Musim Haji akan tiba tidak lama lagi. Ramai antara kita yang menyimpan cita-cita untuk turut menjadi tetamu Allah di tanah suci itu. Namun, cita-cita sahaja tidak cukup. Perlulah diusahakan supaya seiring dengan niat atau cita cita kita.

Walau Bagaimanapun, sebahagian rakyat Malaysia mengalami sedikit kesukaran bagi merealisasikan rukun Islam ini mungkin mereka masih mengumpul belanja ataupun kekurangan maklumat yang sahih bagi melancarkan perjalanan yang menjadi impian setiap mukmin di muka bumi ini.

Alhamdulillah, pihak Tabung Haji sedia membantu meringankan masalah mukmin di Malaysia. Untuk pengetahuan kita semua, kuota rasmi bagi Jemaah Haji Malaysia adalah sebanyak 27,900 orang setiap tahun. Perkiraan ini berasaskan perangkaan penduduk Malaysia pada masa kini yang sentiasa dikemaskini. Maka pihak Tabung Haji telah membuat satu bentuk pengurusan terbaik bagi memaksimumkan peluang yang tersedia melalui kuota ini bagi merealisasikan impian rakyat Malaysia yang beragama Islam menunaikan haji.

Bagi yang telah mendaftar di Tabung Haji, nama anda akan diatur gilirannya sebaik mungkin mengikut beberapa garis panduan. Pihak Tabung Haji sentiasa mengamalkan sistem pendaftaran terbuka bagi menentukan tahun giliran untuk menunaikan haji melalui konsep “Yang Mendaftar Dahulu Akan Didahulukan“.
Sistem ini telah dipraktikkan sejak tahun 1993 lagi bagi mengurus rombongan Jemaah Haji Malaysia. Semua rayuan untuk mengerjakan haji awal dari tarikh giliran yang ditentukan perlu melalui proses tapisan yang berperingkat serta mengikut kriteria yang telah ditetapkan supaya tidak berlakunya ketirisan.

Namun, pihak Tabung Haji juga menimbang beberapa perkara agar golongan yang lebih mendesak diberi keutamaan terlebih dahulu. Pihak Tabung Haji akan membuat penapisan kelayakan agar senarai Jemaah Haji yang bakal berlepas ke Tanah Suci dibawah kelolaan Tabung Haji pada tahun tersebut merupakan golongan yang benar-benar layak.

Antaranya, golongan yang “mewah” hanya boleh membuat pendaftaran semula bakal haji selepas lima tahun dari tarikh kali terakhir menunaikan fardhu haji. Ini bagi memastikan golongan kurang berkemampuan atau golongan yang masih belum melaksanakan haji dapat menunaikan ibadah fardu itu buat pertama kali. Di Samping menggalakkan lebih ramai orang untuk menggunakan khidmat Tabung Haji.

Selain itu, pihak Tabung Haji juga tidak menawarkan tempat kepada kanak-kanak yang masih di bawah 15 tahun walaupun telah berdaftar. Sebaliknya, pertimbangan yang sewajarnya diberikan kepada bakal haji yang telahpun berusia 75 tahun ke atas untuk ke Tanah Suci lebih awal dari giliran dengan syarat belum pernah menunaikan fardhu haji serta telah lulus pemeriksaan kesihatan. Hal ini kerana warga emas ini mungkin tidak berpeluang untuk ke Tanah Suci jika keutamaan diberikan kepada kanak kanak.

Seterusnya, dalam keadaan tertentu jika ada kekosongan disebabkan ada bakal haji yang menolak tawaran disebabkan masalah kesihatan atau sebagainya, maka Tabung Haji akan membuat pertimbangan untuk rayuan-rayuan Jemaah haji yang lain agar kuota yang berbaki ini dimanfaatkan sebaik mungkin. Tabung Haji akan memastikan khidmat yang disediakan mereka ini menjadi efisien.  Tiada isu pilih kasih dalam pengurusan giliran Jemaah Haji oleh pihak Tabung Haji walaupun status pemohon itu mempunyai reputasi yang gah ataupun berpengaruh. Semuanya akan diberi dilayan sama rata dan menurut garis panduan yang ditetapkan seperti tahun tahun sebelumnya. Kita juga dinasihatkan supaya selalu melakukan semakan dengan pihak Tabung Haji dan jangan mudah terpengaruh dengan tuduhan tuduhan yang tidak berasas dari pihak lain.

Selama ini pihak Tabung Haji telah menguruskan Jemaah Haji dengan amat baik hingga mendapat pujian negara Arab Saudi, maka janganlah kita terjerumus ke dalam fenomena “menjatuhkan institusi dan agensi agama” yang sedang melanda netizen kini.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan dalam bidang perbankan dan kewangan islam. Atlet kebangsaan untuk sukan esports. Menjadi juara Asia Tenggara 3 tahun berturut turut.

Leave A Reply