Aspirasi daripada Mao Zedong telah melahirkan sebuah China yang bersatu dibawah panji komunisme. Walaubagaimanapun kalau bukan kerana ilham daripada Deng Xiaoping, segalanya mungkin berbeza. Amerika Syarikat barangkali sedang bersaing dengan Kesatuan Eropah dalam geopolitik unipolar yang tiada pesaing.
Pembangunan ekonomi China yang berdiri di atas platform perdagangan dimulakan oleh Xiaoping sendiri, yang kejayaannya diikuti penguasa-penguasa menyusul. Dan pada hari ini, Xi Jinping mewarisi sebuah ekonomi begitu pesat sampai mula menguncup dari segi produktiviti.
Salah satu berkat daripada pembangunan ekonomi tersebut ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Ibu Negara Beijing. Begitu panjang nama rasminya, bermiripkan juga dengan saiznya sebagai lapangan terbang paling besar dunia.
40 minit dari lapangan terbang ini melalui lebuhraya bertol S28, terletaknya sebuah hospital bernama Xiaotangshan. Hospital ini sangat berdekatan dengan Muzium Penerbangan China. Apa yang membuatkan hospital ini begitu unik untuk dibicarakan ialah cara pembinaannya. Xiaotangshan tidak dibina – sebaliknya hospital ini dipasang menggunakan bangunan-bangunan pasang-siap.
Hasil kerahan 7,000 pekerja telah menyiapkan pemasangannya dalam masa hanya seminggu sahaja (The Guardian, 2020). Kesegeraan sedemikian tidak dapat dielakkan kerana China sedang bergelut dengan SARS. Setiap hari seramai 100 orang perlu digegaskan ke hospital.
Angka jangkitan sudah menghampiri 4,000 kes, sekaligus meletakkan bebanan besar kepada sektor kesihatan negara. Dan langkah ini dimulakan oleh Menteri Kesihatan Wu Yi, juga seorang ahli politik dilabel Majalah TIME sebagai “Dewi Ketelusan”.
17 tahun kemudian, Ma Xiaowei sedang mengambil langkah yang dibuat Wu Yi. Beliau memberikan tempoh 10 hari sahaja untuk pasang sebuah hospital 1,000 katil (Haroon, 2020). Tapak 25,000 m² yang pada asalnya dirancang untuk sebuah kompleks percutian untuk pekerja-pekerja tempatan kini penuh dengan 45 jentera berat dan lebih daripada 100 pekerja berpengalaman.
Pelan pembinaan Xiaotangshan digunakan semula untuk menjayakan sebuah kuarantin yang sudahpun diisytiharkan. Xiaotangshan dulunya mengasingkan pesakit-pesakit SARS dalam sebuah kabin-kabin sempit. Dalam masa dua bulan, 1/7 daripada semua pesakit di China ditempatkan di situ, bagaikan hvkvman angkara nasib yang tidak menyebelahi. Selepas mengisytiharkan kemenangan, Xiaotangshan pun dibersihkan dan ditutup terus.
Virus korona (2019-nCoV) yang menimpa China mengingatkan kembali detik-detik cemas semasa SARS dahulu. Kebanjiran pesakit mengikatkan staf-staf kesihatan dalam keadaan kerja yang amat mencaba (Perper, 2020). Pakaian keselamatan pun sekarang tidak mencukupi. Kekurangan pakaian ini telah mula meng4nc4m staf hospital. Seorang doktor yang enggan dinamakan atas faktor keselamatan telah mendedahkan bahawa staf Wuhan pun telah dij4ngkiti (Ma, Zheng, & Lau, 2020).
Disini pastinya angka pesakit sebenarnya jauh lebih tinggi daripada bilangan yang dilaporkan media. Jika difikirkan sejenak, kalau benar keadaan terkawal – kenapa pakaian keselamatan tidak mencukupi dan pekerja tidak berpakaian seperti gambar dibawah terpaksa meneruskan kerja?
Malah sebuah laporan di BBC turut mendedahkan dengan tajuk begitu mengejutkan (BBC, 2020). “Semua orang (staf) tersekat di sini dan tidak boleh balik.” Dan saban hari, angka jangkitan dan kem4tian pun semakin meningkat. Perkara ini tidak pelik pun. Wu Yi merupakan seorang insan yang amat diperlukan China yang perlu membersihkan namanya. Menteri Kesihatan Zhang Wenkang sebelum itu telah didedahkan cuba menyembunyikan keadaan sebenar (ABC, 2003).
Buka Mata, Tutup Mulut dan Tutup Cerita
Ideologi komunisme takkan mungkin terasing dengan kuarantin dan kekasaran. Wuhan telah dikuarantinkan secara sepenuhnya, sekaligus mengunci lebih daripada 11 juta orang di tempat yang amat panas dengan penularan 2019-nCoV (Evans, 2020). Dasar ini merupakan kuarantin pertama yang dibuat dalam tempoh terdekat.
Dan mungkin 29 juta orang di kawasan wilayah Hubei sekeliling Wuhan akan dikuarantin juga (Du, 2020). Antara masalah dengan kuarantin ialah keutamaan supaya kerajaan pastikan makanan, air dan perubatan sentiasa mencukupi. Bagaikan mencampur madu dan racun, tentu sekali rakyat sendiri akan hilang kepercayaan terhadap kerajaan.
Sekurang-kurangnya kali ini kerajaan Jinping tidak menyembunyikan realiti sebenar secara sepenuhnya. Semasa SARS merosakkan persediaan China untuk perayaan tahun baharu, apa pun tidak dilaporkan.
Rakyat sendiri terutamanya di Guandong dimana SARS merebak begitu teruk (seperti 2019-nCoV di Wuhan) tidak tahu apa-apa. Namun apabila seorang warga Guandong yang sakit pergi ke Beijing, semua doktor tidak tahu peny4kit dialaminya – dan inilah titik permulaan krisis kesihatan tersebut.
Jika China melaporkan keadaan sebenar, tentu sekali SARS tidak akan menyebabkan kadar kem4tian di seluruh dunia sebegitu rupa. Maka apabila Wuhan dib4dai penyakit 2019-nCoV, seluruh dunia telah tahu. Data mengenai virus ini dikongsi secara meluas. Keterbukaan ini pun masih membuatkan ramai garu kepala tentang asal-usul virus tersebut. Pakar virologi sendiri tidak tahu lagi, melainkan teori-teori kukuh mengenai sup kelawar.
Namun keterbukaan tersebut memberikan seluruh dunia masa mencukupi untuk bersedia. Asia Tenggara sendiri yang sedang bergelut dengan Influenza A telah bersiap siaga. Sungguhpun begitu, Amerika Syarikat telahpun mengeluarkan suatu amaran sekitar 2017 yang menggerunkan. Pada masa itu China membina sebuah makmal untuk mengkaji virus SARS dan Ebola.
Virus hidup tersebut perlu pula menj4ngkiti haiwan ujikaji. Dan Amerika Syarikat yang begitu bimbang mengatakan disiplin kajian tersebut amat sukar untuk dikawal kerana kebarangkalian virus keluar daripada makmal adalah sangat tinggi. Sepertimana virus SARS merebak daripada makmal, nampaknya amaran Amerika Syarikat sangatlah tepat – kerana makmal kajian tersebut dibina di Wuhan (Rahnal, 2020).
Dan lokasi makmal virologi ini sebenarnya terletak 32 kilometer sahaja daripada pasar basah iaitu titik permulaan 2019-nCoV seperti didakwa pakar-pakar sains sedunia.
RUJUKAN:
ABC. (2003, April 20). Top Chinese officials sacked as SARS cover-up revealed. ABC Net. Retrieved from https://www.abc.net.au/news/2003-04-20/top-chinese-officials-sacked-as-sars-cover-up/1840062
BBC. (2020, January 23). Coronavirus doctor: ‘Everyone is stuck here and can’t leave.’ BBC. Retrieved from https://www.bbc.com/news/world-asia-china-51222384/.
Du, L. (2020, January 24). China’s Unproven Antiviral Solution: Quarantine of 40 Million. Bloomberg. Retrieved from https://www.bloomberg.com/news/articles/2020-01-24/china-s-unproven-antiviral-solution-quarantine-of-40-million.
Evans, Z. (2020, January 22). China Quarantines Wuhan To Prevent Spread of Coronavirus. National Review. Retrieved from https://www.nationalreview.com/news/china-quarantines-wuhan-to-prevent-spread-of-coronavirus/
The Guardian. (2003, May 2). Sars hospital opens in China. The Guardian. Retrieved from https://www.theguardian.com/world/2003/may/02/china.sars
Haroon, S. (2020, January 24). Chinese city plans to build coronavirus hospital in days. The Guardian. Retrieved from https://www.theguardian.com/science/2020/jan/24/chinese-city-wuhan-plans-to-build-coronavirus-hospital-in-six-days.
Ma, J., Zheng, W., & Lau, M. (2020, January 24). China coronavirus: Wuhan medical staff being infected at much faster pace than reported as national death toll hits 27. SCMP. Retrieved from https://www.scmp.com/news/china/society/article/3047441/wuhan-medical-staff-being-infected-virus-much-faster-pace
Perper, R. (2020, January 24). As the Wuhan virus spreads, doctors in the city say they face a ‘flooding’ of patients and not enough protective gear. Business Insider Malaysia. Retrieved from https://www.businessinsider.my/wuhan-coronavirus-doctors-wuhan-patients-protective-gear-2020-1/?r=US&IR=T
Rahnal, N. (2020, January 23). China built a lab to study SARS and Ebola in Wuhan – and US biosafety experts warned in 2017 that a virus could ‘escape’ the facility that’s become key in fighting the outbreak. Daily Mail. Retrieved from https://www.dailymail.co.uk/health/article-7922379/Chinas-lab-studying-SARS-Ebola-Wuhan-outbreaks-center.html
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih