Sang Kelembai ialah makhluk khayalan atau mitos, yang memiliki tubuh yang besar dan tinggi, kuasa menyumpah dan menukarkan benda atau manusia kepada batu. Ia yang menjadi kepercayaan dalam masyarakat Melayu dan di seluruh daerah Nusantara. Si Kelembai memperlihatkan negeri atau daerah berkenaan masih belum dipengaruhi Islam, dengan maksud lain, agama Islam masih belum tiba ke daerah Nusantara ketika mitos ini dikisahkan.
Terdapat beberapa pandangan tentang kewujudan Sang Kelembai. Menurut Harun Mat Piah (2003. Sastera rakyat Malaysia, Indonesia, Negara Brunei Darussalam: Satu Perbandingan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka), Kelembai berasal daripada manusia yang tinggal di daerah hulu negeri Pahang, Semenanjung Malaysia.
Kononnya, ada dua orang adik-beradik, seorang bernama Tak Ong dan adiknya Tatang. Mereka selalu bertarung kerana Tak Ong sentiasa cemburu terhadap kelebihan adiknya Tatang. Pertarungan selalu dimenangi oleh Tatang. Dalam cerita ini sentiasa diperlihatkan kegagahan dan kepintaran Tatang. Antaranya, dia dapat mengubati luka dan penyakit mata abangnya. Dalam perlawanan memanah pula, kedua-dua telinga Tak Ong putus terkena panah Tatang.
Tatang mempunyai sifat gagah perkasa. Seluruh pokok perah di kawasan Pulau Raya dicabutnya kerana anak seorang lelaki dan seorang perempuan mati termakan buah perah. Sehingga kini dikatakan Pulau Raya tiada pokok perah. Mayat anaknya nya dikebumikan di Gunung Tahan. Isteri Tatang meninggal dunia akibat terjatuh ke dalam Sungai Dong ketika melalui sebuah titi untuk menyeberang.
Setelah kematian keluarganya, Tatang atau Sang Kelembai menjadi seorang yang selalu berdukacita. Dia tidak gemar melihat orang bersuka ria. Dia sering sahaja menegur dan menyumpah sesuatu yang dilihatnya menjadi batu.
Pekan Kampung Gajah
Pekan Kampung Gajah di Teluk Intan, Perak mendapat nama daripada batu di kaki Bukit Tunggal yang menyerupai bentuk gajah. Kewujudan batu ini dikatakan kerana gajah yang banyak di situ telah membuat bising dan Sang Kelembai yang tidak suka dengan suasana bising, telah menegur gajah-gajah tersebut. Akibatnya gajah tersebut dikatakan menjadi batu.
Namun demikian sehingga kini , tidak dapat dipastikan kedudukan sebenar batu yang menyerupai gajah di Bukit Tunggal itu.
Dalam masyarakat orang Asli Semai di Kampung Gajah, jika mereka hendak memburu binatang di dalam hutan, sesiapa yang melaluinya tidak boleh sekali-kali menegur atau menyapa. Jika menegur juga, orang Asli tersebut akan kembali semula ke rumah dengan tangan kosong kerana beranggapan hasil buruan tidak akan dapat. Malahan mungkin akan ditegur oleh Sang Kelembai dan menjadi batu.
Masyarakat Melayu tradisional sering mengaitkan sesuatu penyakit atau kejadian dengan alasan yang tidak rasional. Contohnya bentuk batu-batu yang aneh bentuknya dan menyerupai manusia akan dikatakan telah ‘ditegur’ oleh Sang Kelembai akibat melanggar pantang. Masyarakat Melayu tradisional amat tidak gemar akan kanak-kanak yang suka bercakap banyak. Bagi mengunci mulut kanak-kanak petah bercakap ini, mungkin cerita Sang Kelembai direka-reka. Peliknya sumpahan Sang Kelembai tidak pula menjadi emas atau benda-benda yang berharga lain. Hanya menjadi batu.
Well, kepercayaan kepada sumpah boleh membawa kepada syirik dalam Islam, tapi kita kena mempercayai kewujudan makhluk ghaib.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih