Tak lama dahulu, rakan penulis TP iaitu Ammar Akmal pernah berbicara panjang lebar tentang cukai paling pelik yang diperkenalkan dalam Tamadun Rom. Cukai yang dimaksudkan ialah cukai kencing. Cukai yang dikenakan oleh Maharaja Vespasian itu walau sepelik mana dalam konteks hari ini merupakan penyelamat kepada kantung kewangan tamadun tersebut. Namun, cukai urin bukan satu-satunya cukai pelik yang diperkenalkan manusia dalam lipatan sejarah.

  1. Cukai penyokong diraja

Bagi yang mengikuti sejarah Britain, pasti perasan pada satu ketika, England, Wales dan Ireland pernah diperintah dalam bentuk republik dengan ketua negara dan kerajaan disandang oleh Oliver Cromwell dengan gelaran Lord Protectorate dari 1653 hingga 1658. Memandangkan penyokong gerakan diraja dianggap musuh ketat penyokong pro-republikan, tidak hairanlah mengapa Cromwell sanggup mengenakan cukai ke atas golongan berkenaan.

Rajah 1: Oliver Cromwell

Selain bertujuan mengekang mereka dari membina semula kekuatan, ia sebenarnya membantu kerajaan menambah wang dalam kantung kewangan mereka. Selepas James II kembali bertakhta, penyokong gerakan diraja England menggali semula kubur Cromwell yang m4ti pada tahun 1658, mem3nggal kepalanya dan menayangkan kepalanya kepada orang di Parlimen di atas sebatang kayu pacak hingga 1685.

  1. Cukai sabun

Pada abad ke-18, satu cukai baru diperkenalkan kepada orang ramai di England iaitu cukai sabun. Ah, kegilaan apa yang melanda Zaman Pemulihan Diraja ini? Rupanya, cukai ini dikenakan berikutan sikap prejudis golongan bangsawan dan berkuasa terhadap golongan marhaen yang dianggap tidak setaraf dan sentiasa berbau busuk.

Cukai sebegini memaksa pembuat sabun menghasilkan sabun dalam kuantiti lebih banyak untuk pasaran gelap. Untuk mengelak mereka daripada berbuat demikian, pengutip cukai sanggup menutup periuk sabun selama semalam untuk memaksa kegiatan itu dihentikan.

  1. Cukai janggut
Rajah 2: Contoh token cukai janggut era Tsar Peter Yang Agung.

Pada akhir abad ke-17, Tsar Peter Yang Agung mengenakan cukai janggut ke atas mana-mana individu yang berjanggut dan berjambang. Alasan di sebalik pengenalan cukai ini ialah ia tidak melambangkan simbol kemodenan Rusia dan janggut dianggap satu beban kepada sesiapa yang menyimpannya.

Semasa Raja Henry VIII memerintah England dari 1491 hingga 1547, baginda turut mengenakan cukai sama atas alasan janggut melambangkan kedudukan seorang lelaki dalam masyarakat. Justeru, bulu muka perlahan-lahan menjadi simbol kedudukan dan kemuliaan seseorang.

  1. Cukai pengecut

Jika anda seorang kesatria pada Zaman Pertengahan England, bertugas di perbatasan dianggap satu kemuliaan. Jika anda cuba mengelak, maka bersedialah dikenakan cukai pengecut yang diperkenalkan pada tahun 1100.

Ia kemudiannya berubah menjadi cukai tanah ke atas tanah-tanah yang dimiliki para kesatria sebelum sekali lagi berevolusi menjadi denda yang perlu dibayar kerana enggan berkhidmat. Cukai ini kemudiannya lenyap pada abad ke-14.

  1. Cukai minyak masak

Jangan nak menipu pengutip cukai jika ditanya sama ada anda menggunakan semula minyak masak yang telah digunakan. Di Mesir Purba, orang sebegini akan dikenakan cukai untuk mengelak mereka daripada menggunakan semula minyak masak yang telah digunakan atau memilih alternatif minyak masak yang lebih murah. Dan satu lagi sebab, komoditi ini dimonopoli oleh Firaun sendiri!

  1. Cukai imigran China
Rajah 3: Contoh cukai imigran China.

Dari tahun 1885 hingga 1923, Kanada mengenakan cukai imigran ke atas imigran China yang berhijrah ke situ. Tujuannya mudah iaitu sebagai penghalang kepada mereka untuk tidak bermigrasi ke Kanada. Pada awalnya, peneroka-peneroka ini dikenakan cukai sebanyak $50 sebelum ia dinaikkan kepada $500 seorang pada tahun 1903. Selepas tiba di Kanada, mereka bergelut meraih pendapatan sebanyak $1 sehari.

  1. Cukai topi

Cukai topi dikenakan kerajaan England ke atas penduduknya pada akhir abad ke-18. Topi rendah hanya dikenakan caj tiga penny manakala topi yang lebih menarik dan besar pula akan dikenakan cukai yang lebih tinggi atau lebih tepat duti dua syiling.

  1. Cukai pendiang

Semasa Era Pemulihan, ada saja cukai mengarut diperkenalkan. Pada awal abad ke-18, cukai pendiang dikenakan sekaligus memaksa penduduk menyimen tempat pendiang mereka dan terpaksa menahan kesejukan menjelang musim sejuk. Cukai sebegini bukan saja dianggap zalim tetapi juga mencetuskan tragedi di banyak tempat di England.

Pada tahun 1684, seorang pembuat roti di Oxfordshire bertanggungjawab mencetuskan satu kebakaran besar yang memusnahkan 20 bangunan dan membvnvh empat orang selepas memecahkan dinding pada pendiangnya untuk mengelak membayar cukai pendiang. Cukai zalim ini dimansuhkan semasa oleh Parlimen dan mendapat perkenan Raja William III pada tahun 1689.

RUJUKAN:

Wilkes, Jonny. Royalists, beards and cowardice: are these the strangest taxes in history?. History Extra. https://www.historyextra.com/period/early-modern/royalists-beards-cowardice-strange-taxes-history/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.