Semasa korang memerhati cicak yang melekat pada dinding, korang pernah terfikir ke macam mana cicak boleh melekat pada dinding? Masa aku masih kanak kanak, aku selalu beranggapan cicak ni ada kuku tajam atau bulu cecangkuk macam labah labah yang dapat cengkam permukaan kasar dinding. Sampai lah satu tahap ada cicak terjatuh atas kaki aku dan aku perasan, tapak kakinya licin. Habis tu, macam mana dia boleh melekat?
Jawapannya terletak pada interaksi fizik bernama daya Van Der Waal.
Secara umumnya, setiap partikel yang wujud di mmuka bumi ini ada daya cas masing masing. Daya cas ni serupa magnetlah – positif dan negatif saling tertarik antara sesama sendiri. Itulah punca air terjadi, sebab elemen dia hidrogen ni positif dan oksigen ni negatif. Gabungan antara dua elemen ni menghasilkan molekul. Apabila molekul wujud, daya cas ni kurang, tapi masih ada. Jadi, molekul ni boleh tertarik dengan molekul lain sebagai interaksi fizik bernama dipole-dipole. Inilah contoh daya Van Der Waal. Daya sesama molekul. Berbanding daya cas, daya Van Der Waal ni sangat lemah.
Kalau kita kaji tapak kaki dan tangan cicak rumah dengan mikroskop, kita akan dapat perhatikan bulu bulu halus yang ada padanya. Nama bulu halus ini ialah setae. Namun, pada setiap penghujung setae ni, kita ada bulu yang lebih halus di situ bernama spatulae. Spatulae ni lah yang akan betindak balas dengan molekul di dinding dan mewujudkan daya tarikan Van Der Waal.
Macam aku cakap sebelum ni, daya ni lemah, tapi macam mana kalau interaksi daya ni banyak? Macam tu lah spatulae. Setiap satu seta sahaja ada lebih kurang 2000 spatulae. Sekarang bayangkan berapa banyak spatulae yang ada pada cicak rumah. Jadi, berjuta juta atau berbillion billion spatulae akan bertindak balas dengan dinding menerusi Van Der Waal dan melekat pada dinding.
Dalam pemerhatian seterusnya, saintis mendapati bulu setae ni tak lurus 90 darjah dengan dinding. Kedudukannya berlainan antara satu sama lain. Jadi, ini membolehkan mana mana bulu yang tak dapat melekat dengan dinding akan diimbangkan dengan bulu lain yang boleh melekat pada dinding. Juga, bulu ini sifatnya fleksibel. Jadi, cicak ni boleh tekan bulu bulu ni untuk jadikan lekapannya lebih kuat dan jitu.
Disebabkan daya Van Der Waal ni penting bagi cicak untuk melekat, maka bahan diperbuat daripada Teflon ni selalunya cicak tak boleh melekat. Sebab daya Van Der Waal Teflon sangat stabil, jadi tak banyak interaksi melekat yang boleh berlaku antara molekul Teflon dan molekul luar.
Tapi itulah, disebabkan kes cicak jatuh tu, sampai sekarang aku fobia dengan cicak.
RUJUKAN:
Autumn, K.; Setti, M.; Liang, Y. A.; Peattie, A. M.; Hansen, W. R.; Sponberg, S.; Kenny, T. W.; Fearing, R.; Israelachvili, J. N.; Full, R. J. (2002). “Evidence for Van Der Waals adhesion in gecko setae”. PNAS. 99 (19): 12252–12256. doi:10.1073/pnas.192252799. PMC 129431. PMID 12198184
Autumn, K. (2006). “How gecko toes stick”. American Scientist. 94 (2): 124–132. doi:10.1511/2006.58.124
Butt, Hans-Jürgen; Graf, Karlheinz; Kappl, Michael (6 March 2006). Physics and Chemistry of Interfaces. John Wiley & Sons. ISBN 978-3-527-60640-5
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih