Sekumpulan penyelidik dari University of Cambridge telah menemui jalan untuk menghalang penyebaran berita palsu dalam kalangan orang awam. Caranya ialah dengan memain permainan atas talian (online) berbentuk RPG (Role-Playing Game). Mereka yang berminat akan memasuki set minda (mindset) seorang propagandis dunia internet. Anda mungkin familiar dengan permainan video ini kerana permainan tersebut pernah dinaikkan di atas talian. Kini, penyelidik tersebut telah menemui hasil daripada mereka yang terlibat dalam permainan tersebut.

Kajian mendapati, berita palsu tersebar dengan sangat laju berbanding kebenaran. Melawan berita palsu selepas ia tersebar dengan kebenaran sama seperti berlawan dalam pertempuran yang akan tewas. Kaedah yang digunakan oleh penyelidik Cambridge ini dinamakan sebagai “teori suntikan” (inoculation theory). Asasnya teknik ini digunakan dengan cara memujuk seseorang supaya tidak dipujuk oleh orang lain. Konsep teori ini sama seperti vaksin. Mendedahkan hujah yang lemah kepada seseorang akan membantu mereka untuk membentuk sistem pertahanan supaya hujah yang kuat tidak mudah merebak dan berbahaya di masa hadapan.

Permainan ini dinamakan sebagai “Bad News”. Permainan ini akan membawa pemain ke dunia media sosial. Pemain diperkenalkan dengan strategi propaganda yang mana mereka boleh gunakan strategi tersebut untuk membina platform yang akan menyebarkan ketakutan, kebencian dan kemarahan.

Dengan menggunakan bot Twitter, Photoshop dan pelbagai strategi lain, pemain boleh mereka-reka (fabricate) sebuah skandal negara ataupun mencuri identiti orang lain. Pemain akan menerima lencana untuk setiap kejayaan dalam memanipulasi keadaan.

Sebelum bermain dan selepas bermain, pemain diminta untuk meletak kadar kepercayaan suatu tajuk berita ataupun ciapan (tweets) di Twitter. Setakat ini, beribu-ribu orang telah bermain permainan 15 minit tersebut. Analisis ke atas 15,000 orang telah dibuat dan hasil kajiannya telah diterbitkan.

Walaupun permainan tersebut tidak dapat mengubah bagaimana seseorang itu memandang suatu berita di dunia sebenar, tetapi tahap menentukan kepercayaan suatu berita telah meningkat sebanyak 21% secara purata setelah bermain permainan tersebut. Hal ini mencadangkan bahawa, permainan tersebut bukan sahaja membuatkan pemain bertambah skeptikal, ia juga melatih pemain untuk mengenalpasti secara spesifik strategi penipuan. Lebih menarik, pemain yang mudah terpengaruh dengan berita palsu ketika mula bermain permainan ini dapat menerima manfaat yang lebih banyak daripada permainan tersebut. Permainan ini memberikan kesan kepada demografi yang lebih besar termasuk jantina, tahap pendidikan, umur dan ideologi politik.

Walau bagaimanapun, sifat tabii permainan ini mempunyai kelemahan secara saintifik. Pemain yang bermain permainan ini mungkin tidak menggambarkan orang awam yang berskala besar. Tambah lagi, kajian ini tidak mempunyai pemalar yang boleh dikawal. Untuk meminimakan masalah tersebut, dua berita yang benar dimasukkan sebagai pemalar yang boleh dikawal.

Penyelidik Cambridge dengan yakin menyatakan bahawa permainan ini tidak mendorong sikap atau perlakuan buruk di media sosial. Penyebaran berita palsu biasanya dilakukan atas motif kewangan dan politik. Permainan tersebut tidak mendorong motivasi ke arah tersebut. Selain itu, mereka juga menyatakan sesiapa yang meluangkan masa di internet akan dapat melihat strategi dan teknik yang mereka gunakan dalam permainan tersebut.

RUJUKAN:

  1. https://www.sciencealert.com/a-simple-online-game-works-like-a-vaccine-against-fake-news
  2. https://www.cam.ac.uk/research/news/fake-news-vaccine-works-pre-bunk-game-reduces-susceptibility-to-disinformation

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.