Hari ni ramai orang berborak pasal penapisan (censorship). Puncanya sebab Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) mahu kerajaan campur tangan untuk tapis kandungan Netflix.

Jadi ramailah yang kutuk Ahmad Idham iaitu current chairman FINAS. Ahmad Idham pun tulis tweet cakap konon-kononnya media salah lapor.

Lepas tu ramai pihak cakap yang FINAS ni ketinggalan zaman. Outdated. Obsolete. FINAS tak tahu ke kita selalu ibu bapa boleh kawal kandungan di Netflix. Hanya cerita yang ikut umur anak-anak sahaja yang akan keluar di carian dan juga muka depan Netflix. Cerita macam Naked Director tu takkan keluar la dekat anak kita punya. Yang ada hanyalah Spongebob, Oggy lawan lipas, dan yang sewaktu dengannya.

Logarithm Netflix pulak dah set sesiap hanya drama dan movie yang kena dengan budaya setempat sahaja akan disiarkan. Kalau ada unsur-unsur ekstrim dan sensitif, tak akan dapat di negara kita.

Benda-benda parental control ni dah jadi isu lapuk di negara barat. Sebabnya kerajaan barat mewajibkan setiap produk digital seperti komputer, tablet, telefon, perisian, permainan video, streaming platform, dan lain-lain kena ada setting untuk parental control.

Berapa ramai yang tahu di komputer yang ada windows tu ada setting untuk parental control? Kita boleh tetapkan had tempoh berapa lama komputer anak kita boleh beroperasi dalam satu hari. Bila sampai had masa, komputer akan mati sendiri. Masuk sleep mode.

Video game misalnya ada sticker had umur. Setiap video game perlu melalui tapisan dari ESRB (Entertainment Software Rating Board). Di kulit album muzik pula ada sticker parental advisory sebagai rujukan untuk ibu bapa. Demikian juga dengan produk lain. Kita boleh set sendiri semua benda dengan meletakkan had waktu, had hasil carian, dan had tontonan.

Rumusannya, semua benda hiburan yang dikeluarkan dah ada benda-benda kawalan ni. Orang piteh dah lama kesan benda tu. Siap dengan data kajian lagi (walau sesetengah kajian tu macam bangang). Sebab tu mereka sangat kritikal dengan setiap produk industri hiburan mereka.

Cuma langkah paling efektif untuk elakkan anak kita terpengaruh dengan benda-benda media ni ialah diri kita sendiri selaku orang dewasa yang ada authority ke atas anak-anak. Buatlah setting dan regulation macam mana pun pada produk tapi kita tak main peranan, tak guna jugak. Pada akhirnya, balik kepada ibu bapa sendiri jugak.

Borak pasal penapisan kandungan media ni, aku nak sebut sikit tentang sebuah stesen penyiaran Korea Selatan iaitu Korean Broadcasting System (KBS). Ia sama taraf dengan RTM kalau di tempat kita. Ia dimiliki kerajaan.

Cuma KBS ni advance sikit. Tak lapuk macam RTM kita lah. KBS ni penyiar drama-drama Korea yang femes macam Descendant of The Sun, Dream High, Full House, etc.

KBS ni sangat banyak ban lagu dan artis K-Pop. Punca kena ban pulak bagi kita sangatlah remeh. Macam bodoh pun ada. Tapi mereka memang macam tu. Tegas. Strict.

Antara puncanya ialah tak pakai seatbelt dalam muzik video, sebut nama jenama dalam lirik lagu, vandalisme, merendahkan nilai nyawa manusia, gerakan tarian yang mengghairahkan, etc. Ada satu saat je benda-benda macam tu, seluruh muzik video akan kena ban.

Band-band Kpop macam Blackpink, Exo, Big Bang, etc biasanya menjadi mangsa sebab mereka ni over progresif sangat. Nak tak nak, band tu semua kena ubah video klip lagu atau lirik lagu mereka kalau nak video mereka disiarkan di channel bawah KBS.

Kita boleh je cakap “alah sekarang ada Youtube. Nak hairan apa kalau takleh keluar tv pun. Tetap boleh tengok kat Youtube.”

Itu kita kata sebab kita tak faham industri. Kalau hanya keluar Youtube, yang akan tengok hanyalah budak muda dan hardcore fan. Sebuah band kpop nak kekal relevan untuk jangka masa panjang, kena ada fanbase yang kuat di tempat sendiri. Dan untuk itu hanyalah melalui televisyen.

Kau ingat KBS kisah ke kalau orang awam tak boleh tengok video Blackpink di tv mereka? Langsung tak kisah. Kat Youtube lagu Kill This Love tu berjuta view dalam sehari, tapi KBS kisah ke? Tak kisah. Di sana, KBS lebih besar daripada artis. Bukan artis yang lebih besar daripada KBS. Artis yang kena ikut KBS.

Kesimpulannya, Ahmad Idham ni pengerusi FINAS yang teruk. Banyak lagi isu filem tempatan yang tak setel. Jumlah hari tayangan, dana pembangunan filem, kebajikan kru filem, bilangan filem yang dikeluarkan setiap tahun, penetapan standard filem, dan banyak lagi benda yang Ahmad Idham boleh sibukkan. Duk sibuk hal Netflix pulak.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.