Walaupun China merupakan negara paling popular yang mengamalkan komunisme, ideologi ini sebenarnya tidak dimulakan dari Beijing. Sebaliknya, negara pertama yang menjulang komunisme ialah Rusia, yang berkembang sejauh-jauhnya.

Dan sejarah komunis dulu sampai sekarang tidak berubah pun – kunci, kuarantin, sita, penj4r4 dan kem t4h4nan. Dalam kem-kem t4h4nan, mustahil kekasaran dan kekerasan tidak diamalkan. Jadi apabila negara tersebut dilambung ombak peny4kit, semua yang ditahan takkan mungkin diberikan peluang untuk teruskan kehidupan.

Inilah masalah yang dihadapai bangsa Uighur di Xinjiang. Sebanyak 500 pusat t4h4nan telah dibina untuk “mendidik semula” bangsa Uighur supaya boleh menjadi warga China. Dengan erti kata pendek, Uighur perlu membuang Islam dan memeluk agama komunis. Allah dan Muhammad perlu dilupakan, dan sosok tubuh ketua negara kalau boleh mesti disembah. Memandangkan Uighur enggan, jutaan daripada mereka sekarang mereput di sebalik rantai dan pagar dalam keadaan yang tidak bersih langsung.

Kebersihan memainkan peranan dalam kesihatan manusia. Apabila sistem imunisasi sudah r0sak, maka lagi mudahlah peny4kit menjangkiti. Dengan adanya virus korona (2019-nCoV), semua yang dit4h4n sekarang ini dalam ambang b4h4y4 (RFA, 2020). Dan virus ini sekarang telah disahkan tiba di Xinjiang selepas dua lelaki berbangsa Han telah menj4ngkitinya (Bostock, 2020). Kedua-dua individu ini iaitu Li dan Gu berada di Wuhan apabila kes pertama dilaporkan.

Sebelum tirai besi didirikan yang mengunci penduduk-penduduk Wuhan, mereka sudahpun pulang ke Xinjiang. Dan jika China gagal mengawal penularan, seramai 1.8 juta warga Uighur yang beragama Islam tentu sekali amat cenderung untuk terkena. Lokasi yang terlalu sempit memudahkan penularan. Batuk dan bersin sudah tentu sukar untuk diubati dengan sempurna. Dan pelepasan pula takkan sama sekali berlaku, kerana China tidak mungkin akan memaafkan keengganan Uighur untuk memeluk komunisme.

Oleh kerana dua bangsa besar Xinjiang – Uighur dan Han – terbelah mengikut status bagaikan kasta yang berbeza sosioekonomi, masalah ini sangatlah besar. Etnik Han yang menguasai ekonomi dan politik tidak begitu faham dengan bahasa tempatan. Etnik Uighur pula tidak berpuas hati dengan Han, setelah sekian lama disisihkan bagaikan tetamu tidak diundang di rumah sendiri. Jadi tiada persepakatan antara mereka, lebih-lebih lagi dengan adanya kem t4h4nan sebegini.

Sudahlah terdedah dengan masalah-masalah sedia ada seperti tuberculosis, malaria, meningitis dan cirit-birit, j4ngkitan 2019-nCoV sememangnya akan menamatkan riw4y4t semua di sana. Pagar yang mengurung mereka sudah tentunya takkan dibuka, apatah lagi jika berlaku akan menyebarkan virus tersebut ke tempat-tempat lain. Maka di sini Uighur yang dit4h4n mempunyai masalah yang jauh lebih besar berbanding status mereka semata-mata.

Andainya tersebar, bukan 1.8 juta orang ini sahaja yang terancam. Kaum keluarga mereka dan rakan-rakan sebangsa yang bilangan melebihi 11 juta di seluruh Xinjiang akan terdedah juga. Malah minoriti-minoriti seperti Rusia, Kazakh, Uzbek dan Tajik juga akan menyukarkan keadaan, terutamanya jika mereka pergi ke tanahair masing-masing. Bersebelahan dengan Xinjiang ialah Kyrgyzstan dan Tajikistan. Kedua-dua republik ini pula berjirankan Uzbekistan dan Kazakhstan.

Maka sekelip mata umat Islam melebihi 70 juta orang perlu berhati-hati kerana dasar dalam negeri China ini barangkali boleh menganc4m mereka pun. Jadi tidak pelik jika adanya 2019-nCoV memberikan keuntungan strategik kepada China. Kalau mereka menghidapi virus, China tutup pagar dan tutup mata sahaja. Kalau lari daripada kem pula, bangsa Uighur sendiri akan menguruskan mereka.

Jadi memang tidak boleh sujud dalam perasaan kagum serta syukur demi bangsa Uighur. Hari-hari mereka meniti mata pedang. Bila duduk, mereka boleh s4kit. Kalau lari keluar pula, anak isteri mereka mungkin berj4ngkit. Jadi baik duduk sahaja kerana diluah mereka m4ti emak, ditelan pula m4ti bapa.

RUJUKAN:

Bostock, B. (2020, January 24). The Wuhan coronavirus has hit Xinjiang, where China has imprisoned at least 1 million Uighur Muslims. Its filthy detention camps will make inmates sitting ducks. Business Insider. Retrieved from https://www.businessinsider.my/wuhan-coronavirus-xinjiang-uighur-squalid-detention-camps-2020-1/?r=US&IR=T

RFA. (2020, January 23). Conditions Put Xinjiang Internment Camps at Risk as Region Confirms First Coronavirus Cases. Retrieved from https://www.rfa.org/english/news/uyghur/viral-01232020164134.html


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.