Bagi penggemar permainan video, pasti ramai tidak sabar menanti kemunculan generasi terbaru Play Station keluaran Sony iaitu PS5. Jika benar apa yang diwar-warkan oleh Sony sejak tahun lepas, ia bakal mengubah pengalaman permainan video buat selama-lamanya. Dijangka akan dikeluarkan pada akhir tahun 2020, apa yang kita boleh jangkakan daripada PS5?

Berdasarkan gambar prototaip awal PS5 yang dibocorkan dalam talian pada Ogos lepas, kelihatan rekaan PS5 mengambil inspirasi daripada filem-filem sains fiksyen yang diterbitkan pada tahun 80-an. Pemilihan elemen sebegini memperlihatkan cubaan Sony untuk menampakkan PS5 sebagai permainan video masa hadapan tetapi masih berupaya menimbulkan nostalgia peminat Play Station yang membesar dengan konsol ini. Bahagian atasnya berbentuk V yang merujuk nombor lima mengikut sistem angka Rom. Jika produk akhirnya kelihatan serupa dengan prototaip, ia dilihat sebagai satu perubahan radikal pada konsol generasi terbaru Play Station ini.

Rajah 1: Imej produk akhir PS5 yang dibocorkan di laman media sosial tahun lepas. https://edition.cnn.com/2020/01/07/tech/playstation-5-everything-we-know/index.html

Berbanding PS4, PS5 dijangkakan lebih laju dari segi pemuatan permainan berikutan perubahan yang dibuat Sony dari segi penstoran data. Pemacu baru yang dihasilkan khas untuk PS5 membolehkan permainan dapat dimulakan dengan lebih cepat dan mengurangkan masa pemuatan permainan. Selain itu, Sony juga turut memperkenalkan kaedah baru dalam pemasangan permainan video. Jika dahulu, pemain perlu memasang keseluruhan permainan hanya untuk bermain permainan sama ada solo atau beramai-ramai.

Jika anda peminat permainan pen3mbak orang pertama (FPS) seperti Call of Duty tetapi hanya berminat bermain kempen permainan solo atau permainan beramai-ramai (multiplayer), ini sudah pasti akan memakan ruang data yang banyak. Tetapi menerusi PS5, pemain mempunyai pilihan untuk memasang kempen solo atau permainan beramai-ramai tanpa perlu memasukkan keseluruhan permainan.

Dalam satu temubual bersama majalah Wired, arkitek sistem Mark Cerny berkata, “Daripada melayan permainan seperti sebuah blok data yang besar, kami membenarkan akses yang lebih halus kepada data.” Bagi menunjukkan keupayaan PS5 jauh lebih hebat berbanding konsol PlayStation 4, satu demonstrasi diadakan dalam satu konvensyen teknologi pada April 2019. Video demonstrasi jelas menunjukkan permainan yang dimainkan di PS5 jauh lebih laju berbanding PlayStation 4 Pro dan tidak mempunyai masalah bermain genre permainan dunia terbuka.

Satu lagi perubahan besar yang akan dapat dilihat pada konsol ialah alat kawalan konsol. Bukan satu rahsia, alat kawalan konsol yang kurang sensitif dan tidak mengambil kira aspek permainan sentiasa bikin mana-mana pemain naik minyak tanpa mengira genre permainan yang dipilih. Alat kawalan konsol PS5 pada bahagian kiri dan kanan akan menggunakan teknologi adaptasi yang membolehkan aksi permainan bersifat realistik seperti menarik busur semasa memanah atau sentakan semasa men3mbak. Alat kawalan konsol juga akan dilengkapi dengan speaker baru dan port USB-C.

Dari segi grafik pula, PS5 akan menggunakan cip grafik AMD. Menerusi cip grafik yang dicipta AMD ini, konsol dapat mengesan sinaran iaitu kaedah baru mengendalikan kesan pencahayaan dalam permainan. Ketika ini, AMD sedang bekerjasama dengan Sony untuk menghasilkan komponen khas untuk menjana kuasa sistem baru itu. PS5 turut mengandungi ciri penjimatan tenaga bersesuaian dengan visi syarikat untuk menjadi lebih hijau. Jika sejuta orang memanfaatkan ciri penjimatan tenaga PS5 ini, ia boleh menjimatkan purata penggunaan tenaga sebanyak seribu buah rumah di Amerika Syarikat.

Dan jangan risau, bagi pemain PS4, permainan yang sesuai digunakan untuk PS4 masih boleh dimainkan pada konsol PS5 memandangkan rekaan PS5 berdasarkan rekaan PS4. Tetapi tidak mustahil permainan yang dahulunya dimainkan pada Play Station, PS2 dan PS3 juga boleh dimainkan pada konsol ini berdasarkan beberapa paten yang ada kaitan dengan PS5.

Rajah 2: Permainan video untuk konsol PS4 seperti Call of Duty 4: Modern W4rf4re Remastered masih boleh dimainkan di konsol PS5. Kredit: https://www.express.co.uk/entertainment/gaming/833701/Call-of-Duty-Modern-Warfare-Remastered-update-countdown-Xbox-One-relea

Sony menjangkakan PS5 akan dilancarkan pada suku keempat 2020 bertepatan dengan musim cuti 2020 pada Oktober tahun lepas. Walaupun syarikat tidak mendedahkan kos sebenar PS5, penganalisis jenama Harding-Rolls menjangkakan harganya sekitar US$499. Ini sekaligus menjadikan PS5 boleh bersaing dengan pesaing konsol mereka dari Microsoft, Xbox yang kini sedang sibuk mengusahakan generasi terbaru Xbox, Project Scarlett. Generasi terbaru Xbox juga akan dilancarkan pada suku keempat 2020.

Tetapi dengan harga dan tempoh pelancaran, ini bermakna PS5 akan kalah kepada Nintendo Switch pada tahun ini memandangkan Nintendo Switch sudah mula menjual sepanjang tahun dan harga yang ditawarkan antara US$199 hingga US$299. Dengan harga sebegini, Harding-Rolls menjangkakan Nintendo Switch dapat dijual sebanyak 20.2 juta unit sementara PS5 (6.5 juta unit) dan Xbox Series X (4.5 juta unit).

Menurut pengarah urusan firma analisis SuperData, Joost van Dreunen, beliau melihat penentuan harga amat penting dalam sesebuah industri permainan video. Tambahnya, “Saya menjangkakan jualan tahun pertama PS5 sama seperti PS4. Bagaimanapun, ini bergantung kepada keinginan Sony untuk menentukan harga kompetitif untuk PS5.” Dengan harga US$399 seunit, Sony tidak mempunyai ruang dari segi perubahan harga. Dengan Ekspo Elektronik Hiburan (E3) bakal berlangsung pada Jun ini, lebih banyak peluang untuk Sony mendedahkan maklumat PS5 sedikit demi sedikit kepada pengguna. Bagi penulis, satu saja impian penulis sekiranya berpeluang menggunakan PS5 iaitu men3mbak Imran Zakhaev dalam Call of Duty 4: Modern W4rf4re Remastered.

RUJUKAN:

  1. Gonzalez, Oscar. (2019). PlayStation 5 release is really happening in 2020, according to Sony. CNET. https://www.cnet.com/news/ps5-release-date-2020-according-to-sony/
  2. Loveridge, Sam. (2020). Everything you need to know about the PS5: Release date, launch games, and more. GamesRadar. https://www.gamesradar.com/sony-ps5-release-date-news-specs-features/
  3. Liao, Shannon. (2020). Here’s everything we know about Sony’s PlayStation 5. CNN. https://edition.cnn.com/2020/01/07/tech/playstation-5-everything-we-know/index.html

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.