Topik influenza mengingatkan rakyat Malaysia tentang wabak H1N1 yang pernah membadai negara sekitar 10 tahun lalu. Berdasarkan kajian diusahakan Hospital Mount Sinai, virus tersebut berasal daripada beberapa ekor babi di sebuah kawasan Mexico yang sangat kecil (Mount Sinai Hospital, 2016). Dari Mac itulah bermulanya krisis kemanusiaan global dengan kes kem4t1an melebihi 17,000 orang di seluruh dunia. Dua bulan kemudian, Malaysia disahkan mempunyai mangsa pertama (The Star Online, 2009). Sebagai langkah berjaga-jaga, beberapa sekolah ditutup dan antara 2009-2010, seramai 88 orang terk0rban di Malaysia.
Maka influenza bukanlah suatu penyakit untuk dibuat main. Juga dikenali sebagai selsema, penyakit ini menjangkiti pernafasan yang mudah tersebar melalui batuk dan bersin antaranya. Ia juga berupaya untuk merosakkan kesihatan bagi individu yang mempunyai asma, diabetes dan penyakit jantung (Johnson, 2020). Influenza mempunyai empat jenis, dimana Influenza A yang paling popular disusuli pula dengan Influenza B. Kedua-duanya sangat mudah berjangkit.
Walaupun setiap pesakit selsema buat masa sekarang wajar mendapatkan nasihat doktor untuk konsultasi paling tepat, Influenza mempunyai beberapa simtom yang biasa berlaku. Antaranya ialah lemah-lesu, hidung tersumbat, batuk teruk, sakit kepala, sakit tekak, demam dan muntah/cirit. Semua simtom ini juga didapati sering berlaku bagi penyakit bukan Influenza. Jadi sekali lagi diulangkan, sewajarnya mengutamakan nasihat doktor supaya penyakit boleh diper4ngi lebih efektif.
Sebagai negara hutan hujan tropika, Malaysia memang terdedah dengan jangkitan sebegini. Laporan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati terdapat sedikit kenaikan penyakit-penyakit seakan-akan influenza yang menyebabkan jangkitan pernafasan akut sekitar Disember. Namun tahap penyakit ini masih lagi berada dalam keadaan normal, berdasarkan perbandingan dengan tahun-tahun sebelumnya (The Star, 2020). Virus yang ditemui pun asih belum bermutasi menjadi virus baharu. Cuma apa yang KKM sarankan ialah pengawasan terutamanya bagi kanak-akank dibawah umur lima tahun (lebih-lebih lagi yang dijangkiti influenza).
Selain daripada ubat paracetamol, kepala, kaki dan badan pun sepatutnya dituamkan – dan penggunaan NSAIDS perlu dielakkan atas kebarangkalian berlakunya radang di otak. Dan selain pengawasan semasa seperti sanitasi tangan, topeng muka juga disarankan KKM.
Influenza A
Wabak-wabak global seperti selsema burung (H5N1) dan selsema babi (H1N1) berlaku angkara Influenza A yang berupaya untuk menjangkiti manusia dan haiwan. Virus ini dikenalpasti doktor berdasarkan dua protein dimilikinya iaitu hemagglutinin dan neuraminidase.
Influenza B
Virus ini pula kadangkala mencetuskan wabak. Namun keupayaannya untuk bermutasi sebenarnya sangatlah perlahan jika dibandingkan dengan Influenza A. Sungguhpun begitu, 45 negeri di Amerika Syarikat sekarang dibadai dengan arus Influenza B, sebaik sahaja tamatnya Krismas dan Tahun Baharu (Ries, 2020).
Influenza C dan D
Kedua-dua influenza ini tidak menyebabkan penularan wabak. Dan virus D pula hanya menjangkiti lembu sahaja.
Vaksinasi Influenza
Apabila berlakunya kes-kes influenza, terdapat suatu keperluan yang mesti dibenci segelintir orang. Rakyat Malaysia secara keseluruhannya disarankan mendapatkan vaksinasi sebagai langkah pencegahan terhadap influenza. Oleh kerana status influenza yang mudah berjangkitan, vaksinasi sahaja sesuai dijadikan benteng terhadapnya.
RUJUKAN:
Johnson, S. (2020, January 2). Influenza A vs B: What to know. Retrieved from https://www.medicalnewstoday.com/articles/327397.php
The Mount Sinai Hospital / Mount Sinai School of Medicine. (2016, June 27). 2009 swine flu pandemic originated in Mexico, researchers discover. ScienceDaily. Retrieved January 5, 2020 from www.sciencedaily.com/releases/2016/06/160627160935.htm
Ries, J. (2020, January 3). Flu Now Widespread in 45 States, What To Know. Retrieved from https://www.healthline.com/health-news/flu-season-2020-what-to-know
The Star Online. (2019, May 16). 21-year-old student from US has H1N1. Retrieved from https://www.thestar.com.my/news/nation/2009/05/16/21yearold–student-from-us-has-h1n1
The Star Online (2020, January 4). Health Ministry: Slight Increase in Influenza cases but still within normal ranges. Retrieved from https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/01/04/health-ministry-slight-increase-in-influenza-cases-but-still-within-normal-range
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih