Tak faham dengan Tun M.

Dok ‘reminiscing’ kenapa orang Melayu tak nak jadi buruh kasar British ketika zaman penjajahan dulu dan hairan kenapa orang Melayu tak nak jadi buruh kerja berat pada zaman sekarang hingga menyebabkan Malaysia kini ada 7 juta pendatang asing.

Tun…

Orang Melayu zaman British bukannya malas sebab tu tak nak jadi buruh kasar, akan tetapi mereka berprinsip, tidak ingin dipertuankan dan enggan mengabdi diri pada tuan putih.

Berbeza sekali di zaman ini, anak muda Melayu bukan tak mahukan kerja berat kerana malas, perasaan jadi ‘tuan’ atau takut dengan kerja tersebut.

Akan tetapi isunya adalah gaji yang tidak kompetitif vs kos sara hidup yang makin meningkat.

Kalau tidak masakan ribuan anak Melayu berkelana ke Australia dan News Zealand menjadi pengutip buah secara haram di sana.

Kerja teruk dan hidup berhimpit-himpit bagaikan Bangladesh di Malaysia untuk mencari pendapatan yang lebih lumayan?

Atau ribuan anak Melayu yang kini sanggup menjadi rider food panda dan grabfood yang bergadai nyawa membawa motorsikal, meredah hujan, terik panas lebih 12 jam sehari hanya semata-mata untuk mencari pendapatan yang lebih kompetetif?

Atau ribuan anak Melayu yang berpagian seawal 4:30 pagi setiap hari bersengkang mata meredah causeway berjam-jam ke Singapura semata-mata nak bekerja sebagai tukang sapu atau atau pembasuh pinggan direstoran di sana hanya kerana gaji yang lebih tinggi?

Atau anak-anak Melayu yang berkerja sebagai buruh di pelantar-pelantar minyak, tarik kabel sampai nak terkeluar rembong, tinggal anak bini berbulan², bersabung nyawa tinggal di lautan untuk mencari gaji yang lebih berbaloi?

Tuntasnya anak muda Melayu hari ini sanggup bekerja keras dan berat tapi mereka mahukan kualiti kerja yang baik dengan gaji ‘bermaruah’.

Jadi cukup-cukuplah Tun menyalahkan orang Melayu itu ini jadi ‘tuan’ bagai kerana tidak mahu menjadi ‘buruh’.

Cermin diri Tun sendiri,

Adakah Tun pernah jadi buruh?
Anak-anak Tun jadi buruh?
Cucu cicit Tun jadi buruh?

Tun sebagai ketua negara patutnya tanya diri sendiri kenapa rakyat tak nak jadi ‘buruh’ ?

Tun yang sepatutnya ciptakan peluang pekerjaan yang lebih baik, uruskan polisi-polisi yang memenangkan golongan pekerja daripada syarikat dan kapitalis dan bukannya memanjang asyik nak salahkan rakyat di bawah itu dan ini.

Dan lagi satu kenapa hanya anak-anak Melayu yang menjadi ‘punching bag’ Tun untuk buat kerja-kerja buruh di zaman ini?

Kenapa Tun tak suruh sekali anak Cina dan India juga join anak Melayu buat kerja buruh ni sekali?

Maka lagi cepatlah kita hantar semua pendatang ni pulang ke negara masing-masing ye dak?

Ataupun apakah Tun ni sememangnya aim nak orang Melayu ni semua jadi ‘buruh’ ke mende?

Tertanya-tanya juga.

Sekian.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Khairul Azri mula menceburkan diri dalam bidang pelaburan dan pasaran kewangan semenjak 7 tahun lalu. Mulai dikenali kerana tulisan-tulisan berkaitan ekonomi di Facebook pasca PRU14 lalu dalam bahasa yang mudah difahami berserta sumber dan rujukan yang tepat.

Comments are closed.