Salinan tulisan tertua novel epik Jepun abad ke-11 bertajuk The Tale of Genji (Genji monogatari) telah di sebuah kediaman di Tokyo di mana pemilik kediamannya mempunyai hubungan silam dengan seorang bangsawan.
Dianggap sebagai novel tertua di dunia, Genji monogatari dikatakan siap dikarang pada tahun 1010 oleh seorang wanita semasa era Heian. Identiti wanita itu kemudiannya dikenali oleh para cendekiawan sebagai Murasaki Shikibu. Novel ini berkisar tentang nasib seorang putera maharaja bernama Hikaru Genji bukan saja dalam dunia politik tetapi juga dalam soal percintaan. Manuskrip asal Genji monogatari ini dikatakan sudah tidak lagi wujud dengan salinan tertua cerita ini dikatakan dikarang oleh sasterawan Jepun terkenal, Fujiwara no Teika yang meninggal dunia pada tahun 1241.
Sehingga hari ini, hanya empat bab daripada 54 bab Genji monogatari yang disahkan mendapat sentuhan teika. Tetapi dengan kemunculan salinan bab kelima ini, ia menyaksikan salinan ini juga turut dikarang oleh beliau. Salinan cerita Genji yang ditemui ini mengisahkan pertemuan Genji dengan seorang wanita yang kemudiannya menjadi isteri baginda bernama Murasaki. Salinan ini disimpan dalam sebuah peti segi empat panjang di sebuah bilik stor kediaman Motofuyu Okochi. Moyangnya merupakan seorang daimyo yang pernah memerintah jajahan Mikawa-Yoshida di Aichi.
Pakar-pakar dari Reizeike Shiguretei Bunto, sebuah yayasan yang bertanggungjawab untuk pemuliharaan khazanah kebudayaan, mengesahkan salinan yang ditemui itu sama dengan karya-karya Teika yang lain. Ini berdasarkan semakan pada gaya tulisan dan kulit muka hadapan manuskrip berkenaan. Walaupun ianya hampir sama dengan versi biasa Genji monogatari, wujud sedikit perbezaan dari segi tatabahasa.
Berdasarkan semakan yang dibuat akhbar Asahi Shimbun, rekod keluarga menunjukkan manuskrip ini dimiliki oleh keluarga Okochi sejak tahun 1743 selepas diserahkan oleh keluarga Kuroda yang pernah memerintah wilayah Fukuoka. Bagi Profesor Junko Yamamoto dari Universiti Kyoto, penemuan manuskrip Genji monogatari ini dianggap signifikan. Ini kerana kebanyakan penyelidikan yang dibuat sebelum ini menggunakan manuskrip yang disiapkan 250 tahun kemudian. Dengan penemuan terbaru ini, ia dilihat amat membantu usaha penyelidikan Genji monogatari ini.
RUJUKAN:
1. Flood, Alison. (2019). Lost chapter of world’s first novel found in Japanese storeroom. The Guardian. https://www.theguardian.com/books/2019/oct/10/lost-chapter-the-tale-of-genji-murasaki-shikibu-found-japan
2. Omura, Jiro dan Kobayashi, Masanori. (2019). Fifth chapter of oldest ‘Tale of Genji’ copy found in Tokyo. The Asahi Shimbun. http://www.asahi.com/ajw/articles/AJ201910090047.html
3. The Japan Times. (2019). Oldest written copy of ‘missing’ part of classic work ‘Tale of Genji’ discovered. https://www.japantimes.co.jp/news/2019/10/09/national/history/missing-part-tale-of-genji-found/#.XbqIw9xuZ1t
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih