Idea untuk mencipta watak Spiderman muncul pada tahun 1962 oleh Stan Lee iaitu ketua editor Marvel Comics. Salah satu punca beliau ingin mencipta watak Spiderman adalah disebabkan mahu mencipta satu adiwira yang dekat di hati remaja atas faktor permintaan yang tinggi pada waktu itu, Stan Lee mendapat idea ini setelah terinspirasi melihat seekor labah labah memanjat dinding. Stan Lee memilih untuk menggunakan “Man” (Spider-Man) di hujung nama berbanding “Boy” walaupun kebanyakan watak adiwira ketika itu lebih gemar diletakkan nama “Boy” di belakang kerana mahu watak itu berkembang dan bunyi “-Man” dibelakang itu juga membuatkan bunyinya kedengaran hebat berbanding watak yang lain. Komik Amazing Fantasy #15 pada Ogos 1962 adalah isu pertama yang memperkenalkan watak adiwira ini sebelum pelancaran komik The Amazing Spider-Man pada tahun 1963.

Filem pertama Spiderman yang muncul di pawagam ialah pada tahun 2002 dan diikuti dengan Spiderman 2 pada tahun 2004 dan Spiderman 3 pada tahun 2007. Kesemua filem terawal ini adalah arahan Sam Raimi.

Selepas itu, Spiderman meneruskan watak adiwira itu melalui filem The Amazing Spiderman yang memiliki 2 siri. Filem The Amazing Spiderman ini menampilkan pengarah baru yang menggantikan Sam Raimi iaitu Marc Webb dan mengetengahkan pelakon ‘Peter Parker’ yang baru.

CIRI CIRI YANG DIGARISKAN UNTUK SPIDERMAN

Berdasarkan Second Amended And Restated License Agreement (“Spider-Man”), antara sifat dan karakter yang digariskan kepada Spiderman adalah seorang yang heteroseksual dan berkulit putih. Peter Benjamin Parker juga menetap di New York dan dibesarkan oleh Mak Cik dan Pak Ciknya kerana telah kehilangan ibu bapa sewaktu kecil. Kuasanya diperolehi melalui gigitan labah labah dan Peter mencipta suitnya dengan warna merah dan biru.

Antara kuasa yang dimiliki oleh Spider-Man adalah deria labah labah yang membuatkan beliau sentiasa peka dengan segala bahaya disekeliling. Spiderman juga memiliki kekuatan luar biasa dari segi ketahanan, lompatan dan ketangkasan. Dan tidak lupa juga kekuatan utama watak adiwira ini, iaitu keupayaan untuk mengeluarkan benang labah labah melalui gajet yang diciptanya. Spider-man juga memiliki IQ yang tinggi.

Marvel Dan Sony

Sebelum wujudnya Marvel Studio pada tahun 1993, Marvel telah menjual hak cipta Spiderman kepada Sony dengan harga $ 7 juta. Spiderman bukan satu satunya watak yang dijual oleh Marvel untuk mendapatkan keuntungan secara pantas bagi menampung kewangan Marvel Comic suatu ketika dahulu yang mengalami kerugiaan. Watak seperti X-Men dan Fantastic Four telah dijual kepada Fox, manakala watak lain seperti Iron Man, Captain America dan Thor dijual kepada Paramount Pictures.

Selepas Disney mengambil alih Marvel dengan nilai $4 billion pada tahun 2009, Disney telah memulakan proses yang sukar untuk membeli semula hak cipta Iron Man, Captain America dan Thor. Disney berjaya mendapatkan semula hak ke atas watak watak berkenaan pada tahun 2010 setelah beberapa perjanjian telah dipersetujui. Antara persetujuannya adalah The Walt Disney Studios bersetuju untuk membayar Paramount sekurang-kurangnya $115 juta untuk hak pengedaran seluruh dunia untuk Iron Man 3 dan The Avengers. Untuk info, Iron Man 3 mendapat sambutan paling luar biasa berbanding siri sebelum ini dengan mengutip keuntungan keseluruhan berjumlah $ 1.2 billion.

Perjanjian itu juga membenarkan Paramount untuk terus mengutip 8 peratus bayaran box office yang akan mereka perolehi untuk mengedarkan filem dan kredit-penempatan marquee logo pengeluaran syarikat ke atas bahan pemasaran dan tajuk pembukaan filem itu. Kredit skrin haruslah diberikan kepada Paramounts walaupun segala proses dibiayai dan dipasarkan oleh Disney.

Berkenaan dengan Spiderman, filem pertama adiwira ini pada 2002 telah mencatat kutipan sebanyak $821 juta. Filem Spiderman adalah watak adiwira yang terawal yang telah menambat hati peminat dengan grafik dan plot penceritaan yang memukau penonton sebelum munculnya Ironman dan watak yang lain.

Setelah bertukar pengarah, Sony menerbitkan The Amazing Spiderman yang memiliki dua siri. Ianya mendapat sambutan meskipun kutipan The Amazing Spiderman 2 membuatkan Sony sedikit gusar kerana tidak mencapai sasaran yang ditetapkan. The Amazing Spiderman 2 cuma mendapat kutipan $708.98 juta iaitu kurang $49 juta berbanding The Amazing Spiderman 1, Pada tahun yang sama, filem Marvel, Captain America: The Winter Soldier mendapat keuntungan $714.26 juta dan Guardian Of The Galaxy mendapat untung $773.32 juta. Hal ini sedikit sebanyak memberi Sony sedikit tekanan.

Pada 2013, Sony juga merancang untuk mewujudkan dunia sinematik Spider-man sendiri, tetapi atas faktor kurang memberansangkan dari The Amazing Spider-man 2, rancangan itu dibatalkan dan mewujudkan kerjasama dengan Marvel untuk membawa watak Spider-Man ke dalam MCU dengan membuat kemunculan pertama dalam Captain America: Civil War. Walaupun kemunculannya cuma sedikit jika hendak dibandingkan dengan watak yang lain, sememangnya perwatakan lucu dan aksi spider-man meninggalkan kesan mendalam kepada penonton ketika itu.

Untuk filem terbaru Spider-man Homecoming, Sony bersetuju untuk Marvel menggunakan watak Spider-man di dalam Marvel Cinematic Universe (MCU) secara solo dan menjadikannya sebagai watak utama. Antara persetujuan yang dimeterai adalah Sony menanggung kos pembuatan filem ini (Spider-Man: Homecoming) serta akan memasarkan melalui Columbia Pictures (syarikat milik Sony). Segala keuntungan filem ini akan dimiliki Sony tanpa membahagikannya. Sementara itu, Marvel akan mendapat keuntungan dari hak karakter “merchandising”.

Untuk pengetahuan anda, syarikat yang mempunyai hak cipta ke atas watak adiwira dalam komik untuk ditayangkan di dalam filem tetap perlu membayar royati kepada syarikat komik walaupun mempunyai hak ke atas watak adiwira itu untuk ditayangkan ke dalam filem.

Sumber:

  1. http://www.boxofficemojo.com/
  2. http://comicbook.com/marvel/2017/06/27/details-about-marvel-sony-spider-man-deal
  3. http://time.com/3702894/spider-man-movie-marvel-everything-you-need-to-know/
  4. http://money.cnn.com/2009/08/31/news/companies/disney_marvel/
  5. Executive Summary, Second Amended And Restated License Agreement (“Spider-Man”).

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan seorang penulis, markerter dan pemerhati bebas yang sering kali berkongsi pendapat dan info di media sosial. Pemilik salah sebuah agensi pemasaran media yang ada di Malaysia dan seorang usahawan yang sedang menceburi pelbagai cabang perniagaan. Impian terbesarnya adalah untuk membantu ummah untuk maju bersama, kerana beliau yakin itu salah satu cara berjihad demi bangsa, agama dan negara.

Leave A Reply