Hari ini (7 November) merupakan hari ulang tahun kelahiran Marie Curie. Wanita pertama yang menerima Nobel Prize dan satu-satunya yang menerima dua Nobel Prize bidang berbeza.
Beberapa trivia yang mahu saya kongsikan tentang Marie;
1. Ayahnya seorang ateis dan ibunya seorang katolik. Marie asalnya katolik tetapi menjadi ateis setelah ibunya meninggal kerana dia memohon Tuhan untuk sembuhkan ibunya, tapi tak makbul. Dia jadi ateis bukan sebab sains.
2. Marie pernah bercinta dengan anak majikannya tetapi hubungan mereka tidak direstui kerana status keluarga Marie yang miskin. Semenjak itu dia tidak mahu bercinta dengan sesiapa.
3. Ketika belajar di University of Paris, Marie tinggal di loteng rumah (kawasan atap bumbung) yang begitu teruk keadaannya. Beliau selalu tak cukup makan, kadangkala sampai kebuluran. Marie sentiasa berbekalkan biskut dan teh untuk makanan hariannya.
4. Marie mula bercinta ketika dipertemukan dengan bakal suaminya Pierre Curie ketika dipinjamkan makmal. Tahukah anda, Marie tidak akan dikenali kalau bukan kerana suaminya mahu berkongsi Nobel Prize dengannya.
Pierre berkata kepada Yayasan Nobel bahawa penemuannya dalam radiasi adalah kerana bantuan isterinya. Dia takkan terima hadiah tersebut kalau tidak dikongsikan dengan isterinya. Be like Pierre.
5. Seperti Marie & Suamianya, anak Marie juga iaitu Irene Curie dan suaminya Frederic Juliot-Curie turut menerima Hadiah Nobel.
6. Buku-buku nota Marie tidak boleh dipegang begitu saja kerana masih ber-radioaktif sehingga kini. Perlu memakai pakaian dan sarung tangan yang ‘resistance’ dengan radioaktif. Buku-buku nota ini akan sentiasa beradioaktif sehingga 1500 tahun.
7. Marie pernah menggunakan radium sebagai lampur tidurnya. Kesemua isotop radium tidak stabil jadi sentiasa ada pereputan radioaktif. Jadi, Marie sentiasa tidur dalam keadaan terdedah dengan radioaktif yang bahaya.
8. Marie merupakan wanita pertama yang menjadi profesor di University of Paris dan wanita pertama yang menerima ijazah doktor falsafah daripada universiti di Perancis.
9. Marie pernah cuba untuk menjual pingat emas Nobel Prize yang dia terima untuk membantu Perancis dalam Perang Dunia tetapi French National Bank menolaknya. Einstein pernah berkata, Marie satu-satunya manusia yang kemasyuran dan wang tidak mampu merosakkan dirinya.
10. UN mengisytiharkan 2011 sebagai “International Year of Chemistry”, tetapi Poland dan Perancis mengisytiharkan sebagai “Year of Marie Curie”. Pada tahun 2009, Marie Curie mendapat undian tertinggi sebagai “the most inspirational women in science”.
11. Suaminya, Pierre Curie meninggal kerana kemalangan pada umur 46 tahun. Marie sedih, tetapi itu tidak membuatkannya untuk berhenti mengkaji. Marie pernah menulis autobiografi suaminya.
“Nothing in life is to be feared, it is only to be understood. Now is the time to understand more, so that we may fear less.” — Marie Curie
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih