Jika Amazon telah menggunakan Google dengan banyak cara dalam beberapa tahun kebelakangan, bagaimana Google boleh bertarung kembali?

Pada tahun 2019, saya telah melihat bahawa Google Cloud telah membuat langkah berani, sehinggakan Amazon telah berjaya mengambil sebahagian perkongsian pasaran (market share) dari Google dalam pengiklanan.

Tetapi bagaimana Google boleh menjadikan E-dagang-nya dan pengalaman membeli-belah boleh menjadi kunci kepada bagaimana Google boleh menggunakan Amazon.

Jadi pada dasarnya Google Express akan ditutup tidak lama lagi untuk memberi ruang untuk Google Shopping.

Google Cuba Mengatasai Amazon?

Google berkata ia akan menutup jenama Google Express dan mereka-bentuk semula cara ia mengendalikan membeli-belah dalam talian.

Google juga mengatakan ia akan mempunyai pilihan pengiklanan baru untuk jenama dan penjual, serta menambah cart-beli-belah yang bersifat universal yang boleh merangkumi kesemua sifat Google, termasuk carian, imej, dan jenama seperti YouTube.

Walaupun Google cuba untuk menjadikan penutupan Google Express sebagai “penyepaduan” ia sebenarnya lebih kepada menyerlahkan satu produk dan jenama yang gagal. Google tahu satu atau dua perkara tentang ketidakupayaan untuk mengetahui bagaimana untuk mencapai pengguna dan pengguna akhir. Ingat Google+ (Google Plus). Ada terdapat banyak contoh lain sebenarnya.

Ia agak ganjil kerana produk pembesar suara NLP Google (Google’s NLP voice speakers) adalah satu ciptaan yang paling pintar. Google mempunyai beberapa jurutera dan pereka pintar yang paling bijak di dunia, tetapi dari segi pemasaran, penjualan, dan produk, ia menjadi agak pelik dan tidak begitu cekap. Masalahnya ialah Google biasanya gagal terhadap Amazon dan Facebook, jadi ia tidak boleh bersaing dengan mereka.

Google Shopping akan tersedia di laman web dan aplikasi telefon pada hujung September atau Oktober 2019 ini. Aplikasi Google Express akan secara automatik mengemaskini kepada Google Shopping, atau anda akan digesa untuk memuat turun aplikasi baru. Pada minggu yang akan datang, Laman Web Google Express juga akan dihalakan semula secara automatik ke Google beli-belah baharu.

Google Express adalah sejenis misteri dan antara muka pengguna kaunter-intuitif. Walaupun semua peruncit ini digabungkan dengannya, terutamanya Walmart. Google Shopping akan melihat Google kembali ke permulaannya dalam carian, dan ia akan lebih tertumpu pada mendapatkan klik dan wang dalam bentuk pengiklanan. Jika Google tahu apa-apa, ianya adalah merupakan produk dalam nama pengiklanan.

Pengalaman baru ini akan menyertakan barang-barang yang boleh dibeli secara langsung dari Google, belanja dan buat perbandingan dari kedai dalam talian dan dari luar talian.

Google akan bergantung pada rakan kongsi seperti Target dan Walmart yang diaman sebelum ini tidak pernah dilakukakn oleh Google Express.

Google boleh belajar banyak dari Apple tentang cara melakukan runcit (retail), membuka kedai dan mempunyai kehadiran jenama secara sebenar. Sebaliknya Google menyasarkan untuk beroperasi secara “Awan” (Cloud), berada di telefon pintar dan Google Home, yang nampak agak bagus tetapi secara relatifnya kurang dalam menawarkan perkhidmatan atau kemudahan.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Business Analyst untuk program digital transformasi sektor kerajaan dan korporat. Digital first adalah keutamaan pada masa sekarang. Baru berjinak dalam bidang Cybersecurity sebagai Intelligence & Security Analyst

Comments are closed.