Kepada Maya Karin, di bawah adalah sebuah pintu yang memagar bangunan ilmu Universiti Oxford, England. Ia adalah hasil ukiran seni anak-anak Besut Terengganu. Kami bangga kerana kedudukan dan maruah kami ditentukan oleh kesenian dan budaya kami sendiri, bukan oleh bahasa asing.
Saya bangga menjadi orang Terengganu. Bangsa Terengganu ini bangsa yang hebat. Saya tak pernah malu menggunakan loghat negeri saya ketika masih belajar dahulu. Saya boleh memilih untuk bercakap bahasa baku, tetapi saya memilih untuk bangga dengan asal-usul saya sendiri.
Saya bangga menjadi bangsa Terengganu. Ketika awal pemerintahan PM ke 4 dahulu, hampir 20% ekonomi negara dipacu melalui hasil bumi negeri kami. Kekayaan besar negara ini adalah antaranya hasil jerih anak negeri kami. Dan kami masih bersabar walau berpuluh tahun kami dianak tiri.
Saya bangga menjadi anak Terengganu. Sejarah Islam kami sangat hebat. Ketika Islam memasuki kawasan kawasan lain di Nusantara hanya pada abad ke 15, Terengganu telah menerima hidayah Islam 100 tahun selepas kewafatan Nabi s.a.w (Prof Madya Dr Wan Hussein Azmi, 1987). Malah pada awal abad ke 11, umat Islam Terengganu bangkit membantu kerajaan Islam Perlak sehingga akhirnya Allah mengurniakan kemenangan kepada kami ke atas Empayar Srivijaya.
Tahukah Maya pada abad ke 13, negeri kami ini sudahpun mempunyai sistem pemerintahan Islam yang teratur dan sistematik?. Ya Batu Bersurat itu bukan tanda kehadiran Islam. Ia tanda kewujudan pemerintahan Islam. [1]
Saya bangga dengan negeri Terengganu. Hasil bumi kami di darat dan laut bernilai tinggi. Mungkin Maya tidak tahu bahawa silika dan hasil kayu negeri ini adalah antara yang paling bernilai di seluruh Semenanjung. Mungkin Maya juga tidak tahu bahawa struktur mukabumi Terengganu yang unik dan hasil air yang melimpah menyebabkan negeri ini adalah antara kawasan paling ideal bagi penjanaan elektrik solar dan hidro.
Saya bangga menjadi anak Terengganu. Disaat negeri-negeri lain membuat reclamation bagi menambah kawasan darat, Terengganu berkorban membuat declamation di kawasan pedalaman. Kami menenggelamkan 260 ribu hektar tanah negeri dan ratusan kampung bagi mewujudkan Tasik Kenyir – penampan kepada masalah banjir di Pantai Timur
Maya tahu berapa luas 260 ribu hektar? Lebih luas daripada setiap inci tanah Kuala Lumpur.
Orang Terengganu ini prinsipnya kuat, akar agamanya kukuh, akhlaknya tinggi, mindanya luas dan jiwanya lembut ke atas saudara saudaranya.
Kami tidak pernah marah apabila ada orang memperlekeh kebolehan berbahasa Inggeris kami. Kerana kami tidak pernah menilai manusia lain melalui cara mereka berkomunikasi.
Bagi sesetengah orang, bahasa mungkin menunjukkan kemajuan. Bagi kami tidak. Kerana yang paling utama adalah akhlak.
Dan akhlak lah yang menjadi inti gagasan membina ketamadunan manusia.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih