Sejak tahun 1976, orang-orang kidal di seluruh dunia meraikan Hari Kidal Sedunia pada tanggal 13 Ogos. Walaupun faktor-faktor yang membuatkan seseorang itu menjadi kidal masih lagi sebuah misteri saintifik, para saintis neuro bekerja keras untuk cuba memahami fenomena yang menarik perhatian ini.
Berikut adalah beberapa penemuan saintifik terkini tentang orang-orang kidal yang mungkin anda belum tahu.
1. TERDAPAT KIRA-KIRA 708 JUTA ORANG KIDAL DI DUNIA
Dalam percantuman 200 buah kajian statistik berkenaan orang-orang kidal yang melibatkan sampel keseluruhan daripada lebih 2.3 juta individu baru-baru ini, kita mendapati bahawa peratusan orang kidal adalah sekitar 9.2 peratus dari jumlah populasi dunia (Papadatou-Pastpou, et al., 2019). Memandangkan terdapat kira-kira 7.7 billion manusia di muka bumi ini, maka dianggarkan bahawa dalam kalangan angka itu, terdapat sekitar 708 400 000 orang kidal.
2. LELAKI LEBIH CENDERUNG UNTUK MENJADI KIDAL BERBANDING WANITA
Sebuah analisis terhadap 144 buah kajian berkenaan orang kidal (sampel keseluruhan daripada 1,787,629 individu) menunjukkan peningkatan 2 peratus bagi orang kidal dalam kalangan lelaki berbanding wanita. (Papadatou-Pastou et al., 2008). Punca di sebalik keadaan ini masih lagi tidak dapat difahami dengan jelas. Akan tetapi, diandaikan bahawa faktor hormon atau masyarakat berkemungkinan memainkan peranan dalam hal ini.
3. KUCING DAN ANJING JUGA BOLEH MENJADI KIDAL
Adakah anda tahu bahawa manusia bukanlah satu-satunya spesis makhluk yang kidal? Dalam meta-analisis terkini (sebuah himpunan statistik dari pelbagai kajian saintifik) terhadap penggunaan tapak kaki kucing dan anjing menunjukkan bahawa kira-kira 36% hingga 46% kucing adalah kidal (Ocklenburg et al., 2019).
Bagi anjing pula, sekitar 31-53% adalah kidal.
Ini menunjukkan bahawa perkembangan penggunaan tangan kiri bukanlah sesuatu yang hanya biasa bagi manusia sahaja, akan tetapi ia juga boleh dilihat berlaku pada spesis lain. Walau bagaimanapun, peratusan yang rendah bagi jumlah manusia kidal (hanya sekitar 10%) kelihatannya hanya berlaku bagi kita manusia, memandangkan kadar ini cenderung tinggi bagi makhluk bukan manusia (haiwan).
4. ORANG KIDAL SERING MENANG DALAM SUKAN KERANA TINDAKAN MEREKA BERSIFAT LEBIH MENGEJUTKAN PIHAK LAWAN
Tahukah anda bahawa orang-orang yang kidal ini selalunya lebih berjaya dalam sukan berbanding orang-orang yang cenderung tangan kanan? Hal ini berlaku terutamanya bagi sukan bola interaktif dan sukan tarung interaktif. Misalnya, kajian Basque pada tahun 2019 meneliti kesan kidal kepada persembahan para pemain polo air bertaraf dunia (Barrenetxea-Garcia et al., 2019). Hasilnya? Para pemain lelaki kidal melakukan lebih banyak pukulan secara keseluruhhan, lebih banyak pukulan per minit dan yang paling penting, menjaringkan lebih banyak gol berbanding pemain cenderung-bertangan kanan.
Diandaikan bahawa keadaan ini disebabkan oleh pihak lawan yang menjangkakan lontaran atau pukulan daripada tangan kanan, lalu terkejut apabila seseorang menggunakan tangan kiri. Kesan serupa juga didapati di dalam sukan tinju dan lawan pedang.
5. GEN MEMAINKAN PERANAN BAGI ORANG KIDAL
Pada tahun 2019, para saintis dari Institut Psikolinguistik Max Planck di Nijmegen, Belanda menjalankan kajian terbesar mengenai genetik-genetik orang kidal setakat ini (de Kovel & Francks, 2019). Mereka mendapati bahawa sebilangan kecil gen memainkan peranan dalam perkembangan orang-orang kidal, antaranya MAP2 (microtubule-associated protein 2), iaitu gen yang penting untuk perkembangan sel-sel saraf di dalam otak.
6. FAKTOR-FAKTOR KEHIDUPAN AWAL YANG BERBEZA MEMPENGARUHI ORANG KIDAL
Tetapi, gen bukanlah perkara yang meliputi keseluruhan hasil kajian berkenaan orang kidal. Sebuah lagi kajian dari Belanda pada tahun 2019 menunjukkan bahawa faktor awal kehidupan yang berbeza-beza juga mempengaruhi sama ada kita menjadi orang yang cenderung bertangan kanan ataupun kidal (de Kovel et al,. 2019).
Faktor-faktor ini termasuklah tahun dan lokasi kelahiran, di mana hal ini memungkinkan bahawa pengaruh kebudayaan juga boleh memberikan kesan (misalnya, masyarakat mengubah sikap mereka terhadap golongan kidal).
Tambahan lagi, orang kidal dipengaruhi oleh beberapa faktor lain seperti berat semasa lahir, lahir sebagai kembar atau lebih, musim kelahiran, penyusuan dan jantina.
7. PADA USIA 3 TAHUN, KECENDERUNGAN PENGGUNAAN TANGAN MULA DITENTUKAN DALAM KEBANYAKAN KANAK-KANAK – BUKAN SEMUA
Sebuah kajian terkini yang berformat Home Handedness Questionnaire (HHQ) dalam kalangan kanak-kanak pra sekolah (umur 3 tahun) mendapati bahawa kebanyakan kanak-kanak cenderung menggunakan tangan kanan (Nelson et al., 2019).
Namun, sekitar 25% kanak-kanak menunjukkan perbezaan penggunaan tangan untuk kerja-kerja yang melibatkan satu atau kedua-dua tangan. Hal ini mengisyaratkan bahawa dalam kalangan kanak-kanak berusia 3 tahun ini, pola penggunaan tangan mungkin masih mengalami perkembangan.
8. ADA JUGA SIFAT KIDAL KAKI
Menggunakan tangan bukanlah satu-satunya bentuk asimetri motor yang ditunjukkan oleh manusia. Terdapat juga penggunaan kaki, iaitu kecenderungan untuk menggunakan kaki kiri atau kaki kanan untuk menendang bola atau mencapai sesuatu menggunakan jari kaki. Keadaan ini terlebih utama berlaku pada pemain bola sepak (Delang et al., 2019).
Kecenderungan penggunaan kaki dan tangan sering berkait dalam kebanyakan manusia. Namun, tidak semua kidal tangan itu kidal juga kakinya.
SUMBER:
Sebastian Ocklenburg. (11 Ogos 2019). The New Neuroscience of Left-Handedness. Psychology Today.
https://www.psychologytoday.com/us/blog/the-asymmetric-brain/201908/the-new-neuroscience-left-handedness
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih