Syeikh Hamza Yusuf adalah seorang anak murid kesayangan Syeikh Abdullah bin Bayyah. Syeikh Abdullah bin Bayyah merupakan seorang ulama besar Islam yang luas pengaruhnya dalam dunia ilmu. Bagi memperjuang dan menyebarkan manhaj pemikiran Syeikh Abdullah bin Bayyah, sebuah pusat ilmu yang dikenali sebagai Zaytuna College telah diasaskan oleh Syeikh Hamza Yusuf. Segala tentang ilmu dan ketamadunan sama ada Barat, Timur ataupun Islam dibahaskan disini.

Namun, tahukah anda antara rahsia kehebatan Zaytuna College yang diasaskan oleh Hamza Yusuf ini antaranya adalah dengan menggunakan karya-karya seorang ilmuan ulung dari Malaysia sebagai silibus utama? Karya bertajuk “Prolegomena to the Metapyhsics of Islam” menjadi buku rujukan utama di Zaytuna College. Maka, pada tahun 2004, Syeikh Hamza Yusuf ziarah ke Malaysia bagi bertemu dengan penulis karya tersebut. Kata beliau, “Saya datang ke Malaysia semata-mata hendak bertemu Sayyid Naquib al-Attas. Beliau adalah warisan khazanah berharga ummah.”(Hamza Yusuf : September 2014)

Siapa Syed Naquib al-Attas?

Pernah al-Faqir bertanya kepada para pelajar sekolah menengah suatu ketika dahulu, “Kenal tak siapa Naquib al-Attas yang disebut dalam buku teks sejarah tu?” Maka ada yang menjawab, “Ulama Islam di negara Arab la..” atau “Dia tokoh zaman lampau sama waktu dengan Herodotus dan Aristotel kan?” dan pelbagai lagi jawapan menarik. Sayang sungguh. Ramai rupanya anak muda yang belajar sekadar lulus untuk jawab peperiksaan. Sedang dunia luar menyebut nama tokoh Melayu ini, anak bangsa sendiri tidak mengenali siapa sebenarnya beliau.

Tan Sri Profesor Dr Sayyid Muhammad Naquib bin Ali bin Abdullah bin Muhsin al-Attas dilahirkan pada 5 September 1931 ialah seorang cendekiawan Islam, ahli falsafah dan Tokoh Melayu Terbilang 2011. Beliau menguasai ilmu teologi, falsafah, metafizik, sejarah, dan kesusasteraan. Beliau juga menulis berbagai buku dalam bidang pemikiran dan peradaban Islam. Hanya orang berfikiran cerdas sahaja mampu memahami apa yang diperbahaskan dalam karya-karya beliau. Sesugguhnya, amat banyak sumbangan beliau dalam dunia ilmu sehingga namanya disebut-sebut di luar negara.

Pada tahun 1987, Al-Attas mendirikan sebuah institusi pendidikan tinggi bernama International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) di Kuala Lumpur. Melalui institusi ini Al-Attas bersama sejumlah pelajar kolej dan mahasiswanya melakukan kajian dan penelitian mengenai Pemikiran dan Peradaban Islam serta memberikan respon yang kritis terhadap Peradaban Barat. Beliau amat menekankan pendidikan dalam konsep Islam dan Islamisasi pengetahuan kontemporari yang membawa kepada penubuhan Universiti Islam di beberapa negara Islam.

Dua institut berjaya diasaskannya iaitu Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) di Universiti Islam Antarabangsa yang bermatlamat mempertingkat ketajaman pemikiran intelektual Muslim. NAMUN, SUMBANGANNYA INI SEOLAH-OLAH TIDAK DIHARGAI OLEH BANGSA SENDIRI. Manhaj dan Falsafah Ilmu Islam yang diperjuangkan oleh beliau dibuang. Sebaliknya, konsep pen-Sekular-an Ilmu sepertimana negara-negara Barat diguna pakai di Universiti-Universiti tempatan.

Manhajnya cuba diruntuhkan dan ISTAC iaitu sebuah institusi ilmu tinggi hasil titik peluh beliau ditutup. Lebih malang lagi, institusi yang didirikan untuk membina Peradaban, Tamadun dan Ilmu ini pernah dijadikan set penggambaran. Tempat berkumpulnya para ahli akademik untuk berbahas tentang ilmu ini dicemari martabatnya oleh para “seniman” untuk berlakon filem RUMAH HANTU SAKIT JIWA. Ini merupakan satu penghinaan dan pencabulan terhadap kehormatan Ilmu dan Peradaban. Tamatlah kegemilangan ISTAC pada tahun 2008.

Namun pada 21 Jun 2012, Sayyid Muhammad Naquib al-Attas dilantik sebagai profesor pelawat terhormat di Pusat Kajian Lanjutan mengenai Islam, Sains dan Tamadun (CASIS) Universiti Teknologi Malaysia (UTM). CASIS adalah sebuah pusat kecemerlangan yang baru ditubuhkan di tahap pasca siswazah di UTM Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Kini, disinilah beliau ersama anak-anak muridnya memperjuangkan dan mengangkat kembali institusi tinggi Islam.

Maka, anak bangsa kita perlulah pergi mencari pewaris-pewaris ilmu dan manhaj beliau untuk menadah setiap permata berharga. Malulah kita sedangkan ulama besar luar negara seperti Syeikh Usamah al-Azhari (anak murid Imam Ali Jumua) dan Syeikh Hamza Yusuf (anak murid Imam Ben Bayyah) datang ke Malaysia bagi mengambil ilmu darinya, namun kita langsung tidak menghargai beliau.

Antara kalam beliau yang terkenal adalah, “Punca krisis umat Islam kini adalah kerana tiadanya adab. Adab itu cerminan hikmah dalam diri manusia yang diwarisi dari cahaya Nubuwwah.” Al-Faqir menyimpan hasrat untuk bertemu dengan beliau kerana bagi al-Faqir, Sayyid Naquib al-Attas ialah al-Ghazali alam Melayu moden.

*Gambar tokoh bertiga ini berlatar belakangkan ISTAC iaitu Istana Ilmu yang kini hanya tinggal kenangan.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

IBN JAWI merupakan penuntut bidang Engineering di sebuah universiti. Beliau juga giat dalam pengajian Turath Islami secara Talaqqi Sanad bagi mengimbangi aspek duniawi dan ukhrawi. Beliau yang meminati topik Falsafah, Sejarah dan Politik merangka usaha kebangkitan ummah melalui Kalam & Qalam. Walaupun memiliki aliran pemikiran tersendiri, namun beliau terbuka untuk bertukar pandangan dengan mana-mana aliran pemikiran agar dapat memahami cara berfikir kelompok berlainan.

Leave A Reply