Hari ini, kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia digadai, disenda dan dijijak demi kepentingan sekumpulan kecil individu. Cadangan untuk melonggarkan syarat lulus Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi melantik Pegawai Perubatan Kontrak GRED UD 41 telah dikemukakan tanpa sebarang rasa kesal dan malu.
Katanya, ini adalah sebahagian daripada usaha untuk mengatasi masalah pengangguran dan kerugian modal insan dalam proses pembangunan negara, khususnya dalam sektor perubatan. Sebenarnya, kejadian sebegini adalah cerminan sebenar sikap sambil lewa kita dalam mengadai pendirian serta keyakinan tatkala berhadapan dengan masalah. Mereka berkata bahawa langkah ini, kira – kira 300 hingga 400 graduan perubatan yang mendapat pendidikan luar negara dan menduduki peperiksaan O – Level di sekolah antarabangsa dapat menjalani latihan siswazah selama dua tahun dan khidmat di Kementerian Kesihatan selama dua tahun lagi.
Satu demi satu pegangan dan pendirian sudi kita gadaikan demi kepentingan sekelompk kecil masyarakat. Kalau sifirnya begini, sautu hari nanti tuntutan untuk mengiktiraf dan mengadakan Sijil Peperiksaan Bersatu (UEC) pun akan menjadi sesuatu yang sah. Persoalannya, kenapa kita sebagai suatu masyarakat perlu berkompromi dalam soal bahasa, atau memang tiada keadah lain untuk mencapai “KPI – KPI” yang telah ditentukan?
Kedua – dua graduan perubatan yang mendapat pendidikan di luar negara mahupun yang menduduki peperiksaan O Level di sekolah antarabangsa adalah warganegara Malaysia. Kenapa tidak dicadangkan kepada mereka untuk mengambil subjek Bahasa Melayu peringkat SPM pada masa akan datang? Kenapa tidak diusahakan klausa bagi membolehkan mereka membelajari Bahasa Melayu seperti pelajar – pelajar tempatan yang lain? Adakah melonggarkan syarat lulus Bahasa Melayu ini satu – satunya tindakan yang dapat dilaksanakan?
Itulah kita sebenarnya Tuan – tuan dan Puan – Puan sekalian. Kita sentiasa mencari jalan mudah untuk menangani masalah mahupun mencapai “KPI – KPI” yang patut dicapai walaupun dengan mengadai asas – asas fundamental yang menjadikan kita semua rakyat Malaysia. Memang benar Bahasa Inggeris kini menjadi bahasa dunia, memang benar Bahasa Melayu kini tidak sebegitu tinggi nilai komersialnya namun kita semua perlu ingat Bahasa Melayu itulah yang pernah menjadi “Lingua Franca”, menghubungi ratusan ribuan penduduk di sekitar kepulauan nusantara pada suatu ketika. Jikalau dahulu kita berjaya, kenapa tidak sekarang?
Seribu satu persoalan mula timbul dalam diri saya tatkala melihat perkembangan – perkembangan terkini. Bermula dari kenyataan sesetengah individu yang sanggup menyindir dan menghina Bahasa Kebangsaan kita di media sosial, seterusnya ke tindakan – tindakan para pemodal untuk mengetepikan kepentingan Bahasa Kebangsaan dalam industri sehingga ke cadangan dasar / kaedah yang jelas mencerminkan kesanggupan kita untuk membelakangi Bahasa Kebangsaan.
Ramai yang mungkin tertawa dan tertanya “Apa lah penting sangat Bahasa Kebangsaan ini, bukan boleh buat cari nafkah.” Jawapan saya, kalau kamu itu sudah mati jiwa, janganlah pula ingin membunuh jiwa kami. Kamu melihat bahasa sekadar bahasa, saya melihat bahasa itu jiwa. Jiwa yang membentuk sikap, sifat, pemikiran dan hari nurani masyarakat negara ini.
Kamu juga ungkin tertanya, “Tindakan melonggarkan syarat ini adalah untuk graduan perubadatan yang kuantitinya dalam 300 – 400 orang sahaja, apalah 300 – 400 orang mampu memberi kesa?”. Memang benar Tuan – Tuan dan Puan – Puan, 300 – 400 orang ini tidak akan memberi kesan apa – apa namun tindakan ini akan menjadi satu permulaan kepada segala usaha membelakangi Bahasa Kebangsaan kita. Hari ini para graduan perubatan, esok mungkin para graduan kejuteraan, lusa mungkin para graduan pendidikan dan mungkin suatu hari nanti, semua graduan. Hanya sekadar dengan alasan supaya dapat mengatasi masalah pengangguran dan kerugian modal insan. Kita perlu sedar, kita perlu yakin.
Bahasa Kebangsaan adalah asas yang menyatukan kita semua. Kita dari pelbagai latar belakang berbeza dapat bersama – sama kerana Bahasa Kebangsaan. Mungkin isu ini nampak kecil di mata kalian, namun dalam jangka masa panjang, usaha – usaha sebegini yang akan meruntuhkan lagi nilai Bahasa Kebangsaan di sebalik keperibadian kita sebagai rakyat Malaysia.
Bahasa Kabangsaan ini adalah bahasa kepunyaan kita semua. Kita tidak perlu berkompromi dalam soal ini hanya sekadar untuk memenuhi keperluan pasaran mahupun tuntutan dunia. Sesebuah bahasa hanya mampu berkembang maju, memenuhi keperluan setiap laras bahasa yang wujud jikalau bahasa itu diguna sebaik mungkin. Semuanya bermula dengan kita, apa pilihan anda?
Akhir sekali, admin HE ada pesanan yang mahu diselitkan bersama dalam artikel ini.
Kau kena ingat Jepun boleh bangkit jadi kuasa dunia yang menghambat British, Russia, Belanda dan Amerika bukan berpaksikan Bahasa Inggeris tau.
Abbasiyah menjadi lambang zaman keemasan Islam kerana berpaksikan Bahasa Arab iaitu bahasa pribumi Empayar Abbasiyah tau.
Kau juga perlu tahu bahawa Yunani menjadi masyur sebagai kiblat intelektual peradaban dunia selepasnya bukan menggunakan Bahasa Inggeris tetapi Yunani dan Latin.
Kau juga harus tahu, betapa 10, 000 – 15, 000 manuskrip ilmu Melayu yang menanti masa untuk dibongkarkan ialah di dalam Bahasa Melayu tau. Betapa Melaka dan Srivijaya bangkit jadi gemilang kerana Bahasa Melayu tau.
Kesimpulannya ialah, semua bangsa boleh bangkit dengan bahasa ibundanya tersendiri, asalkan betapa bangsa itu mencintai ilmu
BERSAMA MEMARTABATKAN BAHASA KEBANGSAAN.
– Bahasa Jiwa Bangsa –
MATHIS SARAWANAN
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih