“Your Villain, My Hero”
Dua hari lepas, ada perlawanan bola sepak Euro 2020 (peringkat kumpulan) antara England dan Kosovo. England belasah Kosovo 4-0. Yang peliknya, penyokong Kosovo bukan saja tak merusuh atau menurunkan hujan botol, malah siap angkat placard bendera England mengucap terima kasih kepada England.
Demi menyambut kedatangan pasukan England, ibu kota Kosovo iaitu Pristina dipenuhi dengan bendera England dan banner “Welcome & Respect”. Benda macam tu tak akan berlaku kat pasukan Malaysia yang mengunjungi Indonesia, dan jarang berlaku di mana-mana negara pun.
Nak faham kenapa orang Kosovo begitu taksub dengan England atau UK (England + Wales + Scotland + Northern Ireland = UK), kena tahu sejarah Perang Kosovo tahun 1998-1999.
Perang Kosovo ialah konflik yang meletus antara Yugoslavia (kini bertukar nama jadi Serbia) dan Kosovo Liberation Army (KLA), separatis yang menuntut kemerdekaan Kosovo daripada Yugoslavia. Majoriti penduduk Kosovo ialah kaum Albania, jadi mereka nak ikut jejak Slovenia (majoriti kaum Slovene), Croatia (majoriti Croat) dan Bosnia & Herzegovina (majoriti Bosniak) yang mencapai kemerdekaan daripada Yugoslavia yang didominasi oleh kaum Serb.
Serb ni kalau perang akan jadi gila sikit, jadi apa yang berlaku di Bosnia juga dikatakan berlaku di Kosovo. Tapi negara kuasa besar di Eropah tak berapa nak campur tangan. Masa Perang Bosnia, negara-negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) pun hanya bertindak selepas berlakunya serangan Serb ke atas PBB di Srebrenica.
Tapi untuk kes Kosovo, UK telah bersuara dari awal. Tony Blair yang baru dilantik sebagai PM UK pada 1997 bersungguh-sungguh melobi negara NATO yang lain termasuk US untuk bercampur tangan dalam Kosovo. Masa Perang Bosnia, Blair belum jadi PM, jadi Blair guna kes Bosnia sebagai modal untuk justify campur tangan, demi mengelakkan Kosovo ditimpa nasib yang sama macam Bosnia.
Hasil daripada pujukan Blair, akhirnya NATO melakukan serangan udara ke atas Yugoslavia bermula 24 Mac 1999 (boleh baca secara lanjut di sini: https://www.facebook.com/ayman.rashdan.wong/posts/10210703159334742). Selepas 78 hari, akhirnya tentera Yugoslavia berundur daripada Kosovo. Selepas Kosovo mengisytiharkan kemerdekaan pada tahun 2008, UK ialah antara negara pertama yang mengiktiraf Kosovo dan mendirikan kedutaan di Pristina.
Jadi sebab itu orang Kosovo rasa terhutang budi yang teramat kepada UK, US dan juga Tony Blair. Sampai ramai orang Kosovo menamakan anak mereka “Tonibler”. Di Pristina juga terdapat tugu Presiden US waktu tu, Bill Clinton yang didirikan sebagai peringatan “jasa” US berganding bahu dengan UK untuk “membebaskan” Kosovo daripada Yugoslavia.
Of course, UK bantu Kosovo bukan atas dasar kemanusiaan semata-mata. Yugoslavia/Serbia ialah adik kecil Russia, membantu Kosovo merdeka akan menjadikan Kosovo sebagai sekutu tegar dalam segala percaturan against Russia. Kira Blair ni power juga game geopolitik dia, sebelum hubungan Russia dan NATO jadi teruk pada era Putin, dia dah bela macai siap-siap. Sama macam sokongan yang UK berikan kepada Greece pada 1820-an untuk merdeka daripada Turki Uthmaniyyah. Greece rasa terhutang budi dengan UK, jadi apabila berlaku Perang Dunia Pertama (1914-1918) 90 tahun kemudian, Greece jadi kunci UK menentang Uthmaniyyah yang menyebelahi Jerman.
Sanjungan orang Kosovo terhadap US/UK ni agak rare sebab selalunya, US dan UK dipandang sebagai “imperialis” dan “penjajah”. Tapi di pelusuk dunia tertentu macam di Kosovo, US dan UK dipandang sebagai “hero”. Di Iraq pun, walaupun US umum dipandang sebagai “penceroboh”, tapi bagi kaum seperti Kurd yang sudah lama ditindas oleh Saddam Hussein, US ni hero besar yang membebaskan mereka.
Jadi untuk memahami politik antarabangsa, kita perlu berfikiran secara “relativist”: apa yang negara A suka, tak semestinya negara B suka; “hero” bagi negara A mungkin “villain” bagi negara B, “villain” bagi negara B mungkin “hero” bagi negara A dan C. Benda macam ni mungkin agak sukar dihadam oleh orang yang dah biasa berfikir secara “binary” (“hitam vs. putih”), tapi itulah realiti politik antarabangsa (dan segala jenis politik).
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih