Siapakah Muawiyah Abu Sufian yang namanya dicatatkan oleh sebahagian penulis sebagai manusia yang jahat, tamakkan kuasa, membunuh ramai umat Islam semata-mata mahu menduduki kerusi khalifah? Adakah Muawiyah merupakan manusia kejam seperti yang dituduh oleh puak Syiah ataupun beliau merupakan salah seorang pemimpin yang paling hebat di dalam sejarah dunia Islam? Mari kita semak siapakah peribadi yang memegang gelaran ‘Kaisar Arab’ ini.
Saad bin Abu Waqqas berkata:
“Aku tidak melihat seorang pun setelah (kewafatan) Uthman Affan yang lebih benar dalam melakukan keputusannya melainkan pemilik pintu ini – iaitu Muawiyah.”
1) SIAPAKAH MUAWIYAH ABU SUFIAN ?
• Nama: Muawiyah bin Abu Sufian Sakhr bin Harb bin Umayyah.
Gelaran: Abu Abdul Rahman.
Info tambahan:
• Kabilah Quraish adalah kabilah yang paling dihormati di Hijaz & di dalam kalangan kabilah itu, Bani Abdul Manaf merupakan yang paling kaya serta mempunyai ramai keturunan.
Keturunan Bani Abdul Manaf terbahagi kepada dua iaitu, Bani Hasyim & Bani Umayyah.
• Bani Umayyah merupakan kelompok terkuat daripada Bani Hasyim & juga merupakan kelompok terakhir yang memeluk Islam di Mekah daripada kabilah Quraish – Bani Hasyim merupakan kelompok pertama memeluk Islam memandangkan pada masa itu, perjuangan Rasulullah saw disokong oleh ahli keluarga yang terdekat daripada Bani Hasyim.
Bani Umayyah terkenal dengan keturunannya yang mahir dalam memimpin, berpolitik & berniaga – bangsa Arab Quraish yang paling kaya.
• Ramai tokoh yang terkenal yang datang daripada Bani Umayyah dan dihormati oleh kabilah lain kerana mereka mempunyai ramai keturunan daripada Bani Hasyim kerana pada masa itu, kemuliaan diukur dengan berapa ramai keturunan yang dimiliki oleh sesebuah kabilah.
• Tahun kelahiran: 5 tahun sebelum kenabian Rasulullah saw.
Pendapat lain mengatakan adalah 7 atau 10 tahun sebelum tahun kenabian.
2) SIAPAKAH KELUARGA MUAWIYAH?
• Nama ayah: Abu Sufian Sakhr bin Harb bin Umayyah.
• Nama ibu: Hindun binti Utbah.
• Adik-beradik:
– Yazid.
– Utbah.
– Hanzalah.
– Amru.
– Anbasah.
– Muhammad.
– Ummu Habibah.
– Ummu Hakam.
– Izzah.
– Maimunah.
– Hindun.
– Sakhrah.
– Juwairiyah.
– Aminah.
– al Fari’ah.
• Selepas peristiwa Hijrah, Muawiyah telah mencapai umur 20 tahun, tetapi beliau tidak turun dalam menyertai peperangan yang berlaku pada ketika itu, seperti Perang Badar dan Perang Uhud.
Dua orang saudaranya telah menyertai Perang Badar & berpihak kepada pasukan tentera Quraish Mekah dan hasilnya:
– Hanzalah mati terbunuh.
– Amru ditawan oleh tentera Islam.
• Perang yang sempat disertai oleh Muawiyah dalam menentang pasukan Muslim sebelum memeluk Islam berlaku di kota Madinah iaitu Perang Khandaq.
3) MUAWIYAH BERKAHWIN DENGAN SIAPA DAN BERAPA RAMAI ORANG ANAKNYA?
• Muawiyah berkahwin dengan 4 orang wanita & mempunyai 8 orang anak kandung.
Berkahwin dengan:
a) Maysun binti Bahdal al-Kalbiyyah lahirlah Yazid.
b) Fakhitah binti Qarazah lahirlah Abdul Rahman & Abdullah.
c) Kanud binti Qarazah ( saudara Fakhitah ) – Tiada anak.
• Pendapat lain mengatakan bahawasanya, Kanud binti Qarazah tidak sempat melahirkan anak kerana Kanud mengikuti Muawiyah keluar berperang menakluk Pulau Cyprus & beliau syahid terbunuh di dalam ekspedisi ini.
d) Nailah binti Amarah al-Kalbiyyah lahirlah Ramlah, Hindun, Aisyah, Atikah & Safiyyah. (Kesemuanya perempuan)
4) BILAKAH MUAWIYAH MEMELUK AGAMA ISLAM?
Di sini ada 2 pendapat yang dicatatkan bagaimana Muawiyah memeluk agama Islam, diantaranya ialah:
1) Muawiyah memeluk Islam semasa peristiwa Fathul Makkah pada tahun ke-8 H bersama bapanya, Abu Sufian & saudara lelakinya, Yazid bin Abu Sufian.
2) Muawiyah memeluk Islam lebih awal sebelum terjadi peristiwa Fathul Makkah. Dicatatkan, Muawiyah memeluk Islam ketika Rasulullah saw mengerjakan ibadah Umrah al-Qada pada tahun ke-7 H & menyembunyikan keislamannya daripada pengetahuan bapanya.
• Setelah memeluk Islam, maka Muawiyah & keluarganya berpindah ke kota Madinah, serta di sana Rasulullah saw mempersaudarakan hubungan Muawiyah dengan al-Hutat bin Yazid al-Mujasyi.
5) BENARKAH MUAWIYAH SEORANG PENULIS WAHYU & PERAWI HADIS ?
YA.
• Muawiyah merupakan salah seorang penulis wahyu ketika zaman Rasulullah saw daripada 16 orang penulis.
• Beliau juga terlibat dalam penulisan al-Quran pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq setelah berlakunya Perang Yamamah yang telah menyebabkan terkorbannya ramai penghafal al-Quran & pada masa ini masih dikekalkan tujuh jenis bacaan Quran.
• Muawiyah sekali lagi terlibat dalam penulisan al-Quran setelah Khalifah Uthman al-Affan memerintahkan supaya al-Quran dibukukan & digunakan dengan satu jenis bacaan sahaja.
• Muawiyah juga merupakan salah seorang perawi hadis yang di mana beliau telah meriwayatkan sebanyak 163 hadis daripada Rasulullah saw.
Tetapi dari jumlah tersebut hanya 4 hadis daripadanya yang disepakati oleh Imam Bukhari & Imam Muslim.
6) APAKAH SUMBANGAN MUAWIYAH DALAM DUNIA ISLAM?
• Menyertai Rasulullah saw bersama tentera Islam dalam Perang Hunain & Perang Taif yang berlaku dalam tahun ke-8 H.
(Berlaku setelah peristiwa Fathul Makkah).
• Pemimpin armada laut pertama Muslim dalam sejarah Islam menentang kuasa empayar Rom Byzantine di kepulauan Laut Mediterranean dengan menaklukkan Pulau Cyprus, Pulau Rhodes dan juga merupakan pemimpin Islam pertama yang menjalan misi mengepung kota Konstantinopel.
Mencabar kekuasaan empayar Rom Byzantine di perairan Laut Aegea dan Laut Marmara.
• Memegang kekuasaan kekhalifahan Bani Umayyah selama 20 tahun – zaman kemakmuran & umat Islam pada masa ini kembali bersatu-padu.
Pada masa tahun pemerintahan pertama Muawiyah, tahun itu dikenali sebagai ‘Ammul Jamaah’ iaitu Tahun Kesatuan/Penyatuan umat Islam setelah lamanya berlaku fitnah-memfitnah & peperangan di kalangan mereka.
(Sumbangan Muawiyah & ekspedisinya akan diterangkan pada bahagian ketiga).
• Menyatukan semula umat Islam ketika di zaman pertelagahan umat Islam yang berlaku dari zaman pemerintahan Khalifah Ali bin Abu Thalib dengan memangku jawatan khalifah setelah mendapat persetujuan & bai’ah dari Khalifah Hassan bin Ali.
(Bagaimana konflik, sebab-sebab dan fitnah yang dilemparkan kepada Muawiyah akan dibahaskan dalam bahagian seterusnya artikel tentang beliau).
7) BILAKAH MUAWIYAH WAFAT?
• Muawiyah meninggal dunia dalam umur 77 tahun pada tahun 60 H di kota Damaskus.
Kesimpulannya, daripada pengenalan yang ringkas ini, kita sudah dapat menilai dan tahu bagaimana sifat serta akhlak Muawiyah bin Abu Sufian sehingga Rasulullah saw mempercayainya sebagai salah seorang jurutulis wahyu merangkap pembantu peribadi baginda. Atas sebab ini, Muawiyah dikategorikan sebagai salah seorang sahabat baginda walaupun beliau tidak memyertai peristiwa Hijrah.
Wallahu’alam.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih