Tanggapan orang ramai bahawa “ASEAN harus/boleh kenakan tindakan terhadap Indonesia” menunjukkan ramai tak faham tentang hubungan antarabangsa (IR).
Pertama sekali, ASEAN tidak mempunyai mekanisme untuk kenakan apa-apa tindakan terhadap sesebuah negara. Dalam IR, kita panggil ASEAN ni sebagai sebuah “normative organization”. Ia tidak mempunyai undang-undang untuk menghukum kesalahan negara yang jadi ahlinya, malah ia juga tidak mendefinisikan apa yang menjadi “kesalahan” bagi sesebuah negara.
Sebaliknya, ASEAN hanyalah sebuah platform bagi negara-negara serantau untuk berinteraksi berdasarkan “norm” (norma) yang dipersetujui. Dalam ASEAN, norma tu ialah “musyawarah” (consultation) dan “muafakat” (consensus). Sebelum nak buat apa-apa, kena bincang elok-elok dulu, lepas semua dah setuju sebulat suara, baru jalan.
Jadi, apa-apa perjanjian ASEAN adalah untuk menggalakkan kerjasama dan perbincangan, bukan untuk “regulate” dan “punish”, termasuklah perjanjian mengenai jerebu (ASEAN Agreement on Transboundary Haze Pollution). Perjanjian siap tahun 2002, tapi hanya sehingga 2014 baru Indonesia menandatangani ia. Perjanjian itu cuma menyarankan negara untuk bekerjasama tackle masalah jerebu, bukan untuk tackle negara yang dianggap sebagai “punca” jerebu.
Kedua, tak kira kat ASEAN atau EU atau UN, setiap pertubuhan antarabangsa ni ada dia punya “abang besar”. Abang besar UN ialah P5 (US, Rusia, China, UK, Perancis), abang besar EU ialah Perancis dan Jerman, abang besar ASEAN siapa? Tengoklah kat mana terletaknya Sekretariat ASEAN — jeng jeng jeng — Jakarta. So macam mana sesebuah pertubuhan nak kenakan tindakan terhadap ahlinya yang mempunyai kedudukan paling penting?
Mengheret Indonesia ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)? Apa yang kita boleh harapkan daripada undang-undang antarabangsa? Name and shame? Denda? Adakah benda itu boleh selesaikan masalah? Sebagai negara berdaulat, sebenarnya Indonesia boleh je tak nak mematuhi keputusan ICJ (kalau ia mahu), lebih-lebih lagi kedudukan Indonesia sebagai kuasa serantau. Kalau jadi macam tu, apa yang negara pengadu boleh buat? Dalam IR, undang-undang hanyalah simbolik. “Power” barulah real.
Sebenarnya, nak salahkan kerajaan Indonesia 100% pun tak boleh juga, walaupun respon diorang kurang memuaskan. Isu jerebu adalah isu “transnational” yang melibatkan “transnational actor” seperti syarikat perladangan multinasional yang masih guna kaedah tebas dan bakar (slash and burn) untuk menjadikan hutan sebagai ladang. Transnational bermaksud diorang ni beroperasi merentas negara, jadi undang-undang negara sukar nak tackle diorang, dan “undang-undang perdagangan antarabangsa” yang sedia ada kadang lebih melindungi syarikat berbanding kepentingan negara.
Itulah limitasi undang-undang antarabangsa dalam IR. Jadi nak tak nak, diplomasi adalah penyelesaian yang lebih baik berbanding undang-undang, malah satu-satunya penyelesaian kepada isu jerebu. Berfikir dalam kerangka nasionalis dan menunding jari antara negara tidak akan menyelesaikan masalah. Sebaliknya, kita kena melihat ia sebagai masalah serantau yang “transnational”.
*Penafian: Tulisan ini merupakan ekspresi peribadi penulis dari sudut pandangan IR, tidak mewakili pendirian kerajaan Malaysia, dan penulis tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa komen yang provokatif. (ceh acah-acah kolumn Malaysiakini)
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih