Seorang juruwang dari Tokyo telah didakwa mencuri sebanyak 1,300 maklumat pelanggannya. Menurut pihak polis, lelaki itu hanya menggunakan otaknya sahaja untuk mendapatkan maklumat tersebut – melalui ingatan. Yusuke Taniguchi yang berumur 34 tahun ditangkap setelah pihak polis menemui Taniguchi menggunakan maklumat yang dicuri itu untuk membeli banyak bag yang bernilai sekitar US$2,600.
Pihak polis memintas tempahan dan penghantaran barang Taniguchi lalu menangkap lelaki tersebut. Pihak polis menutup laporan siasatan dan memberitahu media bahawa Taniguchi mempunyai ingatan fotografik (photographic memory). Menurut pihak polis, juruwang tersebut mampu mengumpul banyak maklumat pelanggannya dalam masa yang cukup singkat. Taniguchi mampu mengingati semua maklumat secara terperinci dan mencatat apa yang diingati. Kemudia, dia gunakan maklumat tersebut untuk membeli barangan atas talian (online).
Dalam dunia saintifik, ingata fotografi dikenali sebagai ingatan eidetik – orang yang mempunyai ingatan yang sangat kuat. Mampu mengingati maklumat dengan sangat terperinci dengan hanya melihat sekali sahaja maklumat tersebut. Menurut sebuah kajia, ingatan eiditik dapat dikenalpasti dalam kalangan kanak-kanak berusia dari 6 hingga 12 tahun. Jarang dapat ditemui dalam kalangan orang dewasa.
Jennifer Coane, Pembantu Profesor dari Colby College, Maine menyatakan pencuri tersebut berkemungkinan besar melatih dirinya untuk mengingati nombor-nombor pada kad bank dengan daya ketepatan yang tinggi memandangkan ingatan eidetik sangat jarang ditemui. Masyarakat Yunani menggunakan kaedah loci untuk menyimpan maklumat yang mereka perolehi melalui simbol dan objek di sekeliling. Menurut Coane lagi, kita boleh latih diri kita untuk mempunyai ingatan yang kuat.
RUJUKAN:
- https://www.sciencealert.com/experts-doubt-cashier-stole-1-300-credit-numbers-using-only-a-photographic-memory
- https://www.washingtonpost.com/science/2019/09/10/did-cashier-steal-credit-card-numbers-with-photographic-memory-experts-doubt-it/
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih