Eiji Tsuburaya adalah seorang pengarah kesan khas dari Jepun yang bertanggungjawab menghasilkan banyak kesan khas dalam beberapa filem dan dokumentari dan siri televisyen fiksyen sains Jepun, beliau juga merupakan salah seorang pengasas bersama untuk siri Godzilla, serta pengasas utama Ultra Series yang kita semua kenali sebagai Ultraman. dah tahukah anda, beliau juga mengarah propaganda p3rang Jepun semasa WWII iaitu Hawai Mare oki kaisen atau War At The Sea From Hawaii To Malaya

Beliau mencipta populariti selepas zaman pasca-p3rang melalui karya Godzilla pada tahun 1954 hingga beberapa akhbar menganggap tarikh lahir Tsuburaya iaitu 7 Julai, yang jatuh pada hari agung Tanabata (perayaan bintang), iaitu tanda nasib baik, menjadi penyebab populariti nya. Namun tarikh lahir dia yang sebenar adalah pada 10 Julai dan telah disahkan oleh anak lelakinya yang bongsu, Akira dan pihak syarikat yang diasaskannya iaitu Tsuburaya Productions, berdasarkan catatan rasmi dalam daftar keluarga Tsuburaya, melalui kajian biografi berbahasa Inggeris mengenai tokoh penting ini , Eiji Tsuburaya: Master of Monsters (Chronicle Books 2007).

Pada tahun 1919, pekerjaan pertama beliau dalam industri perfileman adalah sebagai pembantu sinematografer di Nihon Katsudou Shashin Kabushiki-gaisha (Nihon Cinematograph Company) di Kyoto, yang kemudian lebih dikenali sebagai Nikkatsu. Selepas berkhidmat sebagai staf koresponden kepada tentera dari 1921 hingga 1923, beliau menyertai Ogasaware Productions.

Tsuburaya kemudiannya menjadi ketua jurukamera di Bungkuk Enmeiin (Enmeiin no Semushiotoko), dan menjadi penolong jurukamera untuk filem arahan Teinosuke Kinugasa pada tahun 1925, Kurutta Ippeiji (A Page of Madness). Kemudian beliau menyertai Shochiku Kyoto Studios pada tahun 1926 dan menjadi jurukamera sepenuh masa di sana pada tahun 1927. Beliau mula mempraktik dan mencipta teknik penggambaran inovatif sepanjang tempoh ini, termasuk penggunaan pertama kamera kren dalam filem Jepun.

Dalam filem Chohichiro Matsudaira pada 1930, beliau mencipta ilusi filem dengan teknik ‘super-impose’, yang akhirnya hasil kerja seumpama dengannya akan dikenali sebagai ‘tokusatsu’, atau kesan visual khas.

Tahun 1930 juga merupakan tahun perkahwinannya dengan Masano Araki. Hajime, yang pertama dari tiga anak lelaki mereka, dilahirkan setahun kemudian. Semasa tahun 1930-an, beliau bergerak bersama beberapa studio dan menjadi terkenal kerana karya yang teliti hinggalah sampai zaman kemuncaknya dengan hasil karya agungnya iaitu Godzilla dan Ultraman.

Beliau terus meningkatkan kemahiran tekniknya dan memperoleh beberapa anugerah. Ketika negara Jepun sedang menyertai pep3rangan seperti Per4ng Sino-Jepun Kedua dan P3rang Dunia II, dia mengarahkan beberapa buah filem propaganda dan menghasilkan kesan khas untuk Bahagian Penyelidikan Filem Pendidikan Toho yang ditubuhkan atas dekri perintah Imperial. Antaranya ialah;

– 1938 : Kōdō Nippon (The Imperial Way of Japan)
– 1940 : Kaigun Bakugeki-tai (Naval Bomber Squad)
– 1940 : The Burning Sky (Moyuru ōzora)
– 1942 : Hawai Mare oki kaisen ke (The War At Sea From Hawaii To Malaya)
– 1943 : Decisive Battles In The Skies (Kessen-no Ōzora-e)
– 1944 : Kato hayabusa sento-tai (1944).

Menurut legenda, karya Tsuburaya mengenai Hawai Mare oki kaisen atau War At The Sea From Hawaii To Malaya sangat menakjubkan hingga unit perfileman General MacArthur dikatakan telah menjual rakaman filem tersebut kepada Frank Capra untuk kegunaan di siaran berita Movietone sebagai rakaman s3rangan terhadap Pearl Harbor yang menjadi kontroversi akibat salah faham.

War At The Sea From Hawaii To Malaya adalah filem paling mahal yang dibuat di Jepun sehingga masa itu, berharga lebih daripada $ 380,000, sedangkan filem tipikal yang biasanya tidak melebihi $ 40,000. Ia menggunakan kesan khas dan miniatur untuk mewujudkan pemandangan pertempvran yang realistik. Ini adalah cara termudah selain menambah video dari rakaman footage per4ng yang tulen untuk mewujudkan bentuk filem dokumentari.

Filem ini dikeluarkan pada minggu ulang tahun pertama s3rangan Jepun di Pearl Harbor. pita rakaman asal filem ini dirampas oleh Komando tentera Bersekutu setelah tamat p3rang, yang menyangkakan ianya sebagai rakaman tulen pep3rangan yang kemudiannya dijual kepada Movietone dan disiarkan sebagai siaran dokumentari.

Filem sepanjang 117 minit tersebut diarahkan oleh Kajiro Yamamoto, diterbitkan oleh Nobuyoshi Morita dari syarikat Toho. ia dilancarkan pada 3 Disember 1942. Tsubaraya juga telah menerbitkan beberapa siri Ultraman antaranya ialah Ultra Q, Ultraman, dan Ultraman Zoffy. Beliau telah men!nggal dunia pada 1970 ketika berusia 68 tahun di Shizuoka, Jepun. Eiji Tsubaraya meninggalkan sebuah syarikat penerbitan Tsubaraya Productions yang diteruskan ahli keluarganya.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.