Apabila tibanya Hari Halloween pada 31 Oktober, maka umat Kristian di dunia dari pelbagai negara menyambutnya mengikut budaya setempat masing-masing. Malam yang dipenuhi kanak-kanak yang berkostum watak fiksyen seperti hantu dan adiwira sambil membawa bekas untuk mengisi gula-gula.
Pada malam tersebut, masyarakat yang meraikannya pasti tidak terlepas untuk menghiaskan rumah-rumah mereka dengan labu yang diukir dengan berwajah dan diletakkan di dalamnya lilin yang sedang terbakar.
Budaya ‘Jack of the Lantern’ ini menjadi sebuah kewajiban bagi mereka setiap kali menyambut perayaan Halloween. Tetapi tahukah anda, kalau diikutkan sejarah asalnya, bangsa Celtic tidak menggunakan buah labu sebaliknya mereka menggunakan turnip (sayuran spesis lobak).
Kita putar kembali ke zaman dahulu, yang di mana kisah dongeng Irish mengisahkan tentang sejarah kemunculan legenda Jack of the Lantern tersebut:
1. Stingy Jack merupakan seorang lelaki tua yang suka mempermainkan manusia dengan pelbagai usikannya tidak terlepas juga terhadap keluarganya dan kawan-kawannya.
2. Mengikut kisah dongeng tersebut, pada suatu hari Stingy Jack mempermainkan seekor syaitan dengan mencabar syaitan tersebut untuk memanjat sebatang pokok epal. Apabila syaitan tersebut sudah berada di atas puncak pokok, maka dengan pantas Jack mengukir lambang salib di dahan pokok epal tersebut. Akibatnya, syaitan tersebut tidak mampu turun, lalu Jack dengan bijakknya membuat satu perjanjian dengannya, iaitu:
A. Tidak menganggu Jack selama 10 tahun.
B. Tidak mengambil jiwanya setelah dia mati.
Maka, syaitan tersebut pun bersetuju, lalu Jack menghapuskan ukiran salib di dahan pokok epal itu.
3. Setelah beberapa lama kemudian, Jack pun meninggal dunia dan rohnya pun ke syurga. Ketika sampai di pintu syurga, Saint Peter menghalang Jack untuk masuk ke syurga dengan alasan yang Jack bukannya manusia yang baik dan suka melakukan kejahatan kepada manusia.
Maka, Jack pun turun ke neraka dan bertemu dengan syaitan yang pernah dia mempermainkan. Syaitan tersebut pun menunaikan perjanjiannya yang pernah diikat dengan Jack pada suatu ketika dahulu. Syaitan pun bersetuju untuk menghantar Jack pulang ke bumi.
4. Syaitan tersebut mengambil beberapa percikan api dari neraka dan memberikan kepada Jack yang berfungsi untuk menunjukkan jalan ke bumi semula.
5. Makanan kegemaran Jack adalah lobak dan dia sering membawanya ke mana sahaja dia pergi sehinggakan rohnya pun turut membawa turnip tersebut.
6. Api yang diberikan oleh syaitan kepada Jack diletakkan di dalam turnip tersebut dan ianya menjadi pelita untuk Jack mencari jalan pulang ke bumi.
7. Sehingga ke hari ini, Jack sentiasa berjalan tanpa henti di atas muka bumi sambil membawa pelita turnipnya tersebut.
Daripada kisah dongeng ini, bangsa Celtic selalu mengukir turnip ke dalam bentuk-bentuk mengerikan dan meletakkan lilin yang terbakar di dalamnya. Budaya ini dilakukan supaya Jack tidak datang untuk menganggu mereka.
Ketikamana orang Irish dan Scotland berimigrasi ke Amerika Syarikat, mereka juga membawa tradisi hari Halloween tersebut.
Apabila mereka menemui buah labu iaitu buah yang sering dijamah oleh penduduk asli Amerika (Red Indian), mereka pun mengambil buah labu yang senang untuk diukir berbanding turnip. Maka dari situlah, budaya mengukir turnip ditukar kepada buah labu. Dan budaya ini masih diamalkan oleh orang Irish dan Scotish setiap kali tibanya hari Halloween.
Nama Jack of the Lantern lama-kelamaan berubah menjadi gelaran terkenal, Jack o Lantern.
RUJUKAN:
1. History Channel: History of the Jack O’ Lantern.
2. Pumpkin: The Curious History of an American Icon oleh Cindy Ott.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih