Kita sekarang berdepan dengan sektor ekonomi baharu iaitu ekonomi gig (gig economy). Biarpun sektor ekonomi ini masih baharu kat Malaysia, tapi syarikat-syarikat yang menggunakan model ekonomi gig mendapat sambutan hangat daripada rakyat Malaysia sendiri. Syarikat yang menggunakan model ekonomi gig adalah Grab, MyCar, Airbnb dll.
Ekonomi gig secara umumnya adalah pekerja dalam skala yang besar bekerja sambilan atau separuh masa atau dalam syarikat itu. Ekonomi gig juga didefinisikan dengan masyarakat yang bekerja sendiri (freelance) berbanding bekerja tetap dalam sesebuah syarikat. Hasilnya, servis perkhidmatan syarikat yang berasaskan ekonomi gig menjadi lebih murah dan lebih efisien.
Kebiasaannya, mana-mana syarikat yang guna model ekonomi gig dan tak ‘engage’ dalam Internet akan ketinggalan. Model ekonomi ini bertunjangkan teknologi dan Internet, silap besarlah siapa-siapa yang tak fokus untuk menggunakannya.
Masih blur apa tu ekonomi gig? Begini. Seorang pekerja kilang bekerja sambilan sebagai pemandu Grab pada hujung minggu. Seorang pelajar IPT bekerja sambilan sebagai pekerja restoran makanan segera pada hujung minggu ketika tiada kuliah. Inilah dia contoh mudah berkenaan sektor ekonomi gig.
Ada beberapa faktor menyumbang kepada perkembangan ekonomi gig. Ekonomi gig menyediakan perbelanjaan yang lebih ekonomik. Pada satu tahap, syarikat mahupun majikan tak mampu untuk pekerja sepenuh masa untuk projek atau tugas tertentu. Jadi, pekerja sambilan atau separuh masa diambil untuk melaksanakan tugas tertentu untuk menjimatkan kos.
Pada sisi pekerja pula, mereka merasakan mereka mengambil beberapa pekerjaan berbeza untuk menampung gaya hidup yang nereka mahukan. Mereka juga cenderung untuk mengubah kareer beberapa kali dalam hidup mereka, secara tak langsung menyumbang kepada perkembangan sektor ekonomi gig itu sendiri.
Dikala ekonomi gig giat berkembang, kita tak boleh nafikan yang wujud saja kritikan terhadap ekonomi gig ini. Trend ekonomi gig ni menyukarkan pekerja sepenuh masa untuk membina kareer dalam sektor tertentu akibat majikan yang lebih memilih pekerja sementara atau pekerja separuh masa. Laluan kareer tradisional yang menjadi pilihan utama pekerja akan disisihkan daripada industri tertentu.
Memandangkan sektor ekonomi gig masih baharu di Malaysia, hak-hak pekerja syarikat ini juga masih tidak dilindungi oleh akta tertentu. Isu skim gaji ‘rider’ FoodPanda baharu yang menimbulkan polemik adalah satu contoh mudah. Ketiadaan ‘regulation’ atau akta untuk melindungi hak-hak pekerja FoodPanda akhirnya mengakibatkan perubahan skim gaji pekerja secara mendadak. Apa lagi yang mampu diterjemahkan berdasarkan situasi ni melainkan zalim?
Bukan itu saja, mereka juga tidak mempunyai sebarang perancangan persaraan seperti mana pekerja yang mencarum KWSP. Hanya 10%-20% pekerja sahaja yang dijangka mempunyai perancangan persaraan. Ini bukanlah pelan terbaik untuk memastikan kualiti hidup pekerja di kala tua terjamin.
Apa yang penting, ekonomi gig masih baharu di Malaysia kalau dibandingkan dengan negara lain terutama sekali di Hemisfera Barat. Ini tak bermaksud Malaysia bakal jauh ketinggalan semata dan takkan mampu mengejar negara lain. Ini sebenarnya peluang buat Malaysia untuk belajar daripada kesilapan negara lain untuk ‘tackle’ masalah ekonomi gig ni.
Siapa tahu, mungkin Malaysia bakal menjadi negara contoh dalam keberkesanan sektor ekonomi gig. Di kala tu, barulah negara lain akan akur dengan kearifan kita dalam sektor ni.
Wallahualam.
RUJUKAN:
1. Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohammad Zubir, Astro Awani[2019], Ekonomi gig dan perangkap kemahiran, http://www.astroawani.com/berita-malaysia/ekonomi-gig-dan-perangkap-kemahiran-208108
2. Jim Chappelow, Investopedia [2019], Gig Economy, https://www.investopedia.com/terms/g/gig-economy.asp
3. Kapital [2019], Fenomena Ekonomi Gig jadi Pilihan Anak Muda, https://kapital.my/2019/06/fenomena-ekonomi-gig-jadi-pilihan-generasi-muda/
Artikel disumbangkan oleh Al-Badru untuk The Patriots.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih