Pengurusan pertahanan Amerika Syarikat saban tahun menjadi soalan cepumas. Setiap masa perkara sama ditanya: kenapa banyak sangat? Bila bercakap tentang banyak, bukannya berpuluh-puluh bilion dolar. Sebaliknya, Amerika Syarikat dengan selamba membelanja beratus-ratus bilion yang mana dalam kalangan rakyat mereka pun ramai berasa terkilan.

Dan selalunya topik pertahanan Amerika Syarikat akan mendatangkan hujah: antara sembilan negara yang paling banyak berbelanja dalam ketenteraan, Amerika Syarikat menjuarai carta. Dan digabungkan bajet pertahanan lapan negara menyusul sekalipun masih belum menandingi Amerika Syarikat (Zissimos & Spoehr, 2017).

Amerika Syarikat memerlukan perbelanjaan banyak untuk menguruskan sebuah pasukan yang besar. Operasi ketenteraan Amerika pun terbukti jauh lebih luas berbanding lapan negara lain. Dan mengatakan Amerika lebih berbelanja sebenarnya menunjukkan kelemahan dari segi pemahaman tentang doktrin ketenteraan negara tersebut. Saiz sebuah negara jujurnya tidak begitu memainkan peranan.

China dan Rusia lebih besar berbanding Amerika. Namun secara sosial pula, kedua-dua negara tersebut mengharapkan syarikat-syarikat pengeluar senjata yang dimiliki kerajaan. Mana-mana syarikat swasta yang beroperasi diwajibkan memberikan potongan harga besar jika kerajaan membuat pesanan. Amerika pula mempunyai suatu senarai panjang pengeluar senjata dan kemudahan pertahanan, yang semuanya dimiliki swasta dimana setiap kos ditanggung kerajaan.

Senjata seperti M16 sebagai contohnya dikeluarkan oleh pakatan syarikat Bushmaster, Colt, Daewoo, FN Herstal, General Motors, H&R Firearms, dan Elisco. F-22 Raptor dan F-35 Lightning II yang diagungkan dengan keupayaan pertempvran pelbagai peranan pula dimiliki Lockheed Martin Aeronautics. Jelas sekali sangat berbeza dengan JSC Sukhoi sebagai contohnya, yang kerajaan Rusia sudah gabungkan bersama Mikoyan, Ilyushin, Irkut, Tupolev dan Yakovlev menjadi PJSC United Aircraft Corporation.

Jadi tidak peliklah setiap tahun Amerika mengeluarkan dana melebihi AS$700 bilion, tiga kali ganda lebih banyak berbanding gabungan China dan Rusia. Dan dasar pro-swasta bertunjangkan kapitalisme sahaja bukanlah penentu segala dasar. Jumlah wang diperlukan tidak boleh ditentukan sekelip mata. Pertama seakli, doktrin ketenteraan Amerika perlu difahami secara mendalam terlebih dahulu. Kemudian barulah ancaman negara boleh diteliti.

Kalau tahun 2018-2019, White House memperuntukkan AS$700/716 bilion untuk kegunaan Pentagon. Peruntukan sedemikian dipecah tiga: (a) bajet pertahanan induk, (b) dana operasi overseas contingency (OCO) dan (c) peruntukan perkongsian bersama Jabatan Tenaga berkaitan tenaga/senjata nuklear. Sekali lagi 95%-100% daripada syarikat-syarikat terlibat dimiliki secara swasta.

Selain tiga induk ini, dana AS$700 bilion ini juga mempunyai perkaitan bersama jabatan-jabatan lain seperti Keselamatan Tanah Air (Homeland Security) dan Negara (State). Maka secara gabungan keseluruhan jabatan, tidak pelik kalau AS$1 trilion dituangkan setiap tahun (Harrison & Daniels, 2019). Pada masa yang sama, sub-sektor kemanusiaan seperti kebajikan staf tercedera dan pencen pun diperlukan juga. Lebih penting sekali, sektor kerajaan pun wajib membayar cukai kepada Rizab Persekutan.

Memandangkan rakyat mula berasa terkilan, ahli-ahli politik mula dipengaruhi sentimen sosial dan berdebat tentang perbelanjaan ketenteraan. Namun tiada ramai pun dalam Kongres tidak kira daripada parta mana yang nekad untuk mengurangkan perbelanjaan. Amerika Syarikat pertama sekali mengamalkan strategi utama bahawa “untuk menjaminkan keamanan, kekacauan perlu diuruskan.” Pendekatan ini digelar primacy, dimana dunia wajib diselamatkan untuk menyelmatkan negara. Maka sebab itu juga mereka bergiat aktif sambil menyebarkan demokrasi, mencantas persaingan (kalau negara musuh ada nuklear) dan menggunakan sekatan ekonomi.

Mana mungkin pendekatan sebegini boleh dijayakan dengan perbelanjaan cukup-cukup makan. Berdasarkan perjanjian-perjanjian pertahanan dengan negara lain, Amerika Syarikat juga diwajibkan mempertahankan kedaulatan 25% daripada populasi dunia (Taylor, 2015). Sebanyak 11 negara berada dibawah naungan pertahanan Amerika secara terus. Penglibatan di TImur Tengah pun telah menelankan perbelanjaan tinggi, seperti Afghanistan dan Iraq. Mungkin suatu masa dahulu perbelanjaan tersebut tidak dihiraukan pun. Namun apabila bebanan hutang negara mencecah AS$20 trilion, semuanya berubah.

Oleh kerana ketiadaan sistem penjagaan kesihatan universal dan juga pendidikan percuma, rakyat mula berasa tersisih dan didiskriminasi dasar kerajaan sendiri. Sebagai negara paling kaya di dunia, rakyat sangat mudah untuk menjadi fakir. Premium hospital dan pendidikan pun sudah melampau, terutamanya jika tiada insurans medikal. Jadi dengan perubahan ekosistem sosial, pengaruh politik sudah mula mempersoalkan kepentingan berbelanja sebegitu besar bagi sektor pertahanan.

Antara ahli politik yang ghairah untuk mengurangkan perbelanjaan ialah Bernie Sanders. Analisis ekonomi daripada pihak ketiga, terutamanya Institute for Spending Reform menyediakan suatu senarai panjang cadangan untuk menjimatkan bajet Pentagon sambil menambahbaikkan keupayaannya.

Namun jelas dan nyata – untuk mengurangkan perbelanjaan, Amerika perlu merombak semula dasar luar negara berdasarkan kepentingan, keutamaan dan strategi.

RUJUKAN:

Harrison, T. & Daniels, S.P. (2019). Analysis of the FY 2019 Defense Budget. Retrieved from https://csis-prod.s3.amazonaws.com/s3fs-public/publication/180917_Harrison_DefenseBudget2019.pdf?uUH.v7t_nXrNnkX01631tlu7IGamFIe9

Taylor, A. (2015, May 30). Map: The U.S. is bound by treaties to defend a quarter of humanity. Retrieved from https://www.washingtonpost.com/news/worldviews/wp/2015/05/30/map-the-u-s-is-bound-by-treaties-to-defend-a-quarter-of-humanity/

Zissimos, R. & Spoehr, T.W. (2017, July 12). Putting Defense Spending in Context: Simple Comparisons Are Inadequate. Retrieved from https://www.heritage.org/sites/default/files/2017-07/BG3229_0.pdf

 

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.