serangga selain daripada boleh mengubati kolestrol kerana pokok ini mengandungi Betasitosterol,, Kamesterol dan Stigmasterol.
Lalang juga mengandungi Isoarborinol yang bertindak sebagai antiseptic, Iso-orientin yang bersifat antibakteria, antikulat, antioksidan dan sedative. Ini bermakna, walaupun kita membencinya sebagai tumbuhan liar yang mengjengkalkan namun lalang tetap memberikan kita khasiat yang kita sendiri tidak sedar.
Antara pengubatan tradisional yang boleh dilakukan dengan lalang ialah:
Akar – Air rebusan akar lalang boleh berpotensi untuk merawat batuk berkahak, demam panas, pendarahan, radang ginjal dan juga untuk mengatasi masalah penghadaman.
Rizom – Air rebusan rizomnya pula boleh merawat batuk, demam kuning, cirit-birit, demam panas, radang paru-paru, mencuci darah, selesema, gonorea, melawaskan kencing, dan tonik. Air rebusannya juga boleh dibuat mandian atau disapu pada buasir, kulit gatal dan kulit kasar.
Akar+Rizom – Air rebusannya berkhasiat untuk merawat artritis, asma, demam kuning, jangkitan pada saluran kencing dan tekanan darah tinggi.
Bunga – Bunga lalang berbentuk halus dan ringan. Air rebusan bunga lalang sangat berkhasiat untuk merawat batuk dan hidung berdarah, penghadaman, paru-paru, rasa dahaga. Selain itu, bunganya juga boleh dijadikan sebagai “kapas” untuk merawat luka.
Kalau anda rasa air rebusannya kurang sedap, maka anda boleh mencampurkan rizom lalang, daun buluh dan gula untuk dijadikan teh. Teh ini bukan sebarang teh kerana teh ini mempunyai khasiat untuk merawat masalah penghadaman. Rizomnya juga boleh dibakar dan dicampurkan dalam teh untuk merawat masalah hidung berdarah.
Tetapi untuk masalah hidung berdarah, pesakit boleh menggunakan gumpalan daun sireh dan diletakkan di hidung yang berdarah, Inshallah dalam beberapa saat masalah hidung berdarah akan selesai. Rizom lalang juga boleh dibuat air tapai selain boleh direbus bersama barli untuk menghasilkan air bali lalang.
Dan jika anda tidak mempunyai pokok lalang kawasan rumah, anda boleh sahaja mencarinya di mana-mana kawasan semak dan rizomnya dijemur kering untuk dijadikan teh. Teh daripada rizom yang dikeringkan ini berkhasiat untuk merawat masalah demam, melawaskan kencing dan batu karang.
Selain untuk tujuan perubatan, pokok lalang juga boleh dijadikan bantal bagi menggantikan kekabu yang semakin sukar didapati sekarang. Wah rupanya banyak khasiat lalang lohhh ( pinjam ayat orang Indonesia ). Diharapkan artikel pendek ini mampu mengubah cara pandang kita terhadap lalang yang sejak sekian lama dipandang sebagai pokok yang tidak bermanfaat.
Rizom : batang (spt akar) yg tumbuh mendatar dlm tanah atau pd permukaan tanah, mengeluarkan akar dr bahagian bawah dan pucuk dr bahagian atasnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
RUJUKAN:
Ong Hean Chooi. 2013. Rumpai – Khasiat Ubatan dan Makanan. Kuala Lumpur : Utusan Publication and Distributor Sdn Bhd
Sujaidi Dasuki. 2013. 202 Khasiat Herba. Shah Alam : Gru Buku Karangkraf Sdn Bhd
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih