Siapa yang dah tengok trailer rasmi ‘The Ghost Bride’? Oleh Netflix. Saya sangat tertarik dengan detail dalam siri ini. Ia membawa kita kepada era kolonial Melaka sekitar 1890-an dan merupakan siri pertama Netflix yang berdialog Bahasa Mandarin.
Walaupun novel dengan tajuk yang sama karya Yangsze Choo ditulis dalam Bahasa Inggeris, namun pihak produksi dan Netflix bersetuju penggunaan Bahasa Mandarin kerana dilihat lebih relevan dengan latar belakang budaya Peranakan dan dapat menambahkan lagi rasa autentik bagi siri ini.
Penggunaan Bahasa Mandarin juga diharap dapat menjangkau kelompok penonton yang lebih besar dalam peringkat global. Detail dalam suasana dan budaya Peranakan tradisional diserlahkan dengan begitu indah dan misteri dalam trailer ni.
Berdasarkan trailer berdurasi 2 minit 30 saat ini, ia mengisahkan tentang Li Lan yang dikahwinkan dengan seorang lelaki yang sudah men!nggal dunia tetapi berasal dari keluarga kaya. Li Lan dihantui oleh lelaki tersebut dalam mimpinya dan melakukan rundingan bersama untuk menyelamatkan ayahnya.
Jika dikaji secara lebih mendalam, budaya ini rupanya sudah bertapak sejak 3,000 tahun dahulu. Mengikut catatan Marjorie Topley, adat perkahwinan hantu hanya diamalkan di rantau ini bermula sekitar 1950an. Perkahwinan hantu atau lebih dikenali sebagai ‘Yin Ch’u’ dalam masyarakat Cina ialah penyatuan antara sepasang pengantin yang sudah men!nggal dunia atau perempuan yang masih hidup dikahwinkan dengan lelaki yang sudah men!nggal.
Adat ini lebih sinonim dalam masyarakat Kantonis. Siap ada perkhidmatan pencari jodoh khas dan tokong yang masih berkhidmat untuk perkahwinan ini di Singapura.
Dr Huang Jingchun dari Universiti Shanghai menerangkan ideologi di sebalik kepercayaan ini. Beliau menjelaskan kepercayaan masyarakat Cina tentang perlunya perkahwinan ini ialah disebabkan oleh kepercayaan adanya hidup selepas kem4tian. Jadi, jika seseorang tidak berkahwin semasa hidupnya, dia tetap perlu berkahwin selepas aj4l menjemput.
Mengikut adat, perkahwinan ini dilangsungkan atas sebab-sebab berikut :
- Keluarga mahukan menantu perempuan selepas anak tunggal mereka men!nggal.
- Anak lelaki mudah mahu berkahwin tetapi tidak mahu langkah bendul abangnya yang sudah men!nggal. Mengikut kepercayaan, adik beradik yang langkah bendul akan membawa malang dan dikhuatiri akan membuat r0h abangnya tidak tenang dan membuat k4cau dalam keluarga.
- Mengelakkan gangguan r0h anak yang tidak sempat berkahwin sebelum men!nggal.
- Menghubungkan dua keluarga.
Terdapat dua jenis upacara perkahwinan bergantung kepada keadaan pengantin sama ada kedua-dua sudah men!nggal atau pengantin perempuan masih hidup.
Bagi perkahwinan dua orang yang sudah men!nggal, majlis akan dijalankan dengan gabungan upacara perkahwinan dan pengebvmian mengikut tradisi Cina.
Dua patung yang dibuat daripada papier mache dan buluh digunakan sebagai simbolik pengantin lelaki dan perempuan untuk upacara perkahwinan. Patung tersebut dipakaikan baju beserta aksesori seperti ‘bowtie’ dan hiasan kepala.
Dua patung tersebut didudukkan dekat meja yang penuh dengan makanan yang digunakan untuk upacara kem4tian. Banyak objek-objek berskala sebenar yang diperbuat daripada buluh diletakkan untuk kegunaan pengantin pada dunia selepas m4ti.
Antaranya set meja makan, peti ais, pakaian, termasuk kereta. Pada waktu subuh setelah selesai upacara, semua barangan tersebut termasuk ‘pengantin’ akan dibakar dan dibawa ke dunia kem4tian.
J3nazah pengantin perempuan akan dialihkan dan disem4dikan bersama pengantin lelaki. R0hnya pula akan diiring oleh sami. Selepas upacara selesai, keluarga itu akan mengambil seorang cucu angkat untuk meneruskan susur galur. Cucu angkat itu pula perlu sentiasa memberi penghormatan kepada pengantin perempuan tersebut dan menganggapnya sebagai ibu kandung sendiri.
Bagi pengantin perempuan yang masih hidup, keluarga pihak lelaki perlu menawarkan pulangan lumayan kepada perempuan itu kerana sanggup menjadi pasangan kepada si m4ti. Sebelum upacara bermula, pengantin perempuan perlu berikrar dengan ‘vow of celibacy’ iaitu ikrar yang menyekat seseorang supaya kekal bujang dan tidak melakukan hubungan seks dengan sesiapa. Semasa upacara, seekor ayam jantan putih akan menjadi pengganti kepada pengantin lelaki. Ayam itu juga akan diarak dalam kereta berhias dan menemani pengantin dalam upacara bertemu saudara.
Tapi dalam trailer tu tak tunjukkan perkahwinan Li Lan. Tak sabar pula rasanya nak tonton bagaimana Netflix menyampaikan upacara ini nanti. Ia pastinya akan menjadi titik utama bagi siri ini. Tapi apa yang kita tahu, perincian dari segi pakaian dan lokasi penggambaran siri ini telah dikaji dengan begitu dalam bagi menghasilkan sebuah karya yang epik.
Menurut penerbit eksekutif, Zainir Aminullah, siri ini ialah gabungan beberapa genre iaitu romantik, seram, sejarah dan fantasi dan merupakan satu format yang jarang diketengahkan. Ia juga merupakan satu pertaruhan buat negara kita. Dari kru penerbitan sehingga pelakon, siri ini melibatkan hampir 99% rakyat Malaysia.
Ini menaruhkan kita harapan begitu besar pada siri ini dan diharap dapat mengangkat budaya Malaysia yang begitu jarang diketahui seperti perkahwinan hantu ke mata dunia. Tak lupa juga pada keindahan dan mistik tradisi Peranakan dan latar belakang klasik Melaka. Siri ini sudah ditayang sejak 23 Januari ini. Jadi, anda bolehlah binge-watch siri ‘The Ghost Bride’ bermula cuti Tahun Baru Cina kali ini.
RUJUKAN:
Cantonese Society In Hong Kong & Singapore – Jean DeBernardi
Ghost Marriages: Inside The 3,000-Year-Old Chinese Tradition That Ended Up In Melaka. https://cilisos.my/ghost-marriages-inside-the-3000-year-old-chinese-tradition-that-ended-up-in-melaka/
‘The Ghost Bride’ directors tell us what it’s like working with an all-Malaysian crew and why the Netflix series was shot in Mandarin. https://sea.mashable.com/entertainment/8721/the-ghost-bride-directors-tell-us-what-its-like-working-with-an-all-malaysian-crew-and-why-the-netfl
This Netflix Show Is Based On A Real-Life Old Tradition Of Ghost Marriages In Malaysia.
https://says.com/my/entertainment/ghost-bride-netflix-show-about-ghost-marriages-in-malaysia
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih