Tarikh 3hb Januari 2020 adalah tarikh yang akan diingati oleh dunia sampai bila-bila. Pembvnuhan Qassim Soleimani oleh tentera Amerika Syarikat menggunakan dron telah diberikan restu oleh Presiden Donald J Trump sendiri.

Tindakan membvnuh Mejar Jeneral Qassim Soleimani ini dikatakan sebagai sesuatu yang amat diperlukan demi menjamin kestabilan rantau timur tengah. Semestinya pembvnuhan ini tidaklah ditangisi oleh mereka yang berfahaman Sunni kerana Qassim Soleimani pula ketika hayatnya berfahaman Syiah.

Beliau merupakan seorang komander tentera yang amat berpengaruh di Iran serta luar negara  melebihi pengaruh Menteri Luar Iran sendiri, Mohammad Javad Zarif. Masakan tidak, upacara pengebumian bekas komander tentera tersebut dihadiri jutaan rakyat Iran dan dianggarkan sebagai upacara pengebumian terbesar dalam sejarah negara tersebut selepas kem4tian pengasas republik Iran, Ayatollah Ruhollah Khomeini. Penglibatan beliau ketika masih hidup dalam politik timur tengah adalah per4ng Syria, Iraq, Lebanon dan Yaman.

Sehingga ke hari ini, tindak balas Iran yang direstui oleh Presiden mereka Hassan Rouhani adalah dengan pelancaran 12 peluru berpandu kearah markas udara Ain Al Asad dan di Irbil, Iraq tanggal 8 Januari 2020. Markas ini dikhabarkan menempatkan tentera Amerika Syarikat dan tentera Iraq. Namun, menurut Presiden Amerika Syarikat sendiri, tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Malah, pada tarikh yang sama juga pesawat komersil Boeing 737-800 milik Lapangan Terbang Antarabangsa Ukraine dibedil oleh tentera Iran tanpa sengaja. Nahas itu mengorbankan nyawa 63 rakyat Kanada, 82 rakyat Iran, 11 rakyat Ukraine, 10 rakyat Sweden, 4 rakyat Afghanistan, 3 rakyat Jerman dan 3 rakyat Britain.

Presiden Iran, Hassan Rouhani mengakui kesilapan tersebut 3 hari selepas nahas tersebut berlaku pada 11 Januari 2020. Pada 13 Januari 2020, 4 lagi peluru berpandu dilancarkan keatas markas udara Al Balad, 80 km dari utara Baghdad yang mencederakan 4 orang tentera Iraq. Walaubagaimanapun, tiada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak untuk bertanggungjawab keatas serangan tersebut.

Ketika mana per4ng seakan-akan hampir antara dua negara ini, Iran pula seperti mengambil langkah berjaga-jaga. Meskipun pembvnuhan Qassim Soleimani digelarkan sebagai “an act of war” oleh Duta Iran di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Majid Takht Ravanchi, namun tindak balas yang dipamerkan oleh mereka tidak seperti yang dijangkakan. Kemungkinan besar Iran berdepan dengan masalah yang lebih besar di tanah air mereka sendiri.

Kerajaan Iran dibawah Pemimpin Agung mereka, Ayatollah Ali Khamenei serta Perdana Menteri Hassan Rouhani berdepan dengan pelbagai protes sepanjang dekad lalu. Demonstrasi yang sering berlaku di pengaruhi pelbagai faktor antaranya kos sara hidup yang kian meningkat, harga minyak tidak menentu serta kelemahan pentadbiran rejim kuku besi Ali Khamenei.

Terbaru, protes sekali lagi berlaku setelah pesawat komersil Ukraine ditembak oleh salah satu peluru berpandu tentera Iran yang turut mengorbankan 82 rakyat negara tersebut. Laungan “death to the dictator” (m4tilah diktator) kedengaran sekitar protes di Dataran Azadi di Tehran, Iran.

Menariknya, Presiden Amerika Syarikat sepertinya memihak kepada mereka yang terlibat dengan protes ini. Donald Trump menulis ciapan di laman Twitter rasmi beliau dengan berkata “Kepada orang-orang Iran yang berani dan berdaya tahan: Saya telahpun bersama kamu sejak saya mula menjadi Presiden. Pentadbiran saya akan terus berdiri bersama kamu,” kata Trump dalam bahasa Inggeris dan Parsi. “Kami mengikuti demonstrasi anda dengan teliti, dan kami terinspirasi oleh keberanian anda.”

Kemudian, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo turut menulis: “Suara rakyat Iran jelas, mereka bosan dengan pembohongan, korupsi, ketidakpastian, dan kekejaman IRGC (Pengawal Revolusi Iran) di bawah kepimpinan kleptokrasi Ali Khamenei. Kami berdiri dengan rakyat Iran yang layak mendapat masa depan yang lebih baik. ”

Hal ini jelas bertentangan dengan dasar luar parti Demokrat Amerika Syarikat yang mahukan Amerika Syarikat berkecuali dan mengelak sebarang konflik bersenjata dengan Iran. Sejurus selepas Soleimani terbvnuh, calon Presiden Amerika Syarikat daripada Parti Demokrat, Joe Biden menyelar pembvnuhan dengan mengatakan tindakan Presiden Donald Trump seperti melempar sebatang dinamit ke dalam kotak rabuk.

Ini bermakna tindakan membvnuh Soleimani adalah tindakan yang mendatangkan huru hara yang tidak terkawal. Senator Amerika Syarikat daripada Parti Demokrat Bernie Sanders berusaha keras untuk menghentikan Presiden Donald Trump daripada meneruskan per4ng dengan Iran melalui beberapa ciapannya di laman Twitter.

Malah Dewan Perwakilan negara itu juga telah bersetuju untuk menyekat Donald Trump daripada memerangi Iran tanpa persetujuan Kongres melalui rang undang-undang bersama dibawah resolusi sedia ada iaitu Resolusi Kuasa-Kuasa Per4ng 1983. Dewan Perwakilan berjaya meluluskan rang undang-undang tersebut dengan undian sebanyak 224 berbalas 194 undi.

Ini menunjukkan bahawa kedua-dua negara mempunyai masalah dalaman yang perlu diselesaikan sebelum mereka melangkah kepada fasa peper4ngan dua hala. Pelbagai lagi faktor perlu diambil kira sebelum per4ng antara kedua-dua negara ini benar meletus.

MALAYSIA BUKAN SEKADAR PEMERHATI

Ramai beranggapan bahawa konflik Iran dan Amerika Syarikat ini tidak memberikan impak kepada Malaysia. Malah ada yang berpendapat bahawa Malaysia masih lagi mengamalkan dasar mesra semua negara. Ternyata sangkaan itu amat meleset. Tanpa sedar, negara kita sudah pun berada di dalam blok baharu yang dicipta ‘tanpa sengaja’ ketika Kuala Lumpur Summit berlansung pada penghujung tahun lepas.

Penganjuran KL Summit ini mendapat tentangan hebat daripada beberapa negara Arab lainnya termasuklah Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE). Malah tentangan daripada Arab Saudi terkait rapat dengan keputusan Tun Dr Mahathir menarik semula tentera negara kita yang berpangkalan di Jeddah dan juga pembatalan pembinaan Pusat Keamanan Sedunia Raja Salman di Malaysia juga menjadi punca utama ketegangan antara Jeddah dan Putrajaya. Selain itu, kehadiran Iran dan Qatar yang dianggap musuh oleh Arab Saudi kerana per4ng proksi yang berlaku di Yaman telah mendatangkan kemarahan mereka. Malah, Arab Saudi sendiri mendesak Pakistan dan Indonesia untuk tidak menyertai KL Summit.

Ini menunjukkan bahawa, walaupun niat asal Tun Dr Mahathir adalah untuk membaiki hubungan Sunni-Syiah seperti mana ketika beliau menjadi Perdana Menteri-4, beliau sebenarnya telah mengeruhkan lagi keadaaan. Tidak hairanlah sekiranya kita melihat mengapa berlakunya beberapa kerjasama ekonomi antara Malaysia dan negara-negara yang hadir pada KL Summit.

Anak syarikat milik penuh Koperasi Polis Diraja Malaysia, KOP Mantap Berhad menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama dengan syarikat pembuat senjata api terkemuka Turki, TISAS-TRABZON yang bertujuan untuk mebangunkan sebuah kilang senjata api pertama di negara ini. Malah, sebelum KL Summit bermula lagi, kerajaan Malaysia melalui Lembaga Penyatuan Dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) telah menjalin kerjasama dengan Baladna Food Industries milik Qatar untuk membuka ladang tenusu di negara ini.

Tidak hairanlah juga apabila Indonesia berjaya memeterai 11 perjanjian perniagaan bersama Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang bernilai RM 93.5 billion. Barangkali keputusan mereka untuk tidak menyertai KL Summit pada akhir tahun lepas ternyata membuahkan hasil.

Ternyata pendedahan rakaman suara Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Putera Raja UAE Mohammed Bin Zayed Al Nahyan berkenaan isu 1MDB adalah satu kerosakan koleteral yang berpunca daripada pemisahan blok politik ini.

Sekiranya rakaman tersebut mengandungi perbualan yang melibatkan nama-nama seperti Emir Qatar, Tamim bin Hamad Al-Thani, Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan atau Perdana Menteri Iran, Hassan Rouhani, tentu sekali rakaman tersebut tidak akan pernah disiarkan.

Al Jazeera yang dimiliki oleh Qatar antara media yang paling aktif memainkan isu berkenaan pendedahan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkenaan rakaman suara berkenaan. Tentu sekali isu ini menarik perhatian Qatar kerana ini adalah peluang untuk memburukkan seteru mereka (UAE) kerana terlibat lansung dengan sebuah skandal kewangan antarabangsa.

DUNIA ISLAM TERBELAH DUA, MALAYSIA TIDAK TERKECUALI

Perbalahan antara Arab Saudi dan Iran bukanlah asing di timur tengah. Malah, konflik ini juga dinamakan sebagai konflik Wahabbi-Syiah yang telah sekian lama berlansung. Kedua-dua negara ini mencuba sedaya upaya untuk menguasai timur tengah terutamanya melalui per4ng di Yaman. Namun, ulasan berkenaan Yaman bukanlah dalam artikel ini.

Malah, perbalahan antara Wahabbi-Syiah ini sering dimanipulasikan pihak-pihak berkepentingan demi mewujudkan scenario per4ng sektarian. Hakikatnya, perbalahan antara dua negara ini hanyalah berteraskan politik dan bukan fahaman semata-mata. Ketika ketegangan kian memuncak diantara Iran dan Amerika Syarikat, Arab Saudi pasti bertepuk tangan. Inilah permasalahan negara Islam yang tiada kesudahan.

Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengecam tindakan Amerika Syarikat kerana membvnuh Qassim Soleimani. Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Haji Awang juga menyelar tindakan Amerika Syarikat itu di laman Facebook rasmi beliau.

Tidak terkecuali juga bekas mufti Perlis, Dato’ Dr Asri Zainul Abidin yang turut mengecam pembvnuhan tersebut. Ternyata konflik di timur tengah sudah menjangkau sektarian. Konflik timur tengah sudah menjurus kepada konflik politik kuasa dan kekayaan.

Ketika mana dasar luar negara kita beralih blok, pemimpin-pemimpin UMNO seperti Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki serta Datuk Seri Hishammuddin Hussein masih mengekalkan hubungan baik bersama Arab Saudi, UAE dan Bahrain.

Datuk Dr Asyraf hadir ke perjumpaan Liga Arab atas jemputan Arab Saudi sejurus pembvnuhan Qassim Soleimani berlaku manakala beberapa siri perjumpaan oleh Datuk Seri Hishammudin bersama Raja Hamad Bin Isa Al Kalifah (Raja Bahrain) serta Putera Arab Saudi Mohammad Bin Salman sepanjang akhir tahun lepas jelas membuktikan bahawa UMNO masih lagi menjaga hubungan baik dengan rakan-rakan lama mereka.

Ini juga penting untuk memastikan, di tengah-tengah kehangatan konflik dunia Islam, seharusnya Malaysia menjadi peneutralisasi antara dua blok utama dunia Islam ini. Namun begitu, Malaysia dibawah kepimpinan Tun Dr Mahathir masih akan dicop sebagai blok KL Summit sama ada suka ataupun tidak.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.