Para penjahat dalam setiap masyarakat mempunyai sisi-sisi gelap yang menggegarkan jiwa. Beberapa kali geopolitik antarabangsa digegarkan dengan dasar-dasar penuh kezaliman. Pelbagai figura politik telahpun menempah bilik dalam neraka sejarah. Malah lebaran-lebaran sejarah turut merangkumi kisah-kisah sebelum wujudnya perkataan “geopolitik” dan “antarabangsa” sendiri.
Tidak perlu jauh ke zaman Raja Arthur dengan pedang Excaliburnya pun. Sekitar abad ke-14, seorang penguasa dilahirkan dengan darah campuran Turki, Mongol dan Parsi. Baginda tidak menumbangkan babi gergasi seperti Hercules, mahupun menjulang pedang sehebat Excalibur.
Malah baginda berjalan dengan kaki tempang pun. Namanya ialah Temur yang bermaksud besi. Walaupun fizikalnya bagaikan kelainan upaya, jiwanya memang besi. Diletakkannya di atas takhta pula, sifat besi tersebut boleh dilihat yang mana baginda bangkit sebagai penguasa agung di rantau Asia Tengah.
Sejarahnya boleh dibaca di sini: https://thepatriots.asia/timurlane-penakluk-tempang-dari-dunia-islam-yang-digeruni/
Kisah Temur paling luar biasa sebenarnya berlaku selepas baginda mangkat. Malah ratusan tahun selepas baginda mangkat, suatu tragedi berlaku di seluruh dunia. Bala Adolf Hitler telah menimpa di seluruh Kesatuan Soviet. Dan pada ketika itu, tiada apa yang dilihat boleh menyelamatkan kuasa Joseph Stalin. Selepas kontinjen-kontinjen tenteranya satu demi satu tumpas dengan kemaraan Jerman, kekalahan bakal menjadi realiti.
Namun Adolf Hitler mula menyerang Kesatuan Soviet sekitar 22 Jun 1941. Operasi Barbarossa dilancarkan dengan perancangan rapi selama dua tahun, ketika Jerman dan Soviet mencapai persetujuan untuk berdamai. Tiga hari sebelum serangan besar-besaran ini, seorang seorang pengkaji anthropologi telah mengeluarkan mayat Temur dari makamnya.
Dalam tempoh 72 jam ini, Temur didapati mempunyai ketinggian 173sm. Dadanya bidang, bersertakan tulang-tulang pipinya pula agak besar. Tangan kanannya pula telah layu teruk kerana kecederaan perang. Pengkaji ini mendapati bahawa tulang paha kanannya dilihat tercantum terus dengan tempurung lutut dalam suatu situasi yang kakinya sentiasa tempang. Wajahnya juga dilukis semula dengan konfigurasi komputer hasil daripada imbasan tengkoraknya.
Tetapi sebarang keghairahan mengenai kajian seorang penguasa agung ini tamat setelah 72 jam ini. Makam Temur didapati tertulisnya amaran: “apabila aku bangkit dari barzakh, seluruh dunia akan bergegar.” Temur tidak hidup semula. Kematian seseorang bermakna riwayatnya telah tamat buat selamanya. Namun satu lagi amaran ditulis: “barangsiapa yang membuka keranda aku akan membebaskan seorang penguasa lebih teruk dari aku.”
Entah mungkin amaran kosong ataupun kata-kata gurauan, barangkali juga pintasan jendela masa – sesiapa yang menulisnya tidak bohong. Tiga hari selepas keranda tersebut terbuka, Operasi Barbarossa dilancarkan dengan mengejut. Pencerobohan Jerman keatas Kesatuan Soviet merupakan operasi paling besar dalam sejarah. Romania, Finland, Itali, Hungary, Slovakia dan Croatia menyertai di belakang Jerman dengan bala tentera seramai 3.8 juta anggota. Jumlah kenderaan bersenjata mencecah 30,000 buah, seperti kereta kebal, AFV dan artileri. Pesawat-pesawat perang Paksi pun mencecah 5,000 buah. Kematian kedua-dua pihak pun melebihi enam juta.
Tiada operasi pernah mencapai kegilaan Hitler. Dan tidak mungkin lagi sebarang operasi boleh menandinginya, dengan peperangan moden semakin berkomputer. Dan kesannya menolak Soviet ke suatu tebing dimana jutaan dalam kalangan mereka melawan balik dengan begitu bersemangat. Sementara itu, Temur dimakamkan semula dengan upacara Islam sepenuhnya pada November 1942, beberapa hari sebelum Soviet menghancurkan pakatan Axis yang mengepung Stalingrad.
Kekalahan Axis di Stalingrad menandakan bahawa Jerman tidak kebal. Dan dari sinilah bermulanya serangbalas Soviet sehingga membelahkan Jerman selama puluhan tahun lamanya.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih