Tragedi hitam ini berlaku pada 1 Jun 2001 di sebuah rumah di dalam Istana Diraja Narayanhity yang merupakan tempat bersemayamnya keluarga diraja Nepal. 10 orang telah terbunuh dalam kejadian yang berlaku ketika berlangsungnya makan malam bulanan bersama ahli-ahli keluarga dalam istana tersebut. Tragedi ini merupakan bayangan kepada kehancuran sistem monarki di Nepal pada tahun 2008.
Menurut laporan, Putera Mahkota Dipendra menjadi sangat mabuk kerana minum arak serta menghisap hasis dengan kuantiti yang banyak dan menyebabkan Dipendra tidak menjaga kelakuan dihadapan tetamu ketika makan malam tersebut. Ayahandanya, Raja Birendra mengarahkan Dipendra meninggalkan majlis tersebut. Dipendra diiringi oleh abangnya, Putera Nirajan dan sepupunya, Putera Paras. Sejam kemudian, Dipendra menuju kembali ke ruang majlis dan berhenti di luar ruang tersebut dan mengeluarkan sejenis senjata jenis SPAS-12 daripada begnya lalu baginda masuk ke dalam ruang tersebut dan melepaskan satu tembakan yang mengenai ayahandanya sebelum menembak siling bilik tersebut.
Ketika para ahli keluarga sedang merawat Raja Birendra, Dipendra masuk semula setelah keluar mengambil senjata lain iaitu M-16. Dipendra ingin menembak ayahandanya yang terbaring di lantai namun pak ciknya cuba menghalang lalu Dipendra menembak mati pak ciknya. Setelah pak ciknya, Kumar Khadga pula maut apabila ditembak berulang kali oleh Dipendra. Isteri Khadga, Puteri Sharada berlari ke arah suaminya untuk membantu namun Dipendra menghalakan senjatanya ke arah Sharada dan Sharada juga maut apabila ditembak belakangnya dengan bertalu-talu.
Setelah itu, Dipendra menembak Kumar Gorakha dan tembakan tersebut terkena di muka dan tangan Gorakha. Gorakha jatuh di kerusi dan mengerang kesakitan selepas terkena tembakan tersebut. Isteri Gorakha, Puteri Shruti ditembak oleh abangnya sendiri ketika berlari kearah suaminya dan maut di atas suaminya. Menurut laporan yang disediakan, Raja Birendra mencuba untuk menembak Dipendra pada saat akhir dengan mengambil MP5 berkaliber 9mm yang diletakkan Dipendra di atas meja billiard. Namun begitu, Puteri Shova Shahi telah merampas senjata itu daripada Raja Birendra dan mengacu senjata tersebut kearah Dipendra kerana menganggap itu satu-satunya senjata yang dimiliki Dipendra. Tetapi tanggapan Shova silap apabila Dipendra mempunyai senjata lain dan Shova ditembak sebanyak 9 kali di bahagian belakang namun Shova terselamat. Putera Paras pula mengalami cedera ringan dan dapat menyelamatkan sekurang-kurangnya 3 orang kerabat diraja termasuk dua orang kanak-kanak dengan menarik sofa menutupi mereka.
Seterusnya, Dipendra melihat Puteri Komal yang duduk di sofa bersebelahan Puteri Shanti dan menembaknya di dada tetapi terselamat. Dipendra seterusnya menghalakan senjatanya ke arah Shanti dan mengenai bahagian abdomennya sekaligus membunuhnya serta-merta. Selepas itu, Dipendra melihat Puteri Jayanti dan adik bungsu perempuannya, Ketaki Chester. Apabila Jayanti cuba untuk menelefon bantuan melalui telefon bimbitnya, Dipendra menembak Jayanti berkali-kali di bahagian dada dan menembak Chester di bahu. Chester mengetahui bahawa Dipendra akan memastikan mereka mati apabila melihat pergerakan. Apabila Dipendra pergi ke Chester, Chester yang penuh dengan darah berpura-pura mati untuk menyelamatkan dirinya. Akhirnya Chester selamat namun kakaknya tidak. Dipendra kemudiannya menuju kearah Parash yang melindungi ahli keluarga yang lain. Parash berkata kepada abangnya bahawa perbuatannya sudah keterlaluan namun Dipendra hanya keluar dari ruang tersebut tanpa berkata apa-apa.
Seperti yang diceritakan, Ratu Aishwarya yang datang apabila tembakan pertama dilepaskan, berjaya keluar dari ruang tersebut. Aishwarya telah dibantu oleh anak bungsunya, Putera Nirajan. Nirajan ditembak oleh Dipendra di dada ketika berada di taman. Aishwarya mengikuti anak sulungnya ke atas melalui tangga dan bertanya kepada anak sulungnya kenapa dia berbuat begitu. Kemudiannya, Dipendra berpaling kearah bondanya yang cuba lari namun Aishwarya ditembak berkali-kali di bahagian leher dan jatuh tergolek ke bawah. Dipendra akhirnya melintasi jambatan kecil dan menembak dirinya sebanyak 6 kali di bahagian belakang dan satu tembakan, di mana menyebabkan Dipendra berada dalam keadaan kritikal.
Alasan utama terjadinya pembunuhan ini adalah disebabkan isu percintaan dan perkahwinan yang dialami oleh Dipendra. Keluarganya tidak merestui perkahwinannya dengan Devyani Rana yang menyebabkannya marah
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih