Menjelang perlawan diantara Malaysia dan Indonesia pada malam ini, marilah kita lihat antara perseteruan hangat dunia bolasepak bahagian antarabangsa. Bermula dari permulaan pertama dalam laga England dan Scotland pada tanggal 30 November, 1872, hinggalah sekarang, bola sepak merupakan instrumen nasionalisme lembut yang memberikan ‘kepuasaan’ kepada negara yang menang.
Hakikatnya bolasepak juga merupakan salah satu punca berlakunya perang diantara negara pada 14 Julai melibatkan El Salvador dan Honduras, dinamakan Perang Bolasepak atau ‘Football War’ dalam Bahasa Inggeris. Ia tercetus dek kerana kedua negara saling menang di ibu kota masing masing dalam Peringkat Kelayakan Piala Dunia 1970, ia juseru memberikan tekanan tinggi kepada rakyat yang sudah pun ketika itu dibelenggu masalah politik antara negara.
Perseteruan dahsyat juga terjadi diantara England dan Ireland di 15 Februari, 1995, dimana perlawanan persahabatan bertukar menjadi ‘perseteruan’ selepas penyokong England, yang ada kaitan dengan kumpulan Neo-Nazi merusuh dan menyerang penyokong Ireland di Dublin, Lansdowne. Ia disebut sebagai ‘Rusuhan Bolasepak Jalan Lansdowne’ atau ‘Lansdowne Road Football Riot’. Media Inggeris dan Ireland saling bercakaran di peristiwa itu namun rata-rata pihak permehati lebih salahkan England yang mencetuskan ‘stigma lama’ bila menentang Ireland. Algeria dan Mesir juga dikrekodkan saling adu domba di 2009.
Namun perseteruan diatas ini semua merupakan ‘sekali tembak’ yang berlaku di dalam dan luar padang. Perseteruan yang lebih hebat dan lama justru terjadi diantara negara yang lebih dekat pertalianya atau rumpun bangsa. Paling menarik tumpuan adalah Malaysia vs Indonesia, seteru abadi yang sentiasa panas sejak pertama kali bertemu pada Pestabola Merdeka 1957, 7 September.
Malaysia Vs Indonesia: Salasilah Perseteruan
Perseteruan paling dahsyat di Asia Tenggara yang beberapa kali juga diperhatikan media antarabangsa. Bermula dari tertubuhnya kedua buah negara sampailah ke era moden. Dua negara serumpun ini selalu bertelagah megenai budaya dan politik dan tidak terlepas juga dari kancah sukan.
Dari mulanya Pestabola Merdeka 1957 yang menyaksikan Indonesia tewaskan Malaysia 2-4 di Kuala Lumpur hingga ke Piala AFF Bawah 19 Tahun di Gelora Delta Sidoarjo dimana Malaysia singkirkan Indonesia di separuh akhir dalam sepakan penalti, Malaysia muncul juara di pentas akhir tundukkan Myanmar.
Sejarah Bolasepak Malaysia dan Indonesia begitu terikat. Kedua negara yang juga ‘faham’ bahasa satu sama, menjadi punca selalunya tekanan emosi di tahap tertinggi ketika perlawanan tak kira peringkat sebuah kejuaraan ataupun lokasinya. Ia sentiasa panas dengan ‘nyanyian-nyanyian’ membawa sindiran dan provokasi hinggalah terjahan terjahan yang memancing emosi kedua penyokong Alam Melayu.
Ia semakin memburuk dengan provokasi provokasi dari media Indonesia yang lebih liberal berbanding Malaysia yang lebih menapis. Sering, tajuk dari Garuda berbunyi ‘Lawan Malaysia, Pemain Dingatkan Harga Mati!’ yang membakar nasionalisme NKRI. Di pihak Malaysia, provokasi lebih terhad di alam maya yang kemudianya diterjemah melalui ‘aksi’ di stadium. Kedua negara juga mempunyai ‘Ultras’ atau penyokong fanatik, yang saling tidak mengalah dan menyerah walaupun masa menuju ke penamat.
Gempar di tahun 2010 apabila Malaysia berjaya menerkam Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil yang ketika itu, dibanjiri oleh pemnat Indonesia baik dari pelancong mahupun perkerja permit di seluruh Malaya. Alkisahnya berbeza ketika di peringkat kumpulan dimana Malaysia dibelasah Indonesia 5-1, bermula dari gol Norshahrul Idlan Talaha yang menaikkan angin pemain Indonesia. Penjaga gol Malaysia Sharbinee Alawi menjadi mangsa titik buta oleh penyerang Indonesia.
Namun itu sama sekali tidak mematahkan semangat Malaysia untuk kejutkan skuad Garuda Jaya di Bukit Jalil apabila Safee Sali dan Ashaari Samsudin, masing masing mencetak gol pantas dengan Safee Sali menyumbat dua melepasi Markus Haris Maulana. Namun perlawanan itu dicemari dengan insiden Laser di minit ke 53. Nyanyian provokasi juga terjadi dari curva Ultras Malaya tetapi ditutupi oleh sorakan peminat biasa.
Perlawanan bersambung hingga ke akhir, tapi kerosakan sudah pun dibuat. Aksi timbal balik di Gelora Bung Karno, Jakarta. Malaysia dan Indonesia sekali lagi bersua untuk menutup cerita Piala AFF Suzuki. Di laga akhir, Malaysia tewas 1-2 kepada Indonesia dengan Safee mencetak gol tunggal yang meranapkan impian Garuda untuk mengapai tropi kejuaraan pertama. Di sini, perseteruan Malaysia-Indonesia bertambah rancak dan Harimau Malaya berdepan detik lebih sukar selepas itu.
Setahun kemudian. Sukan Sea Jakarta-Palembang, pelopor kepada Sukan Asia 2018 di lokasi yang sama, menjadi medan kedua di era 2010an. Malaysia diwarnai dengan sambutan ‘hangat’ penyokong tuan rumah yang menyeksa mental pemain melalui ‘sokong tidak langsung’ kepada mana mana negara yang menentang Team Malaysia.
Di arena Bolasepak paling hangat disorot oleh penyokong Garuda yang hampa di tahun sebelumnya. Harimau Malaya kembali dengan beberapa muka baru yang dipilih Ong Kim Swee. Baddrol Bakhtiar menjadi pewaris Kapten dari Safiq Rahim buat skuad B-23. Pertualangan dimulakan dan medan hijau menjadi saksi akan provokasi paling dahsyat dalam sejarah bolasepak Asia Tenggara, tidak pernah dilihat oleh mana-mana pasukan lagi.
Provokasi melampau Indonesia bermula dari perlawanan pertama diantara dua negara. Malaysia muncul sebagai pemenang kali ini dengan jaringan Syahrul Azwari yang mendiamkan penyokong tuan rumah ketika itu. Buat pertama kalinya juga Malaysia berada diatas Indonesia di dalam saingan kumpulan selepas kekecewaan di AFF Suzuki 2010 yang sekadar naib juara. Namun segala titik tolak berlaku di sini apabila Malaysia meneruskan rentak cemerlang sampai ke akhir perlawanan yang sekali lagi menemukan dua musuh tradisi di pentas penentu juara.
Namun kisah buruk melanda Harimau Muda apabila terpaksa menaiki kereta perisai Barrakuda dari hotel hinggalah ke gelangang keramat Indonesia, Gelora Bung Karno, dinamakan selepas tokoh yang melancarkan ‘Ganyang Malaysia’ ketika era Konfrontasi. Dengan nama stadium itu sahaja boleh merasuk para penyokong Indonesia membenci Malaysia dan menunjukkan semangat luar biasa di lapangan hijau.
Selepas tibanya skuad Harimau Muda bagi menyiapkan diri menentang Garuda Muda. Penyokong Indonesia mula mengepung bas-bas penyokong-pemain Malaysia yang sudah siap sedia untuk memasuki stadium. Detik cemas berlaku apabila Ultras Malaya diredah oleh fanatik Indonesia, namun tidak ada kecelakaan serius yang terjadi.
Akan tetapi bas penyokong dan pemain Malaysia harus masuk terus ke dalam padang stadium dan semua diarahkan untuk berlari terus ke tempat yang di khaskan untuk masing masing dengan pemain-pemain terus ke dalam padang dan penyokong dikawal rapi supaya selamat ke bahagian khas penyokong Away. Tiba masa perlawanan. Istiadat Lagu Kebangsaan bermula, dan di detik inilah, buat pertama kalinya dalam sejarah Bolasepak dan Negara Malaysia, Negaraku dihina di kandang asing. Sorakan boo menggegarkan stadium Sukarno yang jelas masih dihantui sentimen ‘Ganyang Malaysia’.
Penyokong dan pemain Malaysia langsung tidak hiraukan provokasi tersebut, mereka nyanyikan Negaraku dengan sepenuh hati dan jiwa bagi menunjukkan rasa patriotisme dan Hormat bagi negara Federasi Malaysia. Sedikitpun tidak megentarkan jiwa mereka yang dikelilingi hampir keseluruhan penyokong fanatik Indonesia dari Sabang sampai Merauke, dari Aceh United FC ke Persipura Jayapura. Penyokong terhad Malaysia menafikan kesemua ketakutan itu dengan ‘sepele’.
Perlawanan diheret ke penalti hasil dari gol Gunawan Dwi Cahyo dan Tandukkan Bumi Asraruddin Putra Omar. Ketegangan memuncak dengan provokasi dari Indonesia semakin bising bila giliran Malaysia mengambil sepakan. Terus dan terus, Malaysia berjaya tambah defisit buat Indonesia apabila sepakan Gunawan Dwi Cahyo ditampan Khairul Fahmi Che Mat ‘Apek’. Kapten Baddrol Bakhtiar menjadi algojo terakhir untuk memastikan Indonesia tewas di kandang sendiri buat kali ketiga berturut turut di tangan Malaysia, yang juga menjadi juara kali kedua di bumi Jawa. Negaraku tidak lagi dikacau oleh penyokong tegar NKRI.
2012 menghantar kedua negara bertemu sekali lagi. Kali ini Malaysia gah menjadi naib juara kumpulan selepas tewas dalam bilangan gol dengan Singapura. Perlawanan kumpulan B dimana Malaysia menjadi hos baginya menyaksikan Indonesia tersingkir dengan tragis.
Ini kerana ia tewas di kandang yang menyumpahnya di tahun 2010 dan juga buat pertama kali dalam sejarah moden, terkeluar di peringkat kumpulan, lebih parah, di kaki Malaysiia. Perlawanan penentuan itu juga dicemari dengan sorakan ‘Indonesia Itu A*****’ oleh Ultras Malaya yang mengimbau memori pahit 2011 di Gelora Bung Karno akibat dihina oleh Ultras Garuda yang melampaui batas.
2013 Malaysia dan Indonesia bersua di tiga pertandingan. AFF U16 bermula dahulu dengan Malaysia seri 0-0 di perlawanan keempat Harimau Muda. Namun dengan secara keseluruhan baki perlawanan yang dimenangi Malaysia, ia dipastikan menjadi juara kumpulan selepas terikat 8 mata bersama Garuda Muda. Selang seli ke permainan akhir.
Sekali lagi kedua negara musuh ‘bebuyutan’ ini bertemu untuk meraih gelaran juara, kedua negara ini masih lagi tidak menjuarai pertandingan kategori umur tersebut. Indonesia bermula garang dengan gol oleh Gatot minit ke 28. Perlawanan seakan menunjukkan bahwa Indonesia ialah juara sulung buat kali ini akan tetapi Harimau Malaya di hadiahkan sepakan penalti di minit ke 89, hasil kesalahan pemain pertahanan Indonesia. Shahrul Adnan menjadi penyelamat dengan tendangan memasuki gawang Indonesia dengan tepat. Perlawanan diheret ke masa tambahan sebelum Wayang Kesatria Penalti. Malaysia kini berdepan episod sama seperti Sukan Sea 2011 namun tanpa penyokong besar Indonesia yang fanatik.
Nasib malang menimpa Malaysia apabila permulaannya buruk dengan 3 pemain tidak dapat melaksanakan tugas mereka. Hafiy Ghaffar dan Imran masing masing tidak dapat menewaskan penjaga gol Indonesia. Nasib menyebelahi Malaysia apabila Radja juga gagal menyempurnakan sepakanya, jikalau tidak, Garuda Muda sudah pasti akan menjadi juara. 3 lagi pemain Indonesia turut gagal dalam persembahan algojo mereka, dan tendangan akhir dari sang penjaga gol. yang juga wira Sukan Sea 2017, Mohammad Haziq Nadzli, memusnahkan impian Indonesia sekali lagi untuk merasa kejuaraan.
Di kejohanan berikutnya, Malaysia B19 turun berdepan Indonesia pada di Gelora Delta Sidoarjo, venue yang sama bagi kejohanan 2018 di mana Malaysia begelar juara. Namun di edisi ini Malaysia harus akur hanya sekadar seri dengan Indonesia hasil 1-1 dan dipastikan tersingkir selepas beza dua mata bersama Indonesia. Indonesia menjuarai piala tersebut buat pertama kalinya.
Di Sukan Sea 2013, Malaysia berdepan Indonesia di Myanmar. Laluan kedua negara berbeza sama sekali. Ini kerana Malaysia muncul juara kumpulan A manakala Indonesia sekadar naib juara mengiringi Thailand. Di separuh akhir, drama yang sama berulang selepas Harimau dan Garuda Muda seri terikat, dengan Bayu Gatra menerkam di babak pertama, dan Thamil Arasu jadi penyelamat Malaysia di babak kedua. Terus, waktu tambahan di mainkan sebelum wayang penalty.
Malang sekali Malaysia dikalahkan selepas wira minit akhir Thamil Arasu dan Shahrul Saad gagal menyempurnakan sepakan mereka. Harapan seolah diberikan selepas Manahati Lestusen juga gagal di tendangan ketiga namun selebihnya Indonesia berjaya memasukkan bola mereka. Buat pertama kalinya Malaysia tewas di tangan Indonesia dalam aksi penalti dan tersingkir. Lebih parah, kalah di tangan Singapura bagi tempat 3/4. Indonesia pula terlepas peluang untuk tamatkan kemarau selepas tewas 1-0 di tangan Thailand.
2017 Malaysia dan Indonesia bertemu lagi di Sukan Sea. Kali ini di hoskan di Malaysia dan Bukit Jalil menjadi saksi bagi seluruh pecinta Bolasepak tanah air dan warga asing. Indonesia, yang telah dibelasah sebelum itu di peringkat kelayakan AFC B16 dan 19, ingin membalas dendam terhadap Malaysia di hadapan penyokong tuan rumah.
Insiden bendera terbalik dan penarikan diri skuad Sepak Takraw puterinya juga mengundang sentimen 2011 yang membakar semangat. Malaysia justeru berdepan terkekan keinginan peminat untuk baham Indonsia selepas cemerlang di peringkat kumpulan. Perlawanan berlangsung sengit dengan Indonesia bermula rancak dengan serangan. Evan Dimas dan rakan-rakanya Berjaya menkotak katik kan barisan Malaysia dan penyokongnya.
Namun nasib sekali lagi menyebelahi Malaysia apabila tandukkan wira N. Thanabalan, berjaya menembusi gawang Garuda Muda dan perlawanan berakhir dengan emosi, tangisan, serta duka lara bagi penyokong Indonesia. Kekalahan ketiga berturut turut di tangan Malaysia dalam hanya masa satu tahun.
Meski memperoleh pemain pemain berbakat. Indonesia sering tewas secara epik di tangan Harimau Muda. Media Indonesia soroti kekalahan berikut sebagai ‘heroik dan memuji Satria Tama, penjaga gol Indonesia yang beraksi cemerlang manampan bola-bola Malaysia. Namun begitu. Malaysia bernasib malang apabila berjumpa Thailand apabila Haziq Nadzli tertampan ke dalam gol sendiri, justru Malaysia kempunan di tangan Thailand, ‘Seteru Badi’ Harimau Malaya sekian lama.
2018 menjadi medan terbesar buat kedua negara apabila Sukan Asia Jakarta-Palembang bersiap untuk terima atlit di seluruh pelusuk Asia. Malaysia dan Indonesia, seteru abadi sejak merdeka, bahkan dari zaman Melaka dan Majapahit, bersua bagaikan perang. Di Surabaya, pemain dan staf Malaysia dihujani botol dan batu selepas menewaskan ‘Timnas’ Indonesia di drama penalti sekali lagi.
Di Kejohanan Bawah 16, pertembungan Malaysia-Indonesia kembali bersua, dengan Malaysia sekali lagi ingin mencipta ‘kepedihan’ kepada skuad Garuda Muda. Dalam perlawanan ini, sayang Malaysia terpaksa akur apabila kesilapan di lewat masa membawa padah apabila Indonesia dihadiahkan sepakan penalti.
Dengan bergaya, pemain Indonesia Bagus Kahfi menyempurnakan tendangannya di minit ke 72, justru menghantar Malaysia ke perlawanan tempat ketiga bersama dengan Myanmar. Malaysia tamatkan kempen di tempat ketiga apabila berjaya menewaskan Myanmar dengan 1-0, hasil dari jaringan Alif Daniel di minit-minit penghujung permainan.
Di Sukan Asia 2018. Malaysia dan Indonesia tidak bersemuka namun ‘bahang’ tuan rumah terhadap pasukan ‘paling dibenci’ mereka yaitu Malaysia bertanding di kumpulan E bersama-sama dengan Korea Selatan, Bahrain dan Kyrgyzstan. Sukan Asia ini juga menyaksikan ‘jaguh’ siber Malaysia, Indonesia dan Vietnam berperang bagi maruah masing-masing.
Indonesia juga dikecam akibat memberi padang latihan buruk kepada Malaysia dan Vietnam, justeru membangkitkan persoalan ‘tidak adil’ dalam layanan terhadap dua pasukan Asia Tenggara yang bertanding dalam edisi kali ini. Apa yang menariknya, selepas menjadi juara kumpulan masing-masing. Malaysia dan Indonesia tunduk di peringkat Suku Akhir, dengan Indonesia tewas dalam aksi penalti menentang UAE, dan Malaysia pula, disingkirkan pasukan Jepun akibat penalti minit akhir juga dari kesilapan Dominic Tan.
Pada tahun ini, tanggal 17 Ogos, Malaysia bertemu dengan Indonesia pada tarikh keramat ‘Negara Kesatuan Republik Indonesia’, bulan kemerdekaan bagi Indonesia dan Malaysia. Sudah pasti kedua pasukan ingin menghadiahkan kemenangan berprestij ‘Derbi Alam Melayu’ bagi hari kebebasan masing-masing. Indonesia akan cuba sedaya upaya bagi mengelakkan ‘Malapetaka Agustus’, dan bagi Malaysia, untuk mempertahankan maruah yang dipertaruhkan.
Ternyata Malaysia sekali lagi gah dalam perlawanan ini. Berjaya menewaskan Indonesia hasil dari jaringan Aiman Afif, Luqman Hakim, dan Harith Haiqal Adam (dua kali, minit akhir beliau menjadi wira pada masa tambahan). Indonesia yang dibarisi Bagas dan Bagus Kahfi, gagal untuk mara ke peringkat seterusnya.
Skuad asuhan Brad Maloney bagaimanapun tewas kepada Australia dalam penentuan kejuaraan dengan kekalahan 0-1. Apa pun ia tetap menjadi kemenangan manis buat Harimau Muda dalam membaham Garuda Muda di separuh akhir, yang cukup epik perlawanannya. Keputusan itu diingati dengan kata-kata ‘Salam 4-3’ bagi rata-rata penyokong Malaysia.
Insiden 5 September, Kelayakkan Piala Dunia 2022
Kemenangan Malaysia di AFF B-18 menentang Indonesia sudah pasti mengundang kecewa dan rasa marah penyokong Indonesia terhadap bukan sahaja PSSI, tapi juga Skuad Kebangsaan kerana dianggap menjadi ‘penghalang’ terbesar negara Republik itu dalam merangkul kejuaraan dalam sukan Bola Sepak. Apa taknya, tiap kali berjumpa Malaysia, pasti tewas pada minit-minit akhir.
Lantas daripada itu, Kelayakkan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023. Teras penyokong Indonesia, ‘Ultras Garuda’, ingin membalas dendam terhadap kekalahan pahit ini dengan taktik psikologi yang boleh dikatakan amat keji, dan sungguh tidak bertamadun sekali. Apa yang terjadi lebih teruk berbanding Sukan Sea 2011 dimana provokasi ketika Lagu Negaraku dimainkan, dilakukan oleh penyokong Indonesia.
Faktor kawalan keselamatan juga menjadi topik hangat dikalangan ruang maya rakyat Malaysia, terutama apabila insiden-insiden berprofil tinggi yang menyebabkan kematian penyokong kelab bola Indonesia terjadi, dengan kes Haringga Sirla menjadi rujukan utama.
Menuju kepada pra-perlawanan. Bukan sahaja para pemain Malaysia di-psikokan, malah, penyokong Malaysia yang bertandang ke Gelora Bung Karno, stadium keramat tokoh ‘Ganyang Malaysia’, turut diserang diluar stadium. Pekikan ‘Malaysia Anj*ng’ ‘Maling**a’, dan banyak lagi yang mungkin pahlawan kekunci negara biasa lihat di alam maya didengari.
Tak ketinggalan, ‘batu’ juga dihadiahkan oleh Ultras Garuda dan sekutunya kepada Malaysia di kawasan masuk ke stadium. Seperti kata salah seorang saksi penyokong Malaysia, yakni Iyzat Hamdan. ‘’Kita tahu Malaysia macam mana. Kita tahu Indonesia macam mana. Suasana ini hanya boleh didapti di Jakarta sahaja’’. Jakarta adalah ‘Belgrade’ untuk Malaysia sebagaimana penyokong Croatia rasakan ketika Kelayakkan Piala Dunia 2014 pada tahun 2013.
Sejurus selepas semuanya selesai diluar stadium. Perlawanan pun sedia untuk dimulai. Pada pukul 8:45 malam waktu Malaysia, ia bermula, Negaraku dimainkan dan sekali lagi, gegak gempita penyokong Indonesia didengari dalam usaha mereka ‘menggangu’ fokus dan semangat pemain Malaysia.
Namun suara para penyokong Malaysia terus bergema, tidak hiraukan provokasi Indonesia. Sehabis sesi upacara lagu kebangsaan. Tifo ‘F*ck You Losers’ dibentangkan oleh Ultras Garuda, yang ditujukan kepada para pemain Malaysia dan penyokongnya. Tapi mungkinkah ini detik karma buat mereka?
Bermulanya perlawanan. Malaysia mengasak kubu Indonesia dengan larian-larian ‘over-lapping’ yang dibuat oleh Sumareh dan Brendan ‘Top’ Gan. Serangan demi serangan ditampilkan namun disekat di luar kotak penalti. Indonesia membuka peluang mereka dengan jaringan Beto Goncalves pada minit ke 11, rembatan padu menerjah gawang Farizal Marlias. Malaysia bangkit pada minit ke 36 apabila pemain gentian Sumareh membuat larian cantik dan berjaya membuat ‘gol lintasan’ ke penjuru tiang yang melantun ke dalam gawang. 1-1 di separuh masa pertama
Separuh masa kedua. Malaysia dan Indonesia sama-sama seimbang dalam gerakan dan juga tendangan ke pintu gol. Namun Indonesia sekali lagi dihadapan apabila Beto Goncalves, yang berjaya melepasi ‘marking’ pemain Malaysia, melepaskan rembatan luar kotak penalti yang gagal ditepis Kapten Farizal Marlias. Jeritan keseronokan meletup di GBK, dan Indonesia, semakin yakin dalam misi tiga mata mereka dalam kempen pembukaan Kumpulan G. Tidak semudah itu, mas!
Di minit ke 65, Syafiq Ahmad memberikan tandukan padu apabila bola yang ditendang oleh pemain Malaysia dari sepakan penjuru ‘tersangkut’ di bahagian garisan apabila ditepis Andritany Ardhiyasa. Para pemain Malaysia mendakwa bola sudah terkena tangan. Bola dikeluar namun dapat semula pada Malaysia, dan akhir hantaran lintang oleh Safawi Rasid menuju tepat ke kepala Syafiq Ahmad. GBK terdiam, dengan suara penyokong Malaysia membingitkan suasana. Malaysia 2, Indonesia 2.
Menuju ke masa kecederaan. Dua-dua pihak tampak sudah letih, dan para pemain Indonesia, yang terkesima dengan serangan dalam padang oleh puak militant bola dari Ultras Garuda. Sudah semakin hilang tumpuan dan arah. Mentaliti jatuh. Kelebihan kepada Malaysia dalam menyusun serangan akhir.
Ya! Ia membuahkan hasil apabila ‘Serangan Umum’ terkahir yang diketuai Brendan Gan memperkotak-katikan barisan pertahan Indonesia yang menyaksikan beliau memberi bola ke Matthew Davies, dan Davies berikan pada Sumareh. Dengan satu ‘libasan’. Bola memasuki gawang Indonesia di minit ke 96, Andritany tak terdaya, begitu juga para pemain Indonesia yang kemudian terlentang di rumput hijau. Kecewa teramat satu mata dirampas pada saat-saat akhir.
Wisel penamat kemudian ditiupkan, dan Malaysia berjaya mengakhiri badi bertahun lamanya di Gelora Bung Karno dengan kemenangan yang cukup manis dan berprofil tinggi di laman Sang Garuda. 2-3 menjadi igauan ngeri para penyokong Indonesia, dan disini, ‘neraka sudah tiba’ buat situasi di dalam dan luar stadium. Suatu insiden yang akan diingat oleh rakyat Malaysia, dengan ia dianamakan ‘Peristiwa 5 September, dua ribu sembilan belas, 6 Muharram, 1441 AH’.
Keadaan semakin getir apabila penyokong Indonesia mula membaling objek, dan botol yang didakwa berisi air kencing. Laungan provokasi juga semakin kuat, dan ‘terjahan’ terhadap kawasan penyokong Malaysia. Saksi mengatakan ia seperti ‘perang’, dan salah satu insiden paling ganas merwarnai bola sepak di Asia Tenggara setakat ini. Media Malaysia pula terkejut, mana tak nya, layanan ‘serumpun’ ditagih, akan tetapi batu dan air kencing menjadi sambutan kepada rakyat Malaysia.
Pasca insiden, 2 penyokong Malaysia disahkan cedera, dan dikejarkan ke hospital terdekat. Penyokong Malaysia yang lain terpaksa menunggu berjam-jam sebelum diberi lampu hijau oleh Polis Republik Indonesia untuk keluar dari stadium dengan selamat. Para pemain Malaysia pula sekali lagi ‘berjumpa’ dengan Barracuda, kereta perisai Indonesia yang pernah jadi bualan hangat rakyat tempatan pada AFF Suzuki 2010 dan Sukan Sea 2011. Mat Yo dan Tan Cheng Hoe yang pernah berhadapan dengan 2 situasi getir tersebut sebagai veteran di dalam skuad Malaysia ini.
Insiden ini turut mendapat perhatian kerajaan kedua-dua negara. Dengan Menteri Belia dan Sukan Indonesia, Imam Nahrawi meminta maaf kepada Malaysia. FAM pula melaporkan insiden ini ke FIFA (yang diakhiri dengan dendan minima dan tiada pengantungan penyokong untuk Indonesia).
Tamat kisah di GBK. Meninggalkan seribu satu memori pasukan Malaysia.
Sekarang, hanya berbaki 1 lagi perlawanan pada tahun 2019 sebelum Kelayakan Piala Dunia bersambung tahun hadapan. Malaysia kini menyambut Indonesia di kandang sendiri, di Stadium Nasional Bukit Jalil. Indonesia, dengan 4 kekalahan, sudah pasti bermain tanpa tekanan tapi ‘ditekan’ untuk menang lawan Malaysia. Malaysia, yang semakin bersemangat selepas menundukkan Thailand 2-1 di laman sendiri, tapi sebelum ini berdepan kekalah tipis 1-2 berdepan UAE, dan 1-0 dari Vietnam, harus manfaatkan peluang ini untuk menjadi naib juara kumpulan dengan harapan Vietnam juga kalahkan atau seri berdepan Thailand.
Siapakah akan menjadi pemenang ‘Derbi Alam Melayu’ pada 19 November nanti? Ayuh! Kita berikan sokongan padu pada Skuad Kebangsaan nanti. Kalahkan Sang Garuda! Pukul 8:45, tanggal 19 November akan menentukan segala-galanya bagi kedua seteru ini.
“Dengan negara lain kita boleh kalah, tetapi dengan Indonesia kita tak boleh kalah brader!’’ –Adam Nor Azlin
Rekod pertembungan peringkat senior:
Malaysia menang sebanyak 36 kali
Indonesia menang sebanyak 39 kali
Kedua-dua pasukan seri sebanyak 21 kali
RUJUKAN:
https://ultrasmalaya.wordpress.com/2012/02/22/ultras-malaya-ke-gelora-bung-karno-bahagian-ketiga-akhir/ (Kesaksian di GBK, 2011.)
http://www.goal.com/en-my/news/3891/features/2014/11/24/6660541/flash-back-aff-suzuki-cup-2010 (Refleksi 2010)
https://www.fourfourtwo.com/my/features/asias-biggest-rivalries-malaysian-and-indonesian-intensity (Sejarah Perseteruan)
https://www.fam.org.my/news/malaysia-wins-aff-u16-aya-bank-championship-2013 (Kemenangan 2013)
http://www.astroawani.com/berita-sukan/sukan-sea-meski-tewas-sokongan-masih-teguh-di-belakang-harimau-muda-27239 (Sukan Sea 2013)
https://bolalob.com/read/92782/lecehkan-bendera-indonesia-pemain-malaysia-u-16-dihujani-makian (Media Indonesia dan Perseteruan)
https://dwioktanugroho.wordpress.com/2013/08/15/negara-negara-yang-masih-memiliki-musuh-bebuyutan/ (Kredit Sumber Gambar)
https://www.tribunnews.com/superball/2012/12/02/tersingkir-dari-piala-aff-2012-pembelajaran-bagi-sepakbola-indonesia (Kredit Sumber Gambar 2 dan Laporan 2012, oleh Tribunnews.com)
https://football-tribe.com/asia/2017/08/27/thanabalan-header-secures-sea-games-final-spot-malaysia/ (Kredit Sumber Gambar 3 dan Laporan Sukan Sea 2017, oleh Bola.com)
https://sport.detik.com/sepakbola/liga-indonesia/d-4112114/malaysia-vs-indonesia-berlanjut-ke-adu-penalti (Kredit Sumber Gambar 4, oleh Zabur Karuru, ANTARA)
https://semuanyabola.com/jaguh-siber-indonesia-malaysia-vietnam/ (Perang Jaguh Siber Se-Asean)
http://www.astroawani.com/berita-sukan/menang-ke-atas-korea-selatan-rakyat-malaysia-tidak-bermimpi-183300 (Kesaksian Penyokong Indonesia Menyokong Korea Selatan)
http://www.astroawani.com/berita-dunia/indonesia-mohon-maaf-pada-malaysia-216843 (Indonesia mohon maaf pada Malaysia. Kredit Sumber Gambar 10)
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2019/09/604057/2-penyokong-malaysia-cedera-termasuk-patah-tangan (2 penyokong Malaysia cedera termasuk patah tangan. Kredit Sumber Gambar 11)
https://www.foxsportsasia.com/football/asian-football/fifa-wc-asian-qualifiers/1167975/sumareh-inspires-malaysia-to-stunning-last-gasp-comeback-win-over-indonesia/ (Laporan Perlawanan. Kredit Sumber Gambar 9)
https://semuanyabola.com/penyokong-malaysia-di-gbk-disambut-hujan-batu-oleh-indonesia/ (Serangan diluar stadium oleh penyokong Indonesia)
https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2018/09/477566/peminat-bola-sepak-mati-dipukul-penyokong-lawan (Kes Haringga Sirla)
https://www.11v11.com/teams/indonesia/tab/opposingTeams/opposition/Malaysia/ (Rekod pertembungan Malaysia-Indonesia)
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih