Ramai dalam kalangan anak muda sekarang membesar dengan kedatangan Harry Potter. Mungkin fiksyen ini merupakan berkat yang sangat besar. Tidak boleh dibayangkan zaman kanak-kanak tanpa menunggu Harry Potter setiap tahun. Permintaan tinggi bagi buku-buku J.K. Rowling telah melonjakkan harganya, sampai ada kedai menawarkan harga tidak munasabah pun. Maka bagi yang tidak mampu, filem-filem Harry Potter ialah bagaikan azimat tahunan yang mesti ditonton.

Jadi tidaklah berat untuk mengatakan bahawa Rowling merupakan ibu kepada semua anak muda yang meminati Harry Potter atau dengan sebutan lain Potterheads. Harry Potter telah menjadi industri gergasi dengan banyak anugerah dan prestij sebagai siri buku paling laris dalam sejarah iaitu 500 juta. Namun permulaan Rowling sebenarnya sangatlah di bawah. Mungkin sebelum Harry Potter diterbitkan, beliau lebih miskin daripada kita pun.

Rowling dilahirkan pada 31 Julai 1965 di Gloucestershire kepada keluarga sains. Ibunya merupakan juruteknik sains, manakala ayahnya pula ialah jurutera pesawat bagi Rolls-Royce. Dan beliau mempunyai adik bernama Dianne. Zaman remajanya sangatlah susah, kerana ibundanya menghidapi sklerosis berbilang. Dan semasa bekerja bersama Chamber of Commerce United Kingdom, Rowling pun menetap sekali dengan teman lelakinya di Manchester. Pada waktu inilah ilham Harry Potter muncul, iaitu semasa keretapinya ke London ditunda selama empat jam.

Tiba saja di flatnya, beliau mula menulis. Kematian ibunya pada Disember 1990 memberikan definisi baharu kepada hasil kerjanya, kerana buat julung kalinya Rowling tahu perasaan duka kehilangan. Dan perasaan ini dijadikan sumber utama untuk membangunkan watak Harry yang ibu bapanya menjadi mangsa buruan Lord Voldemort. Tetapi bukunya masih jauh dari garisan penamat, kerana Rowling kemudian mengambil peluang ditawarkan iklan The Guardan untuk menjadi guru bahasa Inggeris di Porto, Portugal.

Mengajar waktu malam dan menulis di siang hari, rutin ini berterusan selama 18 bulan yang mana beliau bertemu Jorge Arantes di sebuah bar. Kedua-dua mereka berkahwin pada 16 Oktober 1992 dan hasilnya mengurniakan anak perempuan bernama Jessica Isabel pada 27 Julai 1993. Empat bulan kemudian, Rowling dan Arantes berpisah kerana barangkali penderaan domestik. Dan Rowling bersama Jessica berhijrah ke Edinburgh untuk bersama Dianne dengan hanya tiga bab Harry Potter sahaja dalam sebuah beg peti.

Pada waktu inilah Rowling sedar hidupnya sangat gagal. Hampir bercerai, tiada kerja dengan anak pula, kegagalan besar ini memberikan iltizam yang kuat untuk teruskan menulis. Tetapi kegagalan ini juga mempunyai harga yang mahal – Rowling disahkan menghadapi kemurungan dan sudahpun berfikir untuk membunuh diri.

Namun masalah psikologi ini digunakan sebagai ilham yang Rowling mencipta watak Dementor, sejenis makhluk mencabut roh dari badan. Mengharapkan bantuan kerajaan, Rowling merupakan seorang miskin semiskin-miskinnya tetapi ada tempat tinggal iaitu bersama adiknya.

Sudahlah jatuh, beliau ditimpa tangga pula apabila Arantes tiba di Scotland mencarinya (dan Jessica). Mereka disahkan cerai pada Ogos 1994. Setahun kemudian, Harry Potter and the Philosopher’s Stone disiapkan dengan menggunakan mesin taip. Selepas mendapat respon positif dari seorang pembaca, sebuah agensi penulisan di Fulham bersetuju untuk mewakili Rowling dalam usahanya untuk mencari penerbit. Sebanyak 12 syarikat penerbitan diburu mereka, semuanya menolak.

Setahun kemudian, Rowling mendapat tawaran penerbitan bersama dengan bayaran pendahuluan sebanyak GBP1,500 dari Bloomsbury di London. Buku Rowling sebenarnya disukai anak perempuan pengerusi Bloomsbury. Dan hidup Rowling mula berubah dengan geran GBP8,000 pula dari Majlis Seni Scotland.

Sekitar waktu itu, Philosopher’s Stone dicetak 1,000 naskhah pertama yang memberikan Rowling dua anugerah sulung iaitu Hadiah Buku Nestle Smarties dan Anugerah Buku British untuk Buku Kanak-Kanak Tahunan. Pada awal 1998 pula, penerbit Amerika Syarikat iaitu Scholastic Inc. menawarkan AS$105,000 untuk membeli hak penerbitan dari Rowling.  Dan duit ini membenarkan Rowling keluar dari flat untuk hidup di sebuah rumah teres Edinburgh.

Dari sinilah perjalanan Rowling kearah kegemilangan telah tercapai, dengan satu demi satu sekuel yang menjaminkan sebuah jenama bernilai AS$15 bilion dengan penterjemahan 65 bahasa.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.