Harry Potter’s and the Sorcerer’s Stone pernah ditolak oleh 12 buah penerbit. Ramai editor sedar akan penolakan ini. Mungkin dua atau tiga penolakan awal manuskrip J.K. Rowling ini memberikan pengaruh kepada penerbit-penerbit lain untuk menolaknya dengan membuat keputusan manuskrip Rowling tidak berpotensi untuk diterbitkan.

Yang menariknya, Bloomsbury Publishing mengambil pendekatan yang berbeza. Nigel Newton, CEO penerbit tersebut memberikan manuskrip Rowling kepada anaknya yang berumur 8 tahun pada ketika itu, Alice Newton untuk dibaca. Alice sangat tertarik dengan kisah yang dipaparkan dalam manuskrip tersebut. Beliau datang kepada ayahnya, “Ayah, ini lebih baik daripada yang lain. Ayah mesti terbitkan!”

Alice Newton ketika membaca buku terakhir Harry Potter.

Akhirnya, manuskrip Harry Potter oleh J.K. Rowling diterbitkan pertama kali oleh Bloomsbury Publishing. Kisah ini sebenarnya sangat mengejutkan bagaimana kanak-kanak berumur 8 tahun telah mengubah nasib seorang ibu tunggal menjadi jutawan.

Ketika menubuhkan jabatan kanak-kanak dalam syarikat penerbitannya, Nigel Newton mengajak editornya untuk menerbitkan buku yang kanak-kanak mahu baca, bukannya buku yang ibu bapa fikir anak-anak mereka patut baca. Setakat Februari 2018, Harry Potter telah terjual sebanyak 500 juta unit di seluruh dunia – menjadikannya buku bersiri yang terbanyak dijual dan telah diterjemah ke 80 buah bahasa.

Ketika memutuskan untuk menerbitkan manuskrip Harry Potter, Barry Cunningham – ketua editor jabatan kanak-kanak Bloomsbury Publishing – telah pun sedar bahawa ramai editor telah menolak manuskrip ini. Tetapi keputusannya memberat ke arah penilaian seorang kanak-kanak. Tetapi nampaknya Cunningham membuat keputusan yang betul apabila Harry Potter mendapat sambutan yang baik.

Kaedah Cunningham dalam membuatkan keputusan yang memberati seorang kanak-kanak yang tiada pengalaman dalam penerbitan berbanding 12 editor lain sebenarnya menunjukkan sebuah perjudian. Harry Potter boleh menjadi sebuah novel yang tidak berjaya dan tidak berpotensi seperti yang dihakimi oleh editor-editor daripada penerbit lain.

RUJUKAN:

  1. The eight-year-old who gave publisher Bloomsbury Pottermania. https://www.reuters.com/article/us-bloomsbury-pubg-harry-potter/the-eight-year-old-who-gave-publisher-bloomsbury-pottermania-idUSKCN12S1ME
  2. Revealed: the eight-year-old girl who saved Harry Potter. https://www.independent.co.uk/arts-entertainment/books/news/revealed-the-eight-year-old-girl-who-saved-harry-potter-296456.html

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.