Kalau ditanyakan kepada saya, senarai-senarai wanita hebat dalam sejarah, tentunya saya tidak teragak-agak meletakkan Theodora, kisah seorang pelacur, seorang wanita yang dari kelas terendah ketika zaman feudal dahulu, memanjat takhta sehingga namanya dikenang dalam sejarah sebagai wanita besi yang kerana sumbangannya pada Rom Timur atau lebih dikenali sebagai Byzantine. Mari saya perkenalkan kepada anda, isteri kepada maharaja terbaik Byzantine iaitu Justinian The Great atau dikenali juga sebagai Justinian I. Fakta menarik, di bawah Justinian I, empayar Byzantine mencapai zaman kemuncak perluasannya.

Theodora ialah anak kepada seorang seorang pelatih beruang untuk pertunjukkan di Hippodrome, sebuah stadium yang dibina di Byzantine untuk aktiviti seperti lumba kuda, pertunjukkan ala-ala sarkas dan seumpama dengannya. Lahir pada sekitar 500 Masihi di wilayah sekitar Syria, beliau merupakan keturunan Yunani yang populasi berasal di pulau kecil Cyprus. Selepas pemergian ayahnya, Theodora mengabadikan kehidupannya sebagai pelakon, penghibur kaum lelaki (seperti menari dalam keadaan bogel, membenarkan para lelaki yang dihiburkannya memegang bahagian sulitnya), berbuat komedi dan juga dianggap sebagai pelacur kanak-kanak pada waktu itu.

Hanya pada usia 16 tahun barulah Theodora membawa dirinya dari kehidupan awal di rumah pelacuran itu, menuju ke Iskandariah, Mesir lalu menukarkan kepercayaannya kepada ajaran Monophysitism, sejenis mazhab dalam agama Kristian yang mengatakan bahawa Jesus Christ (Nabi Isa) adalah ketuhanan dan kemanusiaan dipersatukan dalam satu kudrat atau “hakikat” tanpa pemisahan, tanpa sebarang kekeliruan dan tanpa alterasi. Mulai situ, Theodora mengumumkan bersara dari kerjaya awalnya dan mula mengembara ke Antioch di Syria, tinggal dengan seorang wanita Macedonia yang disyaki sebagai pengintip.

Kemudian, pada usia 21 tahun, Theodora mengembara pula ke pusat pemerintahan Empayar Byzantine iaitu Konstantinople sebelum bertemu dengan Justinian, bakal suaminya yang merupakan anak petani dari Serbia yang dalam misi untuk membantu pakciknya, Justin I untuk naik ke takhta Byzantine. Apabila Maharaja Justin I mangkat, Justinian dipilih sebagai pewaris. Ketika itu, Justinian I sudahpun berkahwin dengan Theodora. Awalnya, perkahwinan mereka ditentang kerana undang-undang Byzantine ketika itu melarang para bangsawan berkahwin dengan wanita dari kelas bawahan seperti Theodora.

Namun, Justinian I yang memang terkenal kerana jasanya membentuk kembali undang-undang Byzantine ketika itu, dan kodifikasi undang-undang yang dibuat oleh Justinian I masih dipelajari oleh pelajar undang-undang sehingga hari ini. Bahkan, jasa terlihat dalam usaha Theodora dalam mempengaruhi hal kodifikasi undang-undang yang dibuat ialah Justinian I.

Betapa banyak undang-undang baru yang diperkenalkan oleh Justinian I adalah banyak berkisarkan tentang hak-hak wanita seperti hak penceraian, hak kepada mas kahwin,  memastikan bahawa setiap bapa ayam dan pemilik rumah pelacuran tidak lagi membuat duit atas maruah wanita, dan pada kemuncak setiap undang-undang yang diperkenalkan oleh Theodora, rumah-rumah pelacuran berjaya dibasmi dari segenap sudut di Empayar Byzantine.

Bahkan, dalam perjuangannya memperjuangkan hak kaum wanita, Theodora juga membina rumah-rumah istimewa (safe house) untuk para wanita tinggal dalam keadaan aman. Sudah tentu, ini tidak mungkin dicapai kalau tidak kerana statusnya yang sebagai pemerintah bersama Byzantine berjaya Justinian I.

Antara babak-babak yang sangat diingati mengenai Theodora ialah ketika Pemberontakan Nika, di mana ketika itu di Byzantine, terdapat dua paksi politik yang sering bersaing kuasa. Ketika pemberontakan itu berlaku melibatkan dua paksi politik ini, betapa mereka mahu menaikkan maharaja Byzantine yang baru iaitu Anastasius I dan menggulingkan Justinian I.

Pemberontakan jadi tidak terkawal memaksa Justinian untuk meninggalkan Byzantine dan menyembunyikan dirinya di sudut-sudut empayar. Namun, dalam pada ketika itu, betapa Theodora bangkit menentang pemberontak suaminya. Ucapan Theodora masih diingati sehingga ke hari ini di mana dalam persidangan Theodora sahaja yang mahu mempertahankan takhtanya dan menyeru supaya para mereka yang setia dengan Justinian melawan. Dan akhirnya, pemberontakan berjaya ditundukkan oleh Theodora.

Sudah tentu, kisah-kisah yang penuh romantism di atas tidak akan mampu dicapai kalau tidak kerana permainan politik licik Theodora, yang datang dari pembunuhan, pengkhianatan, penderaan, dan seumpama dengannya. Kalau tidak, Theodora tidak akan bergelar sebagai Ms Machiavelli pada zaman moden ini, nama yang diambil daripada seorang tokoh yang terkenal dengan idea realpolitiknya.

RUJUKAN:

James A. S. Evans (2012) The empress Theodora. Partner of Justinian. University Of Texas Press

Duffy, Stella (2010) Theodora: the empress from the brothel. The Guardians.

Irving, Jenny (2013) Theodora: A True Heroine?. Ancient History Ecyclopedia.

Brooklyn Museum. Theodora.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Comments are closed.